Manassero juara Golf Terbuka Malaysia

4/17/2011 09:48:00 pm 0 Comments




MATTEO Manassero mencatat kemenangan sulung pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank di Kuala Lumpur Golf & Country Club yang menutup tirainya semalam dengan melakukan 16 bawah par 272.

Tambah manis Manassero bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 esok muncul sebagai pemain paling muda dalam sejarah menjuarai kejohanan itu dan menewaskan handalan lain termasuk Louis Oosthuizen, Charl Schwartzel, Martin Kaymer dan Rory McIlroy.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Martin Kaymer dari Jerman, sekadar mencatat par 72 pada hari terakhir, berkongsi kedudukan di tangga kesembilan bersama pemain Sepanyol Alejandro Canizares dengan jumlah 280 pukulan.

Wakil tunggal negara, Danny Chia, terikat di tempat ke-41 bersama empat pemain lain membawa pulang AS$14,750 (RM44,604).

Namun nasib tidak menyebelahi pemain New Zealand, Danny Lee, yang terikat di tangga ke-17, apabila penyertaannya dibatalkan oleh marsyal kejohanan selepas beliau didapati menandakan catatan rendah pada skor kadnya.

0 comments: