Tukar Bateri Kancil
11/23/2012 12:48:00 pm
0 Comments
Masuk ari ni dah 3 hari kancil aku tak bergerak..jam 11 pagi mula menyusur akar mencari bateri. Di Kota Damansara..kedai spare part berdekatan dengan Hong Leong Bank (dulu EON Bank)..bateri jenama Century..Rm160...dan 1 kedai lagi Rm165..11/23/2012 12:48:00 pm 0 Comments
Mula bergerak ke kedai yang biasa aku pergi...jenam GP Ns40..rm165..
fakta
7/26/2012 08:29:00 am
0 Comments
1. Janin mula membentuk cap jari seawal usia 3 bulan7/26/2012 08:29:00 am 0 Comments
2. Paus biru mempunyai pembuluh darah yang amat luas sehinggakan ikan biasa (sekadar contoh) dapat berenang didalamnya.
3. Manusia dan kucing mempunyai bahagian otak yang sama bertanggungjawab berkenaan dengan emosi.
4. Sotong kurita memiliki 3 jantung.2 jantung mengepam darah ke bahagian insang manakala satu lagi mengepam ke seluruh anggota badannya.
5. Apabila kucing berada dalam ketakutan, kesemua bulunya akan berdiri tegak. Apabila ia diancam atau bersedia untuk menyerang, hanya bulu bahagian tulang belakang dan ekor akan tegak sedikit (condong).
6. Lipas boleh hidup selama seminggu hingga 10 hari tanpa kepalanya.
7. Paus biru boleh menghasilkan bunyi sehingga 188 decibal. Ia merupakan bunyi yang paling kuat dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 530 batu.
8. Kebanyakan kucing adalah kidal.
9. Mata burung unta lebih besar daripada otaknya.
10.Seekor jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
11.Telinga cengkerik terletak di kaki hadapan, betul-betul dibawah lututnya.
12.Anjing boleh mendengar sejauh 250 meter berbanding manusia hanya 25 meter.
13. Tikus merupakan haiwan yang paling berjaya dalam kelangsungan hidup walaupun bermacam-macam cara digunakan manusia untuk menghapuskannya.
14. Sebab kenapa burung terbang dalam bentuk V ialah supaya ia dapat mengesan setiap ahli didalam kumpulannya, Juruterbang pesawat pejuang juga menggunakan alasan yang sama apabila berada diudara.
15. Rahang untuk kucing hanya boleh bergerak keatas dan kebawah tidak seperti anjing dan manusia yang boleh digerakkan kekiri dan kekanan.
Petua dari Chef
7/26/2012 07:41:00 am
0 Comments
7/26/2012 07:41:00 am 0 Comments
1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .
Sumber: Chef Sabri
Kuala Rompin
7/11/2012 08:45:00 am
0 Comments
7/11/2012 08:45:00 am 0 Comments
Bot
Wayang- Bunohan
4/19/2012 08:34:00 am
0 Comments
4/19/2012 08:34:00 am 0 Comments
Sinopsis
Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.
Wayang - Jidin Sengal
4/19/2012 07:58:00 am
0 Comments
4/19/2012 07:58:00 am 0 Comments
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.
Genre: Comedy/Romantic
General Release Date: 22 Mac 2012
Distributor: Outloud Studios
Cast: Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah, Zac Diamond
Director:Esmi Zahara Yusof
Release Jidin Sengal[2012] DVDRip Mkv-KaRL[JWG]
Size: 700 Mb
Quality: DVDRip -Mkv 704 x 433 756kbps, LiNE audio - 192kbps VBR MP3
Runtime: 1 Hour 27 Minutes
Filename: Jidin Sengal[2012] DVDRip Mkv-KaRL[JWG]
Subtitle: None
Uploaded by hilmi via http://torrent.jiwang.cc
Pengikut Syiah di Malaysia guna isu Cinta Nabi dan Ahlil Bait untuk
menarik umat Islam
4/19/2012 03:22:00 am
0 Comments
Suatu ketika dulu ketika berita kejayaan Ayutollah Khomeini menumbangkan Shah Iran sampai kepada kita umat Islam khususnya pejuang pejuang Islam di Malaysia bertepuk, bersorak dan bergemibira.4/19/2012 03:22:00 am 0 Comments
Tetapi di sebalik apa yang di banggakan, harus di ketahui bahawa negara Iran yang berpegang kepada fahaman Syiah Imamiah adalah merupakan ancaman terbesar akidah kepada seluruh dunia Islam yang berpegang dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Umat di negara kita Malaysia tidak terkecuali dari ancaman ini.
Negara Iran pada asalnya adalah negara yang hampir kesemua umat nya berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah yang bermazhab kepada imam Shafie.Setelah menakluki dan menguasai Iran, seorang pemimpin berfahaman syiah di bawah kerajaan Safawiyyah bernama Shah Ismail (tahun 907-1501) telah memaksa dengan kekerasan rakyat beralih pegangan kepada Syiah.Sesiapa yang membantah di bunuh.Shah Ismail telah membunuh lebih sejuta rakyat yang enggan menukar aqidah kepada Syiah.Shah Ismail dengan kekuasaan dan kekuatannya juga berjaya menakluki Baghdad dan membunuh keseluruhan ulama ulama Ahli Sunnah, merobohkan masjid dan madrasah milik Ahli Sunnah di seluruh Iraq.Peristiwa ini adalah sejarah tragedi hitam bagi penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia.
Sejarah memaparkan bahawa sekiranya ada pertembungan di antara penganut syiah dengan penganut sunnah dimana mana jua,peristiwa berdarah saperti yang diceritakan ini mungkin tidak dapat di elakkan.Kerana syiah adalah penganut yang memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia.Kita perlu tahu bahawa Syiah menganggap penganut sunnah (iaitu kita) adalah musuh mereka dan lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani.Darah dan harta benda penganut sunnah adalah halal bagi mereka.Bererti bagi syiah membunuh penganut ahli sunnah mendapat pahala.Sebab pegangan Syiah saperti yang ditetapkan oleh ulama ulama mereka adalah bahawa seorang yang dikatakan mukmin itu ialah mereka yang beriman kepada Imam Dua Belas, orang Islam yang tidak berpegang kepada syiah adalah kafir dan kotor (najis) dan bahawa mereka yang tidak beriman kepada syiah imamiah adalah musuh ahli bait dan kafir dan lebih jahat dari yahudi dan nasrani.
Sejak revolusi Iran mereka gigih menjalankan program apa yang di sebut “mengekspot revolusi” fahaman syiah ke negara negara Islam sedunia.Malaysia tidak terkecuali dari terkena tempias revolusi mereka.
Pada awal tahun 1987 Ustaz Ashaari Muhammad (Allahyarham) bekas pemimpin Al Arqam yang di haramkan telah mendedahkan tentang bahaya Syiah.Menurut katanya, ketika itu, ramai pejuang pejuang muda, pensyarah dan mahasisiwa mahasisiwi di IPT dalam dan luar negara terpengaruh dengan revolusi Iran, dan menjadi penganut dan ejen perjuangan Syiah yang kononnya adalah perjuangan Islam.Ramai ibubapa juga turut menghantar anak anak mereka belajar di Qom (Iran) atau Pakistan di mana terdapat pengaruh Syiah yang kuat.
Hari ini kita boleh lihat Revolusi syiah telah berjaya di ekspot dan bertapak di Malaysia dengan munculnya markaz markaz Gerakan Syiah yang dikenali sebagai Hauzah Ar Redho di seluruh negara.Menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.
Pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pihak JAIS pernah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.
Beberapa pemimpin Syiah pernah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf
Jabatan Agama Islam Melaka pernah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan
Modus operandi mereka bergerak di Malaysia ialah dengan menggunakan isu cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda (ahli bait )sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.(2)
Perkembangan ini mengundang berbagai bahaya kepada Islam di Malaysia.Sebab Syiah sebenarnya menyimpang dari keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dalam hal akidah mahu pun furi’iah.Mengikut Syiah bererti menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
[caption id="attachment_407" align="aligncenter" width="317" caption="Potret Imam Imam Syiah atau Imam 12"][/caption]
Sudahlah jurang di antara umat Islam di Malaysia sudah menjadi renggang di sebabkan fahaman politik kepartian yang bertentangan, kalau Syiah berjaya berkembang bererti membenarkan lagi satu jurang yang besar untuk tambah memecah belahkan lagi penyatuan umat Islam.Sebab sejarah, saperti yang saya telah sebut tadi, telah membuktikan Syiah sentiasa akan memerangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi yang menentang mereka.
Kita tidak menolak kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.
(Sumber: Fitrah Islami Online)
Popular Posts
Recent Posts
Popular Posts
-
Credit to: http://resepicikruby.blogspot.com/2013/07/resepi-satay-kajang-haji-samuri.html?m=1 Resepi Satay Kajang (Sate Aya...
-
Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju Dan ter...
-
Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami S Negara yang terjejas teruk adalah di kepulauan Indonesia, dengan ...
-
New Android Phone? Check Out These 14 Essential Hints and Tips Jared Newman / TIME.com If you've just purch...
-
Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kem...
-
Cara buat ikan pekasam Cara buat ikan pekasam macam ini. Ok sebelum tu nak cerita sikit. Masa cuti bulan 12 2010 hari itu aku duduk c...
-
Pangkat-Pangkat Dalam PDRM Yang Perlu Anda Tahu Pen Patah Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kat...
-
This girl from Thailand is only 19 years old but she is the tallest teen in the world. Malee Duangdee is 6 feet 10 inches (208.3 cm) tall....
-
1. husammusa.com My Statement : Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM Nuri dan Jet Eksekutif terbaru PM. Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimam...
-
~*~ SNORING ~*~ ***************** Snoring occurs whe...
Recent Posts
About me
Blogger templates
Pages
About Me
Followers
Popular Posts
-
Credit to: http://resepicikruby.blogspot.com/2013/07/resepi-satay-kajang-haji-samuri.html?m=1 Resepi Satay Kajang (Sate Aya...
-
Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju Dan ter...
-
Aceh, Setelah Genap 10 Tahun Dilanda Tsunami S Negara yang terjejas teruk adalah di kepulauan Indonesia, dengan ...
-
New Android Phone? Check Out These 14 Essential Hints and Tips Jared Newman / TIME.com If you've just purch...
-
Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kem...
-
Cara buat ikan pekasam Cara buat ikan pekasam macam ini. Ok sebelum tu nak cerita sikit. Masa cuti bulan 12 2010 hari itu aku duduk c...
-
Pangkat-Pangkat Dalam PDRM Yang Perlu Anda Tahu Pen Patah Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kat...
-
This girl from Thailand is only 19 years old but she is the tallest teen in the world. Malee Duangdee is 6 feet 10 inches (208.3 cm) tall....
-
1. husammusa.com My Statement : Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM Nuri dan Jet Eksekutif terbaru PM. Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimam...
0 comments: