TIDAK BOLEH BERNIAGA JIKA TIDAK BERTUDUNG DI KELANTAN
TIDAK BOLEH BERNIAGA JIKA TIDAK BERTUDUNG DI KELANTAN
Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-tidak-boleh-berniaga-jika-tidak.htm
Pen Patah
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.
PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.
Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.
Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.
"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.
Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.
Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.
Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.
"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.
Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.
Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina
Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-tidak-boleh-berniaga-jika-tidak.htm
0 comments: