Majlis Fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie

10/27/2014 04:24:00 am 0 Comments


Credit to:

Majlis Fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie

23/10/2014 5:54pm


KUALA NERUS - Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam memuliakan haiwan termasuk anjing namun umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak.

"Bagaimanapun dalam aspek hukum, soal kemuliaan satu hal dan dalam aspek hukum pula umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak di dalam Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menutup Majlis Multaqa' Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia 2014 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustaffa dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaaan, Brigedier Professor Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Jamil Khir berkata, Jakim akan memanggil penganjur pertunjukan anjing berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu kerana pihak penganjur terutama ustaz yang terlibat mendakwa, beliau tidak diperjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara itu (pertunjukan anjing).

"Bagaimanapun Jakim dalam masa terdekat ini akan memanggil penganjur supaya kita tidak terperangkap dengan isu berkenaan," katanya. - Bernama


0 comments: