Rozita Che Wan lahirkan bayi perempuan
ROZITA CHE WAN dan Zain Saidin bersama bayi mereka di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, semalam. – IHSAN LAMAN SESAWANG HLIVE
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Aktres jelita, Rozita Che Wan, 41, atau Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.8 kilogram di Pusat Perubatan Ampang Puteri tepat pukul 2.18 petang, di sini hari ini.
Suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, 30, turut berada di sisi isterinya itu sepanjang proses kelahiran berlangsung.
Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu dimasukkan ke hospital pagi ini.
"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi walaupun tiada lagi tanda untuk bersalin dan atas nasihat doktor, dia dihantar ke hospital juga.
"Tidak sangka dia terus melahirkan bayi comel ini pada hari ini dan semuanya berjalan dengan lancar," katanya.
Zain turut melahirkan rasa kesyukuran kerana ibu dan bayi perempuannya itu berada dalam keadaan sihat.
Bagaimanapun pasangan tersebut memutuskan untuk memberikan nama kepada bayi comelnya itu pada minggu hadapan.
Bayi perempuan itu merupakan anak ketiga buat Che Ta dan anak pertama bagi Zain.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu.
0 comments: