10 waktu mustajab berdoa
2/26/2011 03:30:00 pm
0 Comments
Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya.2/26/2011 03:30:00 pm 0 Comments
Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.
Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah.
10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Sumber : Ustaz Zahazan
Sekian, semoga ada manfaatnya.
0 Comments
70 Dosa-Dosa Besar
2/25/2011 03:28:00 pm
0 Comments
2/25/2011 03:28:00 pm 0 Comments
1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jangan lebih 3 kali dah laa....idea fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jangan lebih 3 kali dah laa....idea fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat
0 Comments
Azizulhasni Awang Finishes Track Race with Splinter Through Leg
2/22/2011 02:29:00 am
0 Comments
[gallery link="file"]2/22/2011 02:29:00 am 0 Comments
0 Comments
Pantun Malas Sembahyang
2/21/2011 02:59:00 pm
0 Comments
2/21/2011 02:59:00 pm 0 Comments
0 Comments
KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010
2/21/2011 05:56:00 am
0 Comments
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan hari ini mengisytiharkan bayaran dividen tertinggi pernah dicapai sebanyak RM21.61 bilion kepada ahlinya, meningkat 11.55 peratus berbanding bayaran dividen 2009 sebanyak RM19.37 bilion. Amaun ini merupakan 5.80 peratus kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Kadar dividen ini 15 mata asas melebihi kadar 5.65 peratus yang dibayar pada tahun 2009, menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Ini merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 ini dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan yang mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.” “Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran.”2/21/2011 05:56:00 am 0 Comments
0 Comments
Pemain Kaset Kereta - Clarion
2/20/2011 03:38:00 am
0 Comments
Dah masuk 4 bulan peristiwa ni berlaku, namun masih tiada kesudahannya (never ending story). Cerita begini..malam tu selepas solat isyak, aku mengemas bilik sembahyang aka stor simpanan barang-barang kepunyaan aku. Terpandang pula pada Clarion yang sudah berdebu, terperosok di bawah timbunan kain langsir yang tak digunakan lagi(nak buang sayang beb).Ting! timbul idea nak gantikan kaset kereta kancil aku..apa lagi...2/20/2011 03:38:00 am 0 Comments
Aku pun bertanya kepada rakan opis aku, MatIse samada Clarion ini masih lagi mampu untuk memberi khidmatnya. MatIse minta aku sms kan dulu gambar Clarion. Nah
[gallery link="file"]
2 hari kemudian, Clarion disahkan masih lagi bernyawa..tinggal lagi untuk aku dapatkan kompenan audio yang lain. Namun begitu sehingga kini..clarionku masih lagi belum dapat memberi nafas baru halwa telinga kancil ku.
0 Comments
Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010
2/19/2011 05:42:00 pm
0 Comments
Berikut senarai penuh pemenang ASA2010 yang berlangsung pada malam tadi:2/19/2011 05:42:00 pm 0 Comments
1. Anugerah Kapsul Radio Terbaik: Kempen Kebersihan/Pelancongan Dan Keselamatan (Negeri FM)
2. Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Ahmad Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
3. Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM-TV2)
4. Anugerah Promo / Montaj / Teaser TV Terbaik: Astro Arena Channel I.D (Astro Arena)
5. Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Songkok (RTM-TV1)
6. Anugerah Buletin Berita Radio Terbaik: Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
7. Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)
8. Anugerah Pengulas Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)
9. Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Anuar Ahmad - Songkok (RTM-TV1)
10. Anugerah Jurukamera TV Terbaik: Dosa Semalam - Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM-TV2)
11. Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
12. Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
13. Anugerah Kapsul TV Terbaik: Puan Zauyah Yusoff - Kapsul Ramadan (Muzik Aktif)
14. Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik: Menggapai Harapan (RTM-TV1)
15. Anugerah Hiburan Radio Terbaik: Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
16. Anugerah Bicarawara Radio Terbaik: Syezliza Basri - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
17. Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: A. Wahid Bin Nasir - Tasik (Klasik Nasional)
18. Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Khadijah Abdul Gaffoor - Isu Khas Gaza (RTM-TV1)
19. Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik: Abus Episod 5 (RTM-TV1)
20. Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Tom Tom Bak Musim 4 - Episod 1 (Astro Ceria)
21. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik: Hanis Kamal - Denai Berbisik (Astro Prima)
22. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik: Fadhilah Mansor - Sebelum Akhirat (TV3)
23. Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik: Eyra Hazali - Anak-Anak Lorong (Astro Prima)
24. Anugerah Majalah Radio Terbaik: Feminin - Suara Malaysia (RTM)
25. Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Roslinda Binti Abdul Majid - Suria Cinta (Suria FM)
26. Anugerah Drama Radio Terbaik: Tasik - Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
27. Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
28. Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik: Elliza Abdul Razak - Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
29. Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Ashwad Ismail - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro Awani)
30. Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik: Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur - Aminhayat Abd Rahim (TV9)
31. Anugerah Wartawan TV Terbaik: Hanim Muhili – Eksklusif 1 “Abuya” (RTM – TV1)
0 Comments
Hukum minta penganut agama lain berdoa dalam satu majlis
2/19/2011 05:13:00 pm
0 Comments
2/19/2011 05:13:00 pm 0 Comments
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah SWT dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah SWT sahaja.
- Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.
0 Comments
raya haji 17 november 2010
2/19/2011 02:36:00 am
0 Comments
[slideshow]2/19/2011 02:36:00 am 0 Comments
0 Comments
Pindah rumah
2/18/2011 05:38:00 pm
0 Comments
Alhamdulillah...akhirnya aku dapat membuat posting yang pertama ke laman ni...dulu aku lebih gemarkan blogspot.com...blog aku...http://keghah-kekong.blogspot.com/...kini cuma tinggal kenangan2/18/2011 05:38:00 pm 0 Comments
0 Comments
Hello world!
2/17/2011 08:02:00 am
0 Comments
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!2/17/2011 08:02:00 am 0 Comments
0 Comments
Tariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia
2/16/2011 10:37:00 pm
0 Comments
Tariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia2/16/2011 10:37:00 pm 0 Comments
Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderic yang berbangsa Gothic. Dia dan orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.
Kaum wanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba melawan akan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di bawah pemerintahan kerajan Islam.
Panglima Julian iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kepada Raja Roderic kerana memperkosa Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi membalas dendam kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintahan Raja Roderic.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang bagi menawan Andalusia (Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan. Dia melantik Tariq bin Ziyad bagi memimpin angkatan perang itu.
Dengan menaiki 12 buah kapal perang, tentera islam menuju ke benua Eropah itu. Selepas mendarat di Andalusia, Tariq bin Ziyad segera memerintahkan kapal-kapal perang yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang merosakkan harta benda awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka sendiri. Mereka juga mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.
Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kemudiannya dinamakan Jabal Tariq (kini dikenali sebagai Gibraltar) lalu Tariq bin Ziyad berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini,
"Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!"
Jabal Tariq pada hari ini
Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya meniupkan kambali semangat jihad di kalangan tentera Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka mara menentang tentera Raja Roderic yang berjumlah 100 ribu orang.
Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka datang Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.
Pada 19 Julai 711 masihi, terjadilah pertempuran antara tentera islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang membakar dalam diri, mereka berjaya memberi pukulan hebat kepada musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.
Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tetapi tentera Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera tambahan dari Afrika yang dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair.
Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.
Al-Hambra yang bermaksud "Yang berwarna merah" merupakan kubu dan istana kerajaan Islam di Granada.
Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia kerana rakyat negara itu sememangnya sudah benci dengan pemerintahan Raja Roderic yang zalim. Oleh itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang sanggup bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi tentera Gothic.
Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup menderita di bawah kekuasaan tentera Gothic tertarik dengan dengan kebaikan perilaku tentera Islam. Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,
"Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam."
Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Rakyat Andalusia yang sudah lama menderita akibat penindasa digantikan dengan kebaikan pemerintahan Islam.
Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka terpelihara. Paderi-paderi Kristian yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru di bawah kekuasaan Islam yang adil.
Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Tetapi manusia cuma merancang, Allah yang menentukan. Ketika persiapan sedang giat dilakukan, tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, dia mematuhi arahan itu. Niat mahu menakluki Eropah terpaksa dibatalkan. Tariq bin Ziyad maninggal dunia di Damsyik. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol.
Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. Di Sepanyol beliau telah menjadi legenda sehingga digelar "Tariq El-Tuerto" yang bermaksud "Tariq bermata satu". Semoga Allah merahmatinya. Amin.
Sumber: www.iluvislam.com
0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
Recent Posts
Popular Posts
-
Credit to: http://resepicikruby.blogspot.com/2013/07/resepi-satay-kajang-haji-samuri.html?m=1 Resepi Satay Kajang (Sate Aya...
-
Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju Dan ter...
-
Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami S Negara yang terjejas teruk adalah di kepulauan Indonesia, dengan ...
-
New Android Phone? Check Out These 14 Essential Hints and Tips Jared Newman / TIME.com If you've just purch...
-
Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kem...
-
Cara buat ikan pekasam Cara buat ikan pekasam macam ini. Ok sebelum tu nak cerita sikit. Masa cuti bulan 12 2010 hari itu aku duduk c...
-
Pangkat-Pangkat Dalam PDRM Yang Perlu Anda Tahu Pen Patah Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kat...
-
This girl from Thailand is only 19 years old but she is the tallest teen in the world. Malee Duangdee is 6 feet 10 inches (208.3 cm) tall....
-
1. husammusa.com My Statement : Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM Nuri dan Jet Eksekutif terbaru PM. Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimam...
-
~*~ SNORING ~*~ ***************** Snoring occurs whe...
Recent Posts
About me
Blogger templates
Pages
Powered by Blogger.
Blog Archive
-
▼
2011
(266)
-
▼
February
(14)
- WORLD LEAGUES
- 10 waktu mustajab berdoa
- Tayar Info-Kredit to Majalah Kereta Online
- 70 Dosa-Dosa Besar
- Azizulhasni Awang Finishes Track Race with Splinte...
- Pantun Malas Sembahyang
- KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun ...
- Pemain Kaset Kereta - Clarion
- Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010
- Hukum minta penganut agama lain berdoa dalam satu ...
- raya haji 17 november 2010
- Pindah rumah
- Hello world!
- Tariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia
-
▼
February
(14)
About Me
Followers
Blog Archive
-
▼
2011
(266)
-
▼
February
(14)
- WORLD LEAGUES
- 10 waktu mustajab berdoa
- Tayar Info-Kredit to Majalah Kereta Online
- 70 Dosa-Dosa Besar
- Azizulhasni Awang Finishes Track Race with Splinte...
- Pantun Malas Sembahyang
- KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun ...
- Pemain Kaset Kereta - Clarion
- Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010
- Hukum minta penganut agama lain berdoa dalam satu ...
- raya haji 17 november 2010
- Pindah rumah
- Hello world!
- Tariq bin Ziyad: Penakluk Andalusia
-
▼
February
(14)
Popular Posts
-
Credit to: http://resepicikruby.blogspot.com/2013/07/resepi-satay-kajang-haji-samuri.html?m=1 Resepi Satay Kajang (Sate Aya...
-
Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju Dan ter...
-
Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami S Negara yang terjejas teruk adalah di kepulauan Indonesia, dengan ...
-
New Android Phone? Check Out These 14 Essential Hints and Tips Jared Newman / TIME.com If you've just purch...
-
Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kem...
-
Cara buat ikan pekasam Cara buat ikan pekasam macam ini. Ok sebelum tu nak cerita sikit. Masa cuti bulan 12 2010 hari itu aku duduk c...
-
Pangkat-Pangkat Dalam PDRM Yang Perlu Anda Tahu Pen Patah Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kat...
-
This girl from Thailand is only 19 years old but she is the tallest teen in the world. Malee Duangdee is 6 feet 10 inches (208.3 cm) tall....
-
1. husammusa.com My Statement : Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM Nuri dan Jet Eksekutif terbaru PM. Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimam...
0 comments: