KWSP Kredit RM21.61 Bilion Dividen Ke Dalam Akaun Ahli Untuk 2010

2/21/2011 05:56:00 am 0 Comments

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan hari ini mengisytiharkan bayaran dividen tertinggi pernah dicapai sebanyak RM21.61 bilion kepada ahlinya, meningkat 11.55 peratus berbanding bayaran dividen 2009 sebanyak RM19.37 bilion. Amaun ini merupakan 5.80 peratus kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Kadar dividen ini 15 mata asas melebihi kadar 5.65 peratus yang dibayar pada tahun 2009, menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Ini merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 ini dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan yang mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.” “Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran.”

0 comments: