Pemuda lontarkan balik pelawaan Najib; ajak ahli Umno sertai PAS



Pemuda lontarkan balik pelawaan Najib; ajak ahli Umno sertai PAS

Buletin Online - Media Informasi Terkini
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/azmandisetiusmall.jpgSETIU - Disebalik pelawaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, mengajak PAS menyertai Barisan Nsional dan meninggalkan Pakatan Rakyat, Dewan Pemuda PAS pula menyeru semua ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani mengucapkan terima kasih keatas pelawaan Najib seraya berkata, shingga kini PAS tidak pernah bercadang atau bermimpi untuk bersama Umno dan Barisan Nasional.

"Yang pertamanya, kita ucap ribuan terima kasih atas pelawaan supaya PAS menyertai Barisan Nasional, sebenarnya kami daripada PAS sehingga saat ini, kita tidak pernah bercadang atau bermimpi untuk bersama dengan Umno dan Barisan Nasional,

"selagi mereka (Umno) tidak mengubah dasar sekular pada parti itu,"tegasnya ketika ditemui Harakahdaily selepas menyampaikan ceramah di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, dekat sini semalam 30 April.

Menurutnya, beliau juga tidak nampak, Umno membuat persediaan untuk kembali kepada Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

Katnya, apa yang jelas kelihatan adalah, Umno-Barisan Nasional tidak dapat menunjukkan sebarang contoh baik dan gagal menjaga agama, bangsa dan negara, sepanjang 50 tahun pemerintahannya.

"Kita (PAS) tengok, sepanjang 50 tahun BN memerintah, ternyata tak boleh buat contoh dari sudut nak jaga agama, jaga bangsa dan negara, ternyata apa yang mereka buat itu gagal,"jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada makna sekiranya PAS bersama orang-orang yang gagal.

Ustaz Azman mengembalikan 'lontaran' pelawaan oleh Presiden Umno itu dengan mengajak semua ahli-ahli Umno bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup (Ad-Deen).

Perjuangan Islam bersama PAS katanya, adalah suatu gagasan terbaik yang melibatkan perjuangan semua bangsa, semua kaum dan semua agama.

"kita lontarkan balik (pelawaan PM) (dan) mengajak mereka (ahli-ahli Umno) bersama kita (PAS), kerana apa yang kita hendak bawa adalah suatu gagasan yang terbaik, yang melibatkan semua bangsa, semua kaum dalam negara kita,

"dengan kita (PAS) meletakkan Islam sebagai Ad-deen (cara hidup), (kita harap) mereka berfikir, bincang dan kaji apa yang kita bawa,"katanya.

Turut hadir dan menyampaika ceramah adalah Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim dan bekas selebriti terkenal Bob Lokman 

Adakah Sniper tembak Sekolah Islam di Kuala Lumpur?



---------- Forwarded message ----------
From: Suara Rakyat <pasn9@yahoo.com>
Date: 2011/4/27
Subject: Adakah Sniper tembak Sekolah Islam di Kuala Lumpur?
To: pasn9@yahoogroups.com, taman_alamanda@yahoogroups.com, assaidiyyah@yahoogroups.com, darul-khusus@yahoogroups.com, islah-net@yahoogroups.com, gerak-usrah@yahoogroups.com, suaraulama@yahoogroups.com, relexjap@yahoogroups.com, harakah_daily@yahoogroups.com, xbxl@yahoogroups.com, sdara82@yahoogroups.com, MISGUSAlumni@yahoogroups.com, jenaka@yahoogroups.com, cyberdigest@yahoogroups.com, hidayahnet@yahoogroups.com, ingatan@yahoogroups.com, malaycafe@yahoogroups.com, maynetwork@yahoogroups.com, mymasjid@yahoogroups.com, panoramaku@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com, Sutera@yahoogroups.com, umno-reform@yahoogroups.com, Usahawan_Melayu@yahoogroups.com, cyberkasih@yahoogroups.com, Menganggur@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com, Watan_Sabah@yahoogroups.com, parti-keadilan@yahoogroups.com, Minda_UMNO_PAS_keADILan@yahoogroups.com, Malaysian_Students_Free_Speech@yahoogroups.com, idealis_mahasiswa@yahoogroups.com


 
Ini satu berita yang harus menggusarkan kita semua. Dilaporkan sebuah sekolah Islam di Kuala Lumpur telah disyakki ditembak oleh seseorang yang tidak dikenal pasti. Jika melihatkan kesan tembakan dari gambar , kemungkinan lebih kurang 10 das tembakan telah dilepaskan. Sebelum ini KL dan Seremban pada bulan Mac 2011 digemparkan dengan serangan asid dimana 16 orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Adakah tembakan ini dari senapang biasa menggunakan silencer atau senapang angin, atau mungkin budak-budak nakal lastik dengan batu? Tengok sendiri gambarnya di http://amkns.blogspot.com/2011/04/adakah-sniper-tembak-sekolah-islam-di.html


SEKOLAH 'DITEMBAK'
Harian Metro 27 April 2011

AMPANG: Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, di sini, gempar selepas beberapa peluru ditemui selain terdapat kesan tembakan di cermin tingkap bangunan tingkat tiga itu, semalam.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tembakan dipercayai dilakukan individu tidak dikenali lebih 50 meter dari sebuah kondominium di belakang sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti peluru digunakan.

"Kami sudah menghantar anggota forensik bagi menjalankan siasatan yang akan mengenal pasti jenis peluru digunakan dalam tembakan itu," katanya di sini, semalam.

Kejadian itu diketahui selepas seorang guru membuat laporan di Balai Polis Ulu Klang kira-kira jam 10.30 pagi, semalam selepas melihat cermin tingkap di sekolah itu berkecai akibat kesan tembakan.

Beliau berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pihaknya menghantar pasukan forensik untuk menyiasat punca kejadian itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39, Akta Senjata Api 1960," katanya yang meminta orang ramai membantu siasatan jika mengetahui kejadian itu.

Sementara itu, seorang pekerja sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu tembakan berkenaan mungkin berlaku malam kelmarin atau Ahad lalu hingga tidak disedari penghuni sekolah.

Katanya, perkara itu tidak dihebohkan menyebabkan suasana di sekolah itu masih tenang dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

"Seorang guru menyedari perkara itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana bimbang dengan keselamatan pelajar," katanya yang ditemui di sekolah berkenaan, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sekolah__8216_ditembak__8217_/Article/index_html
__________________________________________________________

Asal Tasbih Fatimah



Asal Tasbih Fatimah

Assalamualaikum WBT,

Fatimah r.ha anakanda Rasulullah SAW isteri kepada Saiyidina Ali r.a sering melakukan kerja rumah bersendirian dan berat-berat kerjanya. Disebabkan kasihan melihat Fatimah r.ha, Saiyidina Ali r.a telah menyuruh Fatimah r.ha berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi memohon mendapatkan seorang pembantu. Kebetulan pada waktu itu terdapat banyak tawanan perang.

Beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi pada ketika itu ramai orang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan santun, beliau tidak berani untuk memohon permintaan di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah kami dan bersabda; "Fatimah, apakah yang menyebabkan dikau datang kepadaku kelmarin?"

Beliau berasa malu dan mendiamkan dirinya. Akhirnya Saiyidina Ali r.a pun berkata; "Wahai Rasulullah s.a.w, Fatimah telah ditumbuhi ketulan di atas tangannya dan parut-parut di atas dadanya disebabkan oleh beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor.Daku menasihatinya untuk pergi menemuimu dan memohon seorang pembantu".

Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda; "Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, danAllahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu".

Fatimah r.ha berkata: "Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya". Dan disebabkan inilah Tasbih Fatimah diberi nama. Walaupun nama seperti tiada kena mengena dengan apa yang dimohon oleh Fatimah r.ha, pengajaran yang boleh kita perolehi disini ialah betapa pentingnya untuk kita mempercayai setiap sabdaan Rasulullah SAW. Dan setiap sabdaan Baginda SAW juga adalah sesuai untuk diamalkan tidak mengira waktu dan zaman sehinggalah hari kiamat. 


Untuk menambah lagi rasa yakin kita, seharusnya kita beramal dengan perkara tersebut. Apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada Fatimah r.ha adalah juga secara tidak langsungnya sebagai pelajaran yang harus kita ikut dan contohi. Pada yang belum pernah mengamalkan lagi Tasbih Fatimah sebelum tidur, bermula dari malam ini marilah kita amalkannya. Yakinlah dengan amalan tersebut dan insya Allah kita akan rasai perbezaannya sewaktu kita bangun dari tidur esok
 

Markisa-dari bunga menjadi buah




Markisa: Dari bunga menjadi buah


Bunga yang kembang mekar begini, bukan jaminan buah akan manjadi. Sebaliknya banyak pula bunga yg gugur sebelum berkembang dan gugur selepas berkembang. Kali pertama pokok markisa saya berbunga, bunganya amat lebat. Gumbira hati tidak terkata . harapannya nanti banyak lah buahnya. Dapatlah jiran2 turut merasa. Rupanya,bagai bidalan mendung tak semestinya hujan. Banyak kuntum mekar yg gugur ke bumi (yer la tak kan gugur ke langit).


Hasil interaksi dengan rakan2 di egroups Taman Flora, TP memberikan tips pendebungaan. Alhamdulillah menjadi, walaupun hanya beberapa biji sahaja yg jadi. Caranya ialah
1-ambil cotton bud (pengorek telinga), sapukan pada debunga berwarna kuning. Sapu selagi ada.
2- gugurkan (goncang dan ketuk2 sikit) cotton bud tersebut supaya debunga kuning jatuh ke bahgian tengah (ladam kuda).Biarkan.
Hasilnya esoknya, kuntum bunga tadi menguncup. Saya buat waktu petang esok paginya dah menguncup. Ia kuncup selama 3 hari. [Kalau bunga rendah boleh lah buat.., kalau atas bumbung tak dapat nak tolong]

Selepas 3 hari , putik buah mula kelihatan. Seronoknya....
subahnallah. Gembira melihat kejadian Alah s.w.t yang amat unik ini.Setiap hari ku intai buah putik ini.Bila nak besar, tak sabar sabar..

Tiga hari kemudiannya putik telah semakin besar. Masa ni dah sesuai untuk dibalut.


Dah balut tu, tunggu lah ia betul2 besar dan masak . Lebih kurang 2 bulan, kalau tak masak lagi dah petik ,masam sangat ler rasanya. Kalau lama sangat , takut reqki mahluk lain pulak. Tunggu jangan tak tunggu. Marisa yg ditunjuk ini , disebelah kanan rumah. Baru 2 biji jadi buah... warnanya kulitnya putih kuning.
Kini markisa sudah berbuah. Dah merasa buahnya.
__._,_.___

Apa maksud SUMPAH MUBAHALAH?


 

Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut:

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta." ['Ali Imran 3:61]

Perkataan Mubahalah bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.

Merujuk kepada ayat di atas, diriwayatkan bahawa pada satu ketika datang delegasi Nasrani dari Najran untuk berdialog dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Kota Madinah dalam subjek perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Setelah disampaikan segala hujah yang benar yang tidak mampu dijawab oleh delegasi Nasrani, mereka tetap enggan mengakui kebenaran Islam, apatah lagi memeluknya. Keengganan delegasi Nasrani ini menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan ayat 61 surah 'Ali Imran di atas.

Berdasarkan ayat ini, apabila terdapat dua pihak yang bertikai dengan saling menuduh sementara masing-masing pihak telah mengemukakan hujah masing-masing, maka alternatif terakhir bagi menyelesaikan pertikaian ialah melakukan sumpah mubahalah. Melalui sumpah mubahalah masing-masing pihak membawa ahli keluarga terdekat masing-masing dan bersumpah seandainya pihak yang menuduh berdusta, laknat Allah akan tertimpa ke atas ahli keluarganya.

Kehadiran ahli keluarga terdekat memiliki pengaruh yang amat mendalam sehingga orang yang berdusta dalam membuat tuduhan akan menarik balik tuduhannya itu. Ini kerana dia tidak mahu kesalahan dirinya sendiri memberi kesan buruk kepada ahli keluarga tersayangnya, yang pada asalnya memang tidak bersalah langsung.

Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah:

  1. Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
  2. Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
  3. Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
  4. Masing-masing pihak bersumpah, umpama: "Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya." Pihak kedua pula bersumpah, umpama: "Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya."



Re:

Hi! I want to give you a link of one reliable drugstore! I hope you will like it!.. http://web141.can200.de/friends_links.php?thotmailID=22e8
Diversify your sexual life!. http://ahlweb.sitefr.info/friends_links.php?ytCID=13p0