Pegawai JAS Sarawak mati jatuh dari tingkat 9

4/07/2011 05:04:00 pm 0 Comments

Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di Pending pada 17 Sept, 2004.

Bernama.com 
Am 21 Mei, 2007 14:33 PM 
Keputusan Kematian Rumie Ditangguhkan Pada 25 Jun 

KUCHING, 21 Mei (Bernama) - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 25 Jun sama ada ia mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan Koroner kerana kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas.

Hakim David Wong Dak Wah, yang sepatutnya membuat keputusan hari ini menangguhkannya setelah peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, Dominuque Ng, tidak hadir di mahkamah kerana beliau menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Wong akan membuat keputusan sama ada Ng, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memohon bagi satu kajian semula penghakiman bagi pihak keluarga Rumie kerana di bawah perkara biasa, hanya timbalan pendakwaraya, yang berperanan sebagai pemeriksa dalam inkues itu, mempunyai locus standi untuk mengadakan kajian semula penghakiman terhdap keputusan tersbeut.

Menurut laporan itu, Rumie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di Pending di sini pada 17 Sept, 2004.

Inkues itu diadakan apabila keluarga Rumie meminta polis membuka semula siasatan kes itu, dengan mendakwa beliau dibunuh dan kematiannya itu disebabkan perbuatan jahat.

Sebanyak 31 saksi dipanggil memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari yang bermula pada 24 Okt tahun lepas.

Mereka termasuk bapa Rumie Mahlie Jolihi, isteri beliau Suraidi Abdullazid, pegawai penyiasat polis Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul Rahman Awang.

Koroner Tengku Sharizam Tuan Lah tidak memberikan banyak maklumat terhadap keputusan mengenai kematian Rumie pada Otober tahun lepas.

Beliau menyatakan bahawa kematian Rumie disebabkan jatuh dari tingkat yang tinggi kerana tidak banyak keterangan untuk membantu mengenal pasti punca kematian tersebut.

-- BERNAMA 

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=263088 

22/06/2007

Kes kematian Rumie: Permohonan semak keputusan koroner ditolak

KUCHING 22 Jun — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menyemak penemuan koroner dalam kes kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas.

Semasa membuat keputusan itu, Hakim David Wong Dak Wah berkata, beliau berpuas hati bahawa inkues berhubung kematian pegawai berumur 31 tahun itu telah dirumuskan mengikut fakta betul berdasarkan keputusan terbuka yang dibuat oleh koroner bahawa tiada keterangan menunjukkan beliau membunuh diri atau telah dibunuh.

Menurut laporan, kematian Rumie akibat terjatuh dari tingkat sembilan bangunan yang menempatkan pejabat jabatan itu di Pending di sini pada 17 Sept, 2004.

Wong juga berkata, adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan pendakwa raya untuk membuka semula kes itu dengan pasukan penyiasat yang lebih cekap, seperti dipohon keluarga Rumie untuk membersihkan namanya, mendakwa yang dia telah dibunuh dan kematiannya disebabkan perbuatan khianat.

Bagaimanapun, beliau memutuskan peguam Dominique Ng, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, mempunyai locus standi (hak dari segi undang-undang) untuk memohon semakan penghakiman bagi pihak mereka kerana dalam keadaan biasa, hanya pendakwa raya yang memainkan peranan sebagai pemeriksa dalam sesuatu inkues mempunyai locus standi untuk mengemukakannya.

Yang turut hadir di mahkamah ialah anggota keluarga Rumie, termasuk balunya Suraidi Abdullazid, dua anak lelakinya Syafi, 9, dan Hafeez, 6, yang jelas kelihatan kecewa dengan keputusan hari ini.

Inkues itu, diadakan selepas keluarga Rumie meminta polis membuka semula siasatan kes itu, mendapati kematiannya adalah akibat terjatuh daripada satu tempat tinggi ekoran kekurangan bukti untuk membantu mengenal pasti punca kematiannya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ng berkata, keluarga itu berasa lega dengan keputusan koroner yang menolak andaian bahawa Rumie membunuh diri kerana tekanan kerja, yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, beliau menggesa pendakwa raya menyemak semula penemuan mahkamah rendah itu, yang dikendalikan oleh koroner Tengku Sharizan Tuan Lah.

Sebanyak 31 saksi memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari bermula 24 Okt. tahun lepas, termasuk bapa Rumie, Mahlie Jolihi, Suraidi, pegawai penyiasat Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul Rahman Awang. - Bernama
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm 

0 comments: