POSTED BY JINSON ON 2:02 PM
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.
Air mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00 padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan tidak berbaloi.
Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).
AIR MINERAL
AIR MINUMAN
Manakala, air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.
Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen. Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.
Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini Ianya ebih terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya.
Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua. Pilihlah dengan bijak.
sumber duniarealiti.
Warna Penutup Botol Air Minuman
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/warna-penutup-botol-air-minuman.html