Tak serah 20 sen: Pelajar OKU dibelasah

4/24/2011 07:50:00 pm 0 Comments


22/04/2011 5:40pm

TELUK INTAN - Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah oleh seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di sini dua hari lepas.
Kejadian berlaku pada 1.30 petang ketika mangsa Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU) telah ditahan oleh pelajar senior ketika mangsa sedang berjalan di hadapan kelasnya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, sebaik ditahan pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen daripada mangsa namun mangsa enggan memberikan wang itu menyebabkan pelajar senior itu menendang mangsa di bahagian perut dan kepala.
Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain, katanya di sini hari ini. - Bernama













  

0 comments: