Khairy Perlu 'Cakap Benar'
Kontroversi: Khairy Perlu 'Cakap Benar' Tentang Mat Bangla Yang Di Jadikan 'Ahli Patriot' Semasa Berdemo Sebelum Persoal Isu Hospital Tung ShinPDO
Terkadang, gelihati juga rasanya bila membaca komen Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (foto) di laman Twitternya berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Khairy antara lain berkata, terdapat keterangan dokumentasi yang menunjukkan gas pemedih mata ditembak ke dalam Hospital Tung Shin dan dia merasakan bahawa kerajaan mesti mengakuinya. "Saya fikir adalah lebih baik untuk bercakap benar ... mohon maaf dan siasat kejadian itu," katanya. Soalnya sekarang, jika benar pun apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta demontrasi itu maka Khairy sebagai Pemimpin Sayap Kanan parti yang mendokong kerajaan yang memerintah tidak wajar mengeluarkan kenyataan dan komen sedemikian rupa. Bukankah ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pegawai polis dan termasuk juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tong Lai baru-baru ini. Semalam sekumpulan doktor telah menolak kenyataan Liow bahawa tiada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital terbabit ketika polis mengasak penyokong Bersih 2.0 Sabtu lepas. Pembohongannya itu akhirnya memakan diri apabila pelbagai imej dan video di dalam internet menunjukkan gas pemedih mata telah ditembak ke kawasan hospital. Masalahnya sekarang, kenapa Khairy seolah-olah mula resah dengan pendedahan yang telah dibuat itu dan akhirnya menyalahkan kerajaan supaya bercakap benar dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Ini bermakna Khairy telah senada dengan pihak yang mempertikaikan kenyataan kerajaan sebelum ini. Apakah beliau kini sudah beralih arah?
__._,_.___
0 comments: