Resepi ikan perkasam
Cara buat ikan pekasamCara buat ikan pekasam macam ini. Ok sebelum tu nak cerita sikit. Masa cuti bulan 12 2010 hari itu aku duduk cuti sekolah dan temankan wife berpantang kat Felda besout ni. Pagi pagi selalu la pergi pasar felda kat sini. Banyak kali aku ternampak ada orang jual ikan talapia yang dah bersiang. Harga pulak tak ada la mahal sangat. Aku bukan gila nak makan ikan ni,dalam kepala otak aku bila nampak ikan ni aku nampak ikan pekasam. Kat felda ni bukan tak ada orang jual pekasam yang dah siap, tapi aku nak jugak buat hasil tangan aku sendiri. Jadinya aku rembat sekilo.Harga RM4, tak ada la mahal sangat tambahan lagi dia dah siang. Dia kata daripada ikan ni terbiar tak ada sapa yang kutip baik mak jadikan pekasam. Bila dah jadi pekasam , sedap jugak ye ikan lundu ni. Kena pulak kalau makan dengan nasi pulut dan sambal.
Masa kat Sarawak hari tu, aku dok tepi laut. Ikan puput dan ikan gelama pun aku bantai buat pekasam. Member aku orang kelantan tak berapa pandai makan pekasam ni. Aku makan sorang sorang jela. Ikan puput ni banyak tulang. Bila di buat pekasam ia jadi sedap.Sebabnya tulang tulang tu jadi rapuh dan boleh dimakan bila dah jadi pekasam.
Cara buat ikan pekasam ni mudah je. Apa yang perlu ada kalau ikut resepi dari mak aku. 1. Mesti ada ikan. Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti cuci sampai putih bersih. Ini nak mengelakkan ikan di hurung lalat. 2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh) Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.Tapi aku bubuh tak ada sukat sukat.Ikut kata hati. 3. Beras. Beras ni di sanga(goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat. Sukatan beras ni serius aku main belasah jer. Apa yang penting banyak la jugak. 4. Asam jawa@asam keping. Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak kat ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Tapi aku letak.Aku suka letak asam keping berbanding asam jawa. Melalui pengalaman aku,asam jawa ni kelemahannya bila ikan ni kita goreng ia akan menyebabkan ikan di goreng menjadi hitam. Langkah Langkah mudah. 1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais .Pegi tidor. 2. Esok pagi dah siap tumbuk beras yang sudah di sanga tu dan gaul dengan ikan yang sudah di simpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik.Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. 4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam. 5. Kalau ada lagi saki baki beras goreng bertumbuk tadi, tuang dalam bekas. 6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.
Ikan Pekasam Goreng Cik Kiah |
Ini lauk pekasam je.... resepi juadah berbuka dan besahur smlm. Ikan pekasam dari Lenggong Perak. Berjenama Kiah Pekasam. Itu sebab aku taruh nama tu... glamer ckit.
Senang je nak goreng pekasam ni.... ramai org dah tau!!
Cuma aku nk share kt cni..
'Ikan Pekasam Goreng Cik Kiah'
Bahan2 :
Sepeket ikan pekasam
1 biji bawang besar
4 biji cili api
Minyak masak secukupnya
Cara2 :
Bawang besar dimayang halus. cili api dopotong dua. Ikan pekasam digoreng di dlm minyak yg cukup2 je utk masukkan ikan. Ikan tak perlu dibasuh, terus je digoreng dengan serbuk berasnya sekali. Apabila bahagian bawahnya dah hampir masak, terbalikkan.
Masukkan bawang besar dan cili api bersama. Ketepikan sikit ikan untuk memberi ruang menggoreng bawang dan cili api. Bila ikan dan bawang dah agak garing, bolehlah diangkat dgn minyknya skali dan dihidangkan
P/s : Sedap ni... wa cakap lu... makan plak dengan sambal tempoyak, mesti tak toleh kiri kana punya!!!!
0 comments: