PAS Jelebu edar risalah isu rakyat, TAHNIAH

4/22/2011 09:31:00 pm 0 Comments


Sinar Harian 22 April 2011
KUALA KLAWANG - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas Kuala Klawang mengambil inisiatif mengedarkan risalah berhubung isu rakyat kepada penduduk setempat.

Naib Yang Dipertua Pas Jelebu, Noranif Selamat berkata, risalah itu mengandungi pelbagai isu dan butiran yang diambil daripada ceramah anjuran Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

"Tujuan diadakan program edar risalah ini adalah untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk Jelebu, khasnya penduduk Kuala Klawang berhubung beberapa isu yang menyentuh soal masyarakat.

"Risalah ini turut menyentuh mengenai kedudukan undang-undang yang perlu rakyat tahu mengenai hak mereka mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Difahamkan, risalah berkenaan diedarkan kepada penduduk sekitar kawasan ini, termasuk kepada pengunjung pasar minggu di pekan itu.

Noranif berkata, program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan pengunjung pasar berkenaan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9005533.asp

Berilah Sokongan kepada PAS di Jelebu dengan melayari Blog berikut :

PAS Parlimen Jelebu di http://pasjelebu.blogspot.com

PAS DUN Klawang di http://orangklawang.blogspot.com

__._,_.___

0 comments: