[1
] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2
] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3
] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4
] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5
] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6
] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7
] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
0 comments: