Sape nak kawen ngn die?angkat tangan

4/27/2011 08:34:00 pm 0 Comments


Roslin mahu isteri beriman

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


ROSLIN (kiri), Raja Azmi dan Jailani (dua dari kanan) berbincang selepas memberi keterangan di pejabat Jawi semalam.



KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi tetapi dalam masa sama bimbang jika tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas pelbagai kontroversi mengenai dirinya tersebar.
Roslin, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri.
Dakwanya, kontroversi itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya tetapi dia tidak dapat tidak terpaksa reda dengan ketentuan itu.
"Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?
"Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita," akuinya ketika ditemui semalam.

0 comments: