Siapakah Jamalul Kiram ?


Bergitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya  itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.
Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.
Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.
Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.
Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?
Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!
Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.
Sultan Sulu yang sah…


Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.
Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.
Jadi sapa mangkok nie…?? suka-suka ceroboh negara kita kemudian bunuh polis kita…


TERIMA KASIH




TERIMA KASIH kerana Mengecewakan Saya !!
Assalammualaikum.
Sebenarnya saya memang betul2 kecewa.
Kecewa kerana masih ramai lagi yang tak faham apa yang sedang berlaku masa kini.
Kecewa kerana masih ramai tak memahami situasi masa ini.
Kecewa kerana masih ramai lagi orang2 bodoh di negara ini seperti yang Tun D M katakan.
Kecewa kerana walaupun terdedah dengan berbagai info terkini, teknologi terkini tetapi masih
        lagi mempercayai maklumat dari sumber akhbar dan tv.
Kecewa kerana walaupun mempunyai diploma/ijazah/master/phd tetapi berfikiran macam
      budak2 tadika sahaja kerana tak tahu berfikir.
Kecewa kerana sebab-sebab-sebab-sebab di bawah ni......
PR kata 5hb undi, 6hb bentuk kerajaan, 7hb minyak akan turun lebih kurang 40 sen/liter.
Kecewa kerana ramai yang tak mahu menerimanya.
Kecewa kerana alasanya dia tak jalan jauh.
Kecewa kerana dia naik basikal aje.
Tetapi saya yang full tank 80 liter, dah tentu dapat jimat RM30 setiap kali isi full tank.
Tidakkah saya boleh balik kampung selalu? Atau ziarah saudara mara dan kawan2?
Kecewa kerana mereka tidak berfikir macam saya.
PR kata nak hapuskan saman2 AES yang lalu dan upgrade sistem AES yang sedia ada.
Kecewa kerana mereka ada banyak duit nak bayar saman2 tersebut.
Kecewa kerana walaupun cara perlaksanaannya tak ok tetapi masih nak bayar saman, malah
          berbangga dapat bayar saman tersebut.
Kecewa kerana mereka menganggap ia adalah sistem yang terbaik.
Kecewa kerana mereka nak mengkayakan kroni pemilik AES tu.
Tetapi saya yang kena rasa tak berbaloi nak bayar saman itu kerana kesalahan had laju di
         kawasan sekolah selepas jam 12 tengan malam, berbaloikah?
Kecewa kerana jika Polis atau JPJ yang bertugas masa tu tentu ada timbangrasa untuk keluarkan
         saman memandangkan waktu itu bukan waktu sekolah.
PR kata nak hapuskan TOL yang dah expired dan kurangkan harga tol.
Kecewa kerana mereka kata nanti pekerja tol tersebut terpaksa berhenti, macamana nak
         tanggung anak bini sedangkan tak ada lagikah peluang pekerjaan di Msia ni?
Kecewa kerana mereka kata macamana nak buat maintenance jalan kalau tak ada tol?
Kecewa kerana mereka kata tak effect kat mereka kerana laluan kerja tak ada tol.
Tetapi saya yang selalu berjalan atas berbagai urusan amat2 memerlukannya.
PR kata nak beri pendidikan percuma dari tadika sampai universiti.
Kecewa kerana mereka ada banyak duit nak membiayai persekolahan anak2 mereka.
Kecewa kerana mereka kata anak2 mereka nanti tak ada rasa challange dan akan main2.
Kecewa kerana mereka kata akan berlambak2 yang keluar U tapi tak ada kerja.
Tetapi mereka tak sedar berapa ramai anak2 luar bandar yang pandai2 dan score dalam SPM/
          STPM/STAM tapi tak mampu nak meneruskan pengajian di U kerana tak mampu.
Mereka tak tahu bila dah percuma, tentulah syarat2 kemasukan ditapis, pelajar yang gagal
          dalam exam, tentulah dikeluarkan kerana keluarganya mampu nak masuk U swasta.
          Takkanlah kerajaan PR (masa tu) nak tanggung pelajar malas macam ni, betul tak?
Tidakkah akan lebih banyak lagi pelajar2 yang pandai yang masuk U?
PR kata nak turunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais.
Kecewa kerana mereka tak mahu kereta murah.
Kecewa kerana mempercayai be end kata mengurangkan harga kereta secara berperingkat2
         dalam masa 5 tahun tanpa fakta dan data.
Kecewa kerana mereka tak dapat bezakan antara keduanya.
PR kata setiap guru dapat imbuhan RM500 sebulan
Kecewa kerana gurupun dah banyak duit kerana menolak imbuhan tersebut.
PR Selangor meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan setiap rumah.
Kecewa kerana mereka tak mahu air percuma tersebut.
Kecewa kerana mereka nak air percuma be end sebanyak 20 liter sebulan.
Kecewa kerana mereka tak pandai mengira.
PR kata nak beri permit percuma kepada setiap pemandu teksi.
Kecewa kerana pemandu teksi lebih suka tayar 4 biji percuma daripada permit.
Kecewa kerana pemandu teksi lebih suka menyewa teksi dari diberikan permit.
Kecewa kerana mereka tak pandai berfikir.
PR kata PDRM, SPRM, SPR, Kehakiman, Kastam, Imigresen, ATM bebas dari kuasa executive dan direct di bawah Yang Di Pertuan Agong.
Kecewa kerana mereka masih mahu semua itu di bawah KDN (menteri).
PR kata nak beri wifi percuma
Kecewa kerana mereka ada banyak duit kerana lebih suka bayar setiap bulan dari percuma.
Kecewa kerana potong income tax cuma RM500 sahaja setahun.

