Rasuah: Bekas Pengarah JPJ Kedah bebas

4/11/2011 08:39:00 pm 0 Comments

Rasuah: Bekas Pengarah JPJ Kedah bebas


Kosmo Online



KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Zulkifli Othman dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pemilik akademi memandu.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zaki Salleh gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Seramai 19 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding itu.

Bagi tuduhan pertama Zulkifli, 50, dituduh menerima satu suapan berbentuk penginapan untuk satu malam di Hotel Renaissance, di sini bernilai RM427.75 daripada Lim Kok Han sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan yang boleh mengganggu perniagaan di akademi itu, pada 5 petang, 5 Julai, 2007.

Zulkifli turut menghadapi tuduhan yang sama menerima suapan berbentuk penginapan di Hotel Concorde, di sini bernilai RM204.70, daripada Kok Han kira-kira pukul 7.20 petang, pada 3 Ogos 2007.

Zulkifli juga didakwa menerima rasuah RM1,000 daripada Kok Han di Kelab De Macau, Lower Ground Floor, Hotel Renaissance, kira-kira pukul 1.30 pagi, pada 4 Ogos 2007.

Di tempat yang sama, Zulkifli dituduh menerima RM17,325.10 secara rasuah daripada Kok Han pada pukul 9.40 malam, 3 Ogos 2007. – Bernama

0 comments: