Showing posts with label Info. Show all posts

8 Keping Foto Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia


8 Keping Foto Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia
Pen Patah

Gambar-gambar paling mahal di dunia seperti yang dilaporkan dari sebuah blog Moneydonkey.net



8. Tobolsk Kremlin – $1.7 juta – Foto yang begitu bernilai bagi rakyat Russia dimana gambar ini diambil oleh Perdana Menteri Russia ketika itu Dmitry Medvedev


7. Billy the Kid – $2.3juta – Billy The Kid atau nama sebenarnya William Antrim, adalah seorang individu dikehendaki pada abad ke 19 yang terlibat dalam peristiwa Perang Lincoln County War.


6. Untitled 153 – $2.7juta – Foto yang dirakam oleh seorang jurgambar dari Jerman Andreas Gursky pada tahun 1985.


5. The Pond – $2.9juta – Foto sebuah kolam yang diambil oleh jurugambar Edward Steichen pada tahun 1904, foto ini dianggap bernilai kerana keadaan kolam tersebut disebalik suasana yang menakjubkan.


4. Dead Troops Talk – $3.7juta – Keadaan ketika tentera Russia diserang hendap oleh tentera Afghanistan pada tahun 1988.


3. 99 Cent II Diptychon – $3.8juta – Gambar yang dirakam di sebuah pasaraya dimana harga promosi setiap barangan bernilai $0.099 yang diletakkan dalam pasaraya tersebut.


2. Untitled 96 – $3.9juta – Foto yang dirakam oleh Cindy Sherman pada tahun 1981 antara foto yang paling bernilai di dunia.


1. Rhein II – $4.3juta – Foto yang paling mahal di dunia setakat ini, foto ini telah dirakam oleh jurugambar Andreas Gursky pada tahun 1999 ini, foto ini diambil di sebuah tasiki Rhine dan terdapat beberapa imej simetri lapisan dari daratan rumput berwarna hijau hinggalah keadaan awan yang begitu menarik bagi penggemar foto..


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/12/8-keping-foto-paling-mahal-dalam.html




PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN

 PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN
Pen Patah



PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN I Kulit muka adalah bahagian yang paling sensitif yang ada pada tubuh badan kita. Kalau tak kena dengan gaya, kulit muka akan menjadi tidak sihat, berminyak dan berjerawat. Oleh itu, kita hendaklah jaga kulit muka kita dengan rapa dan teratur. Apapun, kita hendaklah ketahui punca-punca kenapa benda itu semua terjadi pada kulit muka kita.

Untuk kali ini, Giler Kentang ingin kongsikan punca kulit muka berminyak berlebihan. Kadar minyak itu perlu untuk memberi kelembapan pada kulit, tapi kalau berlebihan, ianya sudah tidak normal dan mengundang jerawat untuk tumbuh pada muka. Sebelum kita merawat, mari kita ketahu puncanya terlebih dahulu.

PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN

1) Bersihkan Muka Terlalu Kerap

- Cuci muka yang terlalu kerap boleh membuatkan kulit muka berminyak berlebihan. Seeloknya, hanya perlu cuci muka kita 2-3 sehari.

2) Jarang Shampoo Rambut

- Sekiranya kita tidak shampoo rambut dalam masa beberapa lama, kulit kepala akan jadi berminyak dan akan menghasilkan sebum. Oleh itu, hasil pengeluaran dari sebum itulah yang akan membuatkan muka kita lebih berminyak.

3) Makan Makanan Berminyak

- Kurangkan minyak dalam masakan atau kurang makan makanan yang berminyak. Kebanyakkan punca masalah kulit muka ini adalah daripada cara pemakanan kita. Oleh itu, amalkan makanan yang sihat untuk harian kita.

4) Hormon

- Kadang-kadang kulit berminyak ni berpunca daripada hormon yang tidak sekata. Tambahan pula bagi remaja yang semakin meningkat umur, memang akan sering berlaku hormon tidak seimbang.

5) Faktor Cuaca

- Cuaca jugak mempengaruhi faktor kulit kita berminyak. Terutama cuaca panas , tambahan dengan peluh yang ada, lagilah muka kita nampak berminyak.


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/12/serius-punca-kulit-muka-berminyak.html



Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami


Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami


SNegara yang terjejas teruk adalah di kepulauan Indonesia, dengan lebih daripada 130,000 kematian dan lebih daripada setengah juta hilang tempat tinggal, apabila gempa bumi di Lautan Hindi diikuti oleh tsunami pada 26 Disember 2004.

Sepuluh tahun kemudian, masyarakat di wilayah Aceh Indonesia telah mebina semula rumah mereka, bandar-bandar dan kampung-kampung, yang semakin meningkat dari kesan tsunami terburuk yang dalam sejarah manusia.

Kita saksikan gambar-gambar di bawah ini:

DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG


DULU


SEKARANG



sumber:diarishare
FLASHBACK



8.7 Earthquake hits northern Sumatra

Thousands of people sought refuge at Baiturrahman Mosque in Indonesia's Aceh Province following an 8.6 magnitude quake that shook the earth here for several minutes and sent panic through a city that still remembers with vivid clarity that tsunami that devastated the region in 2004.

After the initial temblor, people hopped on motorbikes with their entire families and headed for the hills. Many of them stopped along the way to refill fuel tanks, sparking long lines at gas stations.

Others made it six miles from the coast and stopped to wait at cafes, crowding around televisions where there was power, drinking coffee, and sharing stories while attempting -- often with no avail -- to contact relatives. Phone lines have been tied up since the quake and the electricity has been down.

The major quake struck around just southwest of Simeulue Island around 3:30 pm. The national meteorological and geophysical agency put out a tsunami warning almost immediately and renewed it after a major 8.2 aftershock. The agency said minor waves were making landfall at Sabang and Meulaboh on the Aceh coast.

Earthquakes northern Sumatra Indonesia 8.7 8.6 8.2 earthquake tsunami Comres Mozambique Kenya Tanzania "Crozet Islands" Bangladesh "Kerguelen Islands" India Australia "Sri Lanka" Myanmar Thailand Maldives "United Kingdom" Malaysia Mauritius Reunion Seychelles Oman Pakistan Somalia Madagascar Iran believersunderground 2012 Africa

Reports from those fleeing the coast near Simeulue indicated that many did not hear the sirens from the country's tsunami early warning system put in place after the 2004 Indian Ocean tsunami that killed some 160,000 people here in Aceh Province.

However, the alert spread quickly via phone messages, the radio, and television. Also, with memories of 2004 still strong, residents instinctively head to higher ground when any big shake is felt on the coast.

Dewi Julianti was at work when the quake hit. She grabbed her two small children, who were sick and had joined her at the office today, and drove out of town. She left so fast she didn't have time to put her children's shoes on.

"We just ran," she said, pointing to her daughter's feet, dwarfed by her mother's sandals. "It's better she has shoes than me."

Police said traffic around the city center was blocked by people fleeing in a panic. Faces of those passing on motorbikes were tense and horns filled the streets. Police patrols drove around warning people not to panic.

A group of men in their 20s waited on a bridge to see if the water would recede. One of them, Azir, lost seven family members in the 2004 tsunami, but he said he wasn't afraid. He said he was there to help if something happened.

Women at the mosque said they felt safe there, despite its location inside the tsunami zone.

Nurhayati Yahya came straight to the landmark mosque when the ground started shaking. The spot gained notoriety after the 2004 tsunami because it marked the waterline between devastation and safety.
-alaskadispatch.com



Imbas kembali Tsunami 2004:
Masjid Kebal Bencana Alam: Kebesaran Ilahi
Oleh Zainuddin Ayip




KESAN bencana tsunami di wilayah Aceh di utara Sumatera pada 26 Disember lalu begitu memilukan. Selain angka korban mencecah 100,000 orang, banyak bangunan, rumah, kemudahan awam, ladang dan ternakan musnah.

Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid tetap berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami.

Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: "Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Mukhlis Khaeran yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat Aceh, berkata kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap dan ini suatu keajaiban.

Bagi penceramah bebas, Daud Che Ngah ketika dihubungi di Kuala Lumpur, kelmarin, berkata, bukan sesuatu yang menghairankan masjid berusia ratusan tahun masih kukuh berdiri tanpa terjejas teruk.

"Jika kita imbau kejadian lalu - gempa bumi di Bam, Iran dan juga di Turki, masjid juga tidak terjejas dalam keruntuhan pelbagai bangunan dan kematian ribuan manusia. Ini petanda yang amat besar kepada kita semua. Iran dan Turki dua negara Islam tetapi Allah menguji mereka sebagai ingatan mungkin ada kepercayaan yang mereka amalkan tidak kena.

"Begitu juga di Aceh, Allah sebenarnya masih memberi peluang kepada umat Islam di mana saja untuk dijadikan bahawa masjid adalah tempat beribadah dan mewujudkan perpaduan, bukan tempat merebut jawatan atau mengumpat.

Disebabkan masjid adalah rumah Allah, ia dilindungi. Justeru itu, kata Daud, umat Islam harus menghidupkan masjid dengan amal ibadah.

Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap serambi Makkah dan pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia.

Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus-ratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas sambil berdoa kepada Tuhan supaya terselamat daripada bencana tsunami.

Di perkampungan Kaju, dekat Aceh, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan itu hanya rosak pada dinding.

"Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri," kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya yang hilang.

Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid sambil melihat hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teuku Kaoy Ali.

Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.

Seorang penduduk di sini, Achyar berkata, apabila melihat ombak besar muncul dari laut, dia terus lari ke masjid. "Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat wayar elektrik sehingga air surut. Saya juga lihat kebanyakan rakan Cina lemas ketika mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka," katanya.

Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain. Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masihterselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah. Ini membuktikan kekuasaan Alah melindungi rumah ibadat.

Sebahagian Masjid Baiturrahman di Banda Aceh rosak sedikit tapi tidak lama selepas bencana berakhir, ia menjadi kawasan paling berguna untuk mereka yang terselamat berteduh sementara dan menunggu ahli keluarganya yang terperangkap.

Ramai yang bertemu sahabat dan saudara di masjid itu. Ia turut dijadikan hospital sementara untuk merawat mereka yang cedera dan juga rumah mayat.

Namun penduduk berasa mereka perlu memulakan pembinaan secepat mungkin dan masjid itu menjadi bangunan pertama yang diperbaiki. Seminggu selepas kejadian, 300 mangsa tsunami yang terselamat kembali semula mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid itu, langkah pertama untuk mengembalikan suasana normal di Aceh.

PST: Teringat peristiwa Serangan Bergajah Abrahah yang ditumpaskan oleh kerana hendak meruntuhkan Ka'abah. Sesungguhnya Allah akan melindungi yang Benar, menghapuskan yang Mungkar.


SATU KETIKA TSUNAMI 2004: HANYA MASJID TERSELAMAT





Tsunami Di Mentawai: Hanya Masjid Terselamat


Kepulauan Mentawai: Kuasa Allah, itu yang hanya mampu dilafaz apabila sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, di sini, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami.

Ketika kejadian malam Isnin itu, tiga keluarga berlindung dalam masjid yang gelap selepas bekalan elektrik terputus dan mereka hanya mengalami cedera ringan.

Masjid berkenaan yang sudah berusia 31 tahun tidak dimasuki air seolah-olah air mengelak sebaik tiba di pagar masjid itu sebaliknya hanya melalui tepi kiri dan kanan dindingnya.

Ombak setinggi pokok kelapa ketika tsunami itu juga menghancurkan kawasan perumahan sejauh 100 meter dari pantai berkenaan, namun tidak mengorbankan nyawa 321 penduduk yang menghuni kampung berkenaan.

Tinjauan mendapati semua mereka masih menghuni kawasan dalam masjid itu sementara yang lain menghuni khemah yang dibina di atas bukit berhampiran.

Seorang penduduk, Idris, 35, berkata, ketika kejadian itu mereka merasa gegaran kuat sebelum beberapa bahagian rumah runtuh dan selepas itu mereka mula melarikan diri ke arah bukit
. -hm




Gst calculation

Kesan gst

Tema Hari Kebangsaan Malaysia


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tema
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.

Tahun Tema
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi

Credit to : Naim Qlate