TAHUKAH ANDA??


"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan I...slam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:


1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya..

RM50 ribu




Khabarnya depa dapat RM50 ribu upah siar gambaq & video lucah.. macamana la anak bini makan duit tu..??


Posted by KedahLaNie

Golongan yang sara anak bini dengan fitnah dan video lucah

Oleh: Enggang Qadha

Blog-blog atau laman sosial pro kerajaan tua BN nampaknya sedang menguasai medan maya sekarang. Dalam era reformasi pasca 1998, medan maya dikuasai oleh golongan pro pembangkang sehinggalah berlaku Tsunami politik pada Mac 2008.

BN yang menguasai semua media arus perdana menyedari bahawa media kedua menjadi sangat penting di alaf ini. Aktivis penyebar maklumat medan maya umumnya adalah pekerja sukarela. Mereka tiada majikan dan tidak terikat dengan sesiapa dalam menyerlahkan persepsi dan versi masing-masing.

BN menyedari mereka tidak berupaya menguasai media kedua atau media maya melalui tenaga sukarela. Mana ada individu nak buat kerja untuk BN secara sukarela. Maka mereka pun membeli pakar propaganda maya dengan bayaran yang mahal.

Khabarnya setiap laman maya dibayar kos penyelenggaraan sebanyak RM50,000.00 sekali bayar dan elaun tetap bulanan sebanyak RM3,000.00. Untuk mendapatkan ganjaran tersebut blogger atau pengendali laman maya itu perlu mendaftarkan diri dengan mereka, mendapat pengiktirafan dari UMNO negeri, perlu mengikuti kursus khas yang dikendalikan pakar bidang propaganda yang mendapat latihan dari APCO.
Antara yang ditekankan dalam kursus ialah serangan peribadi terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim dan membakar sentiment Melayu dengan manipulate isu kononnya PAS akan hilang kuasa jika PR memerintah kerana ancaman DAP dan PKR. Mana-mana laman maya yang tidak mengutamakan isu tersebut akan diketepikan dari menerima ganjaran.

Ganjaran RM50,000.00 kos penyelenggaraan turut menetapkan syarat jumlah kunjungan pembaca atau hits yang diterima mesti melepasi tahap tertentu yang ditetapkan.

Ganjaran boleh meningkat jika hits yang dibuat adalah luar biasa. Untuk mencapai target tersebut, pengendali medan maya akan menggunakan cara mudah sekarang ini iaitu menyiarkan klip video lucah 'Anwar', maka laman tersebut bukan setakat diakses oleh peminat isu semasa tetapi juga peminat bahan porno yang langsung tidak ambil peduli mengenai politik.

Laman-laman tersebut diberi keistimewaan oleh pihak berkuasa, sekalipun mengedar bahan lucah tetapi tidak akan diambil sebarang tindakan.

Bayangkan, duit sara hidup yang diterima oleh pengendali laman maya pro BN itu adalah duit haram hasil fitnah, adu domba dan menyebar bahan lucah; duit itulah juga mereka menyara keluarga, maka apakah jenis generasi yang mereka hasilkan nanti, yang dibesarkan melalui duit haram.

Beberapa pengendali media maya BN yang enggan bersubahat telah berhenti dan bertaubat, namun ramai lagi yang berterusan dalam noda dan dosa memfitnah serta memanjangkan promosi maksiat melalui video lucah.

Wallahu'aklam, begitulah adanya.

http://kedahla.blogspot.com
__.

LRT




Awas! Sila berhati-hati ketika melangkah masuk LRT




adoiiii........ 
Rasanya boleh bayangkan betapa sakitnya wanita tersebut. 
Kejadian ni berlaku di Spore beberapa bulan yang lalu di Bugis MRT Station. 
Tak tahulah macam mana boleh terperosok kat celah lubang tu.....mungkin tersalah langkah, tersalah pijak atau tertolak atau berebut2 ( ehhh....bukan rakyat spore berdisiplin tinggi ke?).
Tak kisah!!!
Apa yang penting jadikan ini sebagai pengajaran supaya kita lebih berhati2. Kalau boleh mata tu tengok ke bawah waktu nak melangkah masuk ke dalam lrt tu....(macam aku la tu....ahaksss).


Fesyen Bertudung Ekor Kura-Kura






Senarai Rasmi Menteri Kabinet Baru 2013



Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
- Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran I digabungkan dengan Menteri Pelajaran Tinggi)
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
- Jamil Khir
- Abdul Wahid Omar (Maybank)
- Idris Jala
- Joseph Kurup
- Shahidan Kassim
- Nancy Shukri
Menteri Pertahanan
- Hishamuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
- Zahid Hamidi
Menteri Kerjaya
- Fadillah Yusof
Menteri Luar
- Anifah Aman
Menteri Komunikasi dan Media (Nama asal Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
- Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan
- Khairy Jamaluddin
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
- Nazri Aziz
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- G Palanivel
Menteri Kesihatan
- S.Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
- Richard Riot
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Rohani Karim
Menteri Wilayah Persekutuan
- Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Pengangkutan
- Hishammudin Hussein (pemangku)
Menteri Pertanian Industri Tani
- Ismail Sabri
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Mustapa Mohamed
Menteri Luar Bandar
- Shafie Apdal
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
- Maximus Ongkili
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
- Douglas Uggah Embas
Menteri Kesejahteraan Bandar
- Abdul Rahman Dahlan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
- Hassan Malek
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
- Iwon Ebin