Pegawai Kanan Bergelar 'Datuk' Ditangkap Khalwat

4/17/2011 09:13:00 am 0 Comments


GEORGE TOWN: Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar Datuk ditangkap berkhalwat awal pagi Sabtu.
Beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) bersama anggota polis semasa membuat pemeriksaan di sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi dekat sini kira-kira pukul 4 pagi mendapati lelaki berusia 51 tahun dipercayai dari Kementerian Belia dan Sukan bersama temannya berumur 28 tahun di dalam salah sebuah bilik.
Kedua-dua mereka yang bertugas di kementerian sama kemudian dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.
Pengarah JAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.


0 comments: