Khairy Perlu 'Cakap Benar'
6/04/2013 02:24:00 am
0 Comments
Kontroversi: Khairy Perlu 'Cakap Benar' Tentang Mat Bangla Yang Di Jadikan 'Ahli Patriot' Semasa Berdemo Sebelum Persoal Isu Hospital Tung Shin6/04/2013 02:24:00 am 0 Comments
PDO
Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternya berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya. "Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu," katanya. Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa. Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas. Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital. Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?
__._,_.___
0 Comments
Suhakam 'Mengecam' Keganasan Polis
6/04/2013 02:24:00 am
0 Comments
6/04/2013 02:24:00 am 0 Comments
Suhakam 'Mengecam' Kekerasan Serta Keganasan Yang Di Lakukan Oleh Pihak Polis Ketika Tangkap Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 Pada Sabtu Lalu!
PDO
SHAH ALAM 13 Julai - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengecam kekerasan dan keganasan yang dilakukan polis ketika bertindak menangkap peserta Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sambil menyifatkan ia pencabulan hak asasi manusia. Pesuruhjayanya Muhammad Sha'ani Abdullah (foto) berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS. Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. "Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya. Sha'ani yang turut memantau perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga merupakan satu pencabulan. Dalam pada itu, beberapa peserta himpunan itu berkesempatan menceritakan detik-detik cemas mereka ketika dikasari, diherdik malah dihertet ke dalam trak polis. Rata-rata peserta yang ditemui, kesal dengan tindakan ganas polis ketike berdepan dengan perhimpunan aman Bersih sambil persoalkan kegagalan pihak berkuasa itu dalam menjamin keselamatan rakyat dalam negara ini.
[Kenyataan Suhakam ini sudah pasti akan mengejutkan pihak kerajaan sebenarnya. Apakah kerajaan boleh menuduh agensi yang diwujudkan sendiri oleh mereka itu kini berpihak kepada pembangkang?. Padahal Suhakam melihat dari sudut kebebasan sebuah negara demokrasi dan juga hak-hak asasi manusia. Namun begitu, kesalahan tidak wajar diletakkan sepenuhnya kepada pihak polis kerana mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Arahan telah dikeluarkan dan dalam keadaan yang genting seperti itu, apa saja boleh berlaku jika ada tindakan provokasi daripada mana-mana pihak. Apapun, rakyat tetap akan terus bangkit untuk berjuang menuntuk keadilan dalam pilihanraya sehingga bila-bila. Tambahan pula jika pihak SPR sewenangnya bertindak memperlekehkan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 itu sebenarnya. Oleh itu, semua pihak perlulah kembali ke meja rundingan demi kesejahteraan rakyat Malaysia].

Majlis Peguam 'Tampil' Dengan Pengakuan Saksi Membuktikan Gas Pemedih Mata Dan Meriam Air Telah Pun 'Di Lepaskan' Ke Hospital Tung Shin !!
PDO
KUALA LUMPUR 13 Julai - Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam semalam tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi. Hasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (foto) berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman. Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital. Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan pada Sabtu lalu.
[Nampaknya isu ini semakin panas bila Majlis Peguam pula campur tangan. Namun, pihak terbabit ada hak untuk memberi kenyataan terbuka kerana mereka menghantar wakil bagi memantau perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan baru-baru ini. Pihak polis mungkin mempunyai bukti termasuk rakaman video berkaitan untuk menafikan tindakan tersebut. Namun, apakah rakyat boleh percaya dengan pendedahan video itu?. Apatah lagi bagi mereka yang berada di lokasi yang berkenaan. Sepatutnya, pihak hospital awal-awal lagi menutup pagar dan tidak membenarkan premis mereka dijadikan lokasi perlindungan mana-mana pihak. Inilah yang memungkinkan ada gas dan meriam air yang akhirnya dihalakan ke bangunan tersebut. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan? Pihak polis, peserta demo atau pengurusan hospital. Semoga isu ini dapat selesai dengan sebaik mungkin].

Kelebihan lalat
6/03/2013 10:50:00 pm
0 Comments
6/03/2013 10:50:00 pm 0 Comments
__
_
0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: