Isunya bukan untung rugi, tapi

4/22/2011 09:36:00 pm 0 Comments


Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik

Posted by info kedah
ALOR SETAR, 18 April – Kerajaan tidak mempertikaikan untung rugi dalam GLC di bawah kerajaan lalu sebaliknya yang dipersoalkan ialah penyalahgunaan wang GLC untuk kegunaan parti politik. Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Perhimpunan Pagi Warga Darul Aman.
Beliau  menerima kenyataan Seri Temim Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) dikatakan rugi kerana mencatat perbelanjaan tidak selaras dengan dengan penubuhan syarikat seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Kedah YB Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sebuah akhbar tabloid hari ini.
"Untung rugi bukan kesalahan. Itu adat berniaga. Kita bukan cakap untung rugi tapi kita pertikai guna duit syarikat untuk tujuan politik," katanya kepada wartawan selepas majlis Perhimpunan Pagi di Wisma Darul Aman.
Ekoran itu Pemuda PAS telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya pembayaran wang keluar STDC di bawah pemerintahan kerajaan dahulu mencecah RM8 juta kepada sebahagian besar atas nama politik dan bukan aktiviti Kerajaan Negeri.
"Guna duit untuk politik. Memang kita tak dedah siapa dapat duit. Kita repot supaya SPRM buat siasatan," katanya
Isu ini timbul apabila Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mendakwa STDC gagal mendapat pengecualian cukai daripada LHDN ke atas perbelanjaan yang dilakukan mencecah RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.
 "Kalau duit ini diguna untuk sekolah atau anak-anak yatim. Itu adalam enakmen sosial korporat. Tidak ada untuk mesyuarat UMNO. Dengan sebab itu sebanyak RM4 juta kita terpaksa tanggung untuk cukai belanja parti politik. Kita akan keluar senarai bila sampai masa," katanya. [wartakedah]

Posted by KedahLaNie
Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.
Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.
Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan 'sedikit peruntukan syarikat terbabit' untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.
Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:
Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.
Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?
Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.
MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

0 comments: