Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan


Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan
Beautifulnara

Adik kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah telah pun diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini. Agak menyedihkan kerana penceraian ini berlaku pada ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 3 cahaya mata. Siti Saerah diceraikan talak tiga di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan.

siti saerah dicerai

Menerusi Harian Metro semalam, Saerah telah mengesahkan berita penceraian ini namun enggan memberikan sebarang komen lanjut. Kata Siti Saerah:-

Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat

Datuk Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada adiknya itu dengan menulis:-

ismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang..

siti saerah

Takziah diucapkan kepada Siti Saerah atas berita ini. Semoga tabah menghadapi dugaan. Kesian sangat-sangat diceraikan dengan 3 orang anak yang masih kecil. Semoga nasib Saerah dan anak-anak terbela. Sama-samalah kita doakan.


Original Article: http://beautifulnara.com/siti-saerah-diceraikan-talak-tiga-pada-ulangtahun-perkahwinan/




Honey Muffins


Honey Muffins
Brown Eyed Baker

Honey Muffins - Perfect for breakfast, brunch or to serve in place of dinner rolls! | browneyedbaker.com

Honey Muffins - Perfect for breakfast, brunch or to serve in place of dinner rolls! | browneyedbaker.com


Honey Muffins



Yield: 12 muffins
Prep Time: 10 minutes
Cook Time: 12 to 15 minutes
Total Time: 25 minutes
Sweet honey muffins; a great alternative to traditional rolls!

Ingredients:

2 cups all-purpose flour
½ cup granulated sugar
1 tablespoon baking powder
½ teaspoon salt
1 cup milk
¼ cup unsalted butter, melted
¼ cup honey
1 egg

Directions:

1. Preheat oven to 400 degrees F. Line a 12-cup muffin tin with paper liners or spray with a non-stick cooking spray.
2. In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder and salt.
3. In a medium bowl, whisk together the milk, butter, honey and egg.
4. Pour the wet ingredients into the dry ingredients and, using a rubber spatula, fold together until no dry ingredients remain.
5. Divide the batter evenly between the muffin cups. Bake for 12 to 15 minutes, or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Cool in the pan for 5 minutes, then remove to a wire rack. Serve warm or at room temperature. Leftovers can be stored in an airtight container at room temperature for up to 3 days.
(Recipe from Taste of Home)


Original Article: http://www.browneyedbaker.com/honey-muffins-recipe/






Logo Halal Jenis Baru


9 Benda Paling Pelik Yang Dijual Di Internet


9 Benda Paling Pelik Yang Dijual Di Internet
Pen Patah

Tak lama dulu, kita pernah digemparkan apabila sesuatu yang lucu telah diiklankan di laman web Mudah.my, pasti anda masih ingat bukan?


Di samping itu, memetik dari perkongsian di sebuah blog, kami bawakan kepada anda melihat benda-benda lain yang pernah ditawarkan di dunia internet… 

1: Siapa yang jual air tin 100 plus di Mudah.my ni??

Air tin 100 plus yang di jual di Mudah.my. Kalau ikut penjual ni, dia tersalah beli air. Dia nak beli Orange F&N, tapi terbeli 100 Plus. Air ni masih dalam condition yang bagus dan expired date pun lambat lagi. Harga asal yang ditawarkan adalah RM1.00. Tapi itu belum nego lagi tau. Mungkin kalau selepas nego boleh dapat 50 sen kot. Dan yang sedikit pelik, ditambah lawak macam manalah transaksi sebegini boleh terlepas di Mudah.my??


2: Jual beli waktu bersama selebriti kesayangan anda!




3: Cip kentang berbentuk topi 'Pope' terjual untuk $1209!




4: Nak beli tengokorak dan rangka manusia?


Yang ni pun pelik tapi benar. Jual tengkorak dan rangka manusia di internet. Harga pun boleh tahan. $1,750.00 bagi setiap tengkorak. Kalau berdasarkan penerangan disitu, tengkorak ini adalah asli dan masih elok. Lengkap dengan 32 batang gigi lagi.


5: Sandwic milik Britney Spears terjual di eBay untuk $500




6: Laman web yang menjual pulau peribadi dari seluruh dunia.




7: Jual bayi dengan harga $8,200 di laman web China.


Dalam kes ni, jual bayi di laman web China dengan harga $8,200. Dan tahukah anda dengan duit itu diorang buat apa?? Dahsyatlah dia orang ni. Tapi kalau sebut China mesti ramai yang tak pelikkan,sebabselalunya kes yang pelik-pelik ni memang banyak di negara China.


8: Remaja 21 tahun jual dara untuk 50,000 euro.


Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet. Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.


9: Roti bakar dengan gambar 'Virgin Mary' terjual untuk $28,000



Jual roti bakar berwajah "Virgin Mary" dengan harga $28,000 di Internet. Kalau ditengok dalam gambar ni, wajah "Virgin Mary" ni quite clearkan. Hmmm..

Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/lol-9-benda-paling-pelik-yang-dijual-di.html


Peristiwa-peristiwa 10 Muharam

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

 

 

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

 

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

 

Keutamaan Muharam

Muharam juga memiliki banyak keutamaan. Salah satunya adalah sebagaimana sabda Rasulullah saw.

"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang solat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam."(HR Muslim).

Puasa pada bulan Muharam yang sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, yaitu yang lebih dikenal dengan istilah 'aasyuura.

 

Saidatina Aisyah–semoga Allah meridainya : pernah ditanya tentang puasa 'aasyuura, ia menjawab,

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadilah pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharam." (HR Muslim).

 

Rasulullah saw mendatangi kota Madinah, lalu didapatinya orang-orang Yahudi berpuasa di hari 'Asyura. Maka baginda pun bertanya kepada mereka, "Hari apakah ini, hingga kalian berpuasa?" mereka menjawab, "Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah memenangkan Musa dan Kaumnya, dan menenggelamkan Fir'aun serta kaumnya. Kerana itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun melakukannya." Maka Rasulullah saw bersabda, "Kami lebih berhak dan lebih pantas untuk memuliakan Musa daripada kalian." kemudian baginda pun berpuasa dan memerintahkan kaum puasa di hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari no. 3145, 3649, 4368 dan Muslim no. 1130)

 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata; Rasulullah saw pernah ditanya mengenai puasa pada hari 'Asyura`, baginda menjawab: "Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu." (Hadis Riwayat Muslim no. 1162)

 

Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata; Rasulullah saw bersabda:

 

"Seandainya tahun depan aku masih hidup, niscaya aku benar-benar akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram)." (Hadis Riwayat Muslim no. 1134)

 

Hadis Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa puasa muharram merupakan puasa sunah yang terbaik dan terutama, dan keutamaannya adalah AllahSWT  akan mengampuni semua dosa setahun yang lalu. Hanya saja yang dimaksud dengan semua dosa di sini hanyalah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa besar tidak akan diampuni oleh Allah SWT kecuali dengan taubat dan rahmat dari Allah SWT. 

--


Sejarah Pelopor Skim Cepat Kaya Teragung – Pak Man Telo


Sejarah Pelopor Skim Cepat Kaya Teragung – Pak Man Telo
Pen Patah

Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yang paling popular di Malaysia pada era 1980-an.


Skim cepat kaya – biasanya beroperasi secara haram – menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan dividen yang besar kepada mereka dalam tempoh yang singkat.

Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an.

Skim cepat kaya tersebut juga dikenali dengan nama Skim Pak Man Telo.

Pak Man Telo berasal dari Taiping, Perak. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Warta Negara pada 1960-an dan kemudian menjadi wartawan sambilan di Bernama pada 1970-an sebelum menceburi 'bidang' skim cepat kaya.

Sejak beroperasi pada hujung 1970-an, Skim Pak Man Telo semakin meningkat popular dan mendapat kepercayaan daripada orang ramai kerana ia dikatakan berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap pelaburnya dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.


8 Mac 1992

Namun kelancaran operasi Skim Pak Man Telo mula goyah pada penghujung dekad 1980-an. Pada 1 Oktober 1989, beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi menyiasat kegiatan skim cepat kaya yang dikendalikannya.

BNM menyerbu rumah Pak Man Telo buat kali kedua pada 23 November 1989 dan merampas wang tunai hasil deposit orang ramai sebanyak RM1.7 juta. Dengan bukti yang ada, Pak Man Telo berserta isterinya (Maimunah Taib) dan anak lelaki mereka (Abdul Rahman Osman) bakal menghadapi masalah.

Memetik sumber dari sebuah blog, berikut ialah rentetan detik-detik terakhir Skim Pak Man Telo:

11 Januari 1990 – Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank & Industri Kewangan 1989 kerana mengambil deposit berjumlah RM20 juta daripada orang ramai tanpa memiliki lesen. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo pula dituduh bersubahat. Mereka bertiga tidak mengaku bersalah. Pak Man Telo dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan pasportnya dirampas, manakala isterinya dan anak lelaki mereka dibebaskan dengan ikat jamin setiap seorang RM200 ribu dengan seorang penjamin. Kes mereka bakal dibicarakan.

13 Mac 1990 – Pak Man Telo, isterinya dan anak lelaki mereka dibicarakan di mahkamah. Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengambil deposit tanpa memiliki lesen. Hukuman ke atas Pak Man Telo akan dijatuhkan keesokan harinya. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo dibebaskan. Hakim memerintahkan supaya wang tunai RM1.7 juta yang dirampas dari rumah Pak Man Telo dipulangkan kepadanya kerana tiada peruntukan yang membolehkan BNM berbuat demikian.

14 Mac 1990 – Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda RM250 ribu atau setahun penjara. Beliau membayar denda itu dengan wang tunai. Walaupun Pak Man Telo bersalah, tetapi para penyokongnya yang berada di mahkamah menyambut 'kebersalahan' Pak Man Telo dengan penuh kegembiraan (lihat gambar di atas) dan berkali-kali melaungkan "Hidup Pak Man"! Para pemerhati menjangka yang Skim Pak Man Telo akan hancur selepas itu tetapi sebaliknya skim cepat kaya itu telah mendapat pendedahan yang semakin meluas dan menjadi sangat popular.

April hingga Ogos 1990 – Skim Pak Man Telo beroperasi seperti biasa, deposit tetap diterima daripada orang ramai yang jumlahnya semakin meningkat. Pulangan dividen berjumlah 10 peratus daripada nilai pelaburan telah dibayar tanpa gagal, malah kadar dividen itu kemudiannya telah dinaikkan kepada 12 peratus! Mungkin ramai orang yang berjaya menjadi kaya dengan cepat dalam tempoh 'gemilang' itu.

September 1990 – Para pelabur Skim Pak Man Telo mula mengesan yang pulangan dividen mereka sudah tidak dimasukkan ke dalam akaun bank seperti bulan-bulan sebelumnya. Ada sesetengah pelabur pula hanya menerima separuh daripada pulangan dividen yang sepatutnya. Manakala pelabur-pelabur yang menerima pulangan dividen melalui cek pula mendapati ia adalah 'cek tendang'.

19 September 1990 – Para pelabur menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi meminta penjelasan mengenai status pelaburan mereka.

20 September 1990 – Pak Man Telo mengumumkan penurunan kadar dividen daripada 12 peratus kepada cuma 5 peratus. Beliau memberi alasan bahawa ia berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat Perang Teluk (yang meletus pada 2 Ogos 1990). Selain itu beliau menyalahkan kejadian penyelewengan di kalangan "ajen-ajen".

15 Januari 1991 – Keadaan semakin teruk, Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen yang dijanjikan. Para pelabur berkerumun di rumahnya bagi menuntut kembali wang pelaburan masing-masing. Kekecohan terjadi dan kereta Pak Man Telo turut dirosakkan.

28 Februari hingga 5 Mac 1991 – Enam orang lelaki telah menculik anak lelaki Pak Man Telo, Abdul Razak Affendi (19 tahun), dan mengurungnya di Hotel Tropicana, Kuala Lumpur, namun mereka semua berjaya diberkas oleh pihak polis.

15 Mac 1991 – Para penculik anak Pak Man Telo telah dihadapkan ke mahkamah.

6 April 1991 – Seorang pelabur Skim Pak Man Telo akhirnya membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang berlaku. Pak Man Telo kemudian telah ditahan selama beberapa minggu oleh pihak polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selepas itu Pak Man Telo telah dibuang daerah di Kuala Terengganu, Terengganu.

17 Julai 1991 – Hasil siasatan lanjut, Bank Negara Malaysia telah mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta daripada orang ramai (dianggarkan 50 ribu orang) tanpa memiliki lesen. Pak Man Telo tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992.

2 Mac 1992 – Setelah perbicaraan selesai, Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65 tahun telah didapati bersalah buat kali kedua, dan mahkamah menjatuhkan hukuman 'penjara setahun' dan 'denda RM500 ribu atau penjara setahun'.Pak Man Telo akhirnya merengkok dalam penjara selama setahun bermula pada tarikh beliau ditahan (17 Julai 1991). Bagi hukuman kedua, Pak Man Telo gagal membayar denda RM500 ribu dan beliau dipenjarakan lagi selama setahun bermula pada 2 Mac 1992.

Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai "salah satu skandal kewangan yang terbesar" di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia.

Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam bidang ekonomi atau pun berkemahiran dalam sistem kewangan, tetapi dengan hanya bersandarkan kepercayaan daripada orang ramai, beliau mampu 'berskandal' (walaupun akhirnya tumpas) melibatkan jumlah wang yang sangat melampau.

Nota tambahan:

Menurut Kamus Dewan, skim bermaksud "rancangan", dan skim cepat kaya bermaksud "skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan".

Asal usul nama gelaran "Pak Man Telo" (Osman Hamzah) tidak diceritakan dalam artikel yang dirujuk. Dalam arena hiburan tempatan, seorang pelawak pentas pada hujung 1980-an pernah menggunakan nama Pak Man Telo (beliau pernah berlakon filem Janda Meletup pada 1990), tetapi beliau bukanlah Osman Hamzah.

Selain Skim Pestama Berhad (Skim Pak Man Telo) yang secara haram mengumpul sebanyak RM99.09 juta wang deposit orang ramai, terdapat banyak lagi skim cepat kaya yang pernah beroperasi di Malaysia sehingga awal 1992, antaranya ialah:
Skim 350 (mengumpul deposit RM70 juta)
Skim Tingcon Credit Development Sdn Bhd (RM60 juta)
Skim Permata Bakti (RM30 juta)
Skim 120 (RM20 juta)
Skim Permata Mahir (RM19 juta)
Skim Sri Emas Enterprise (RM10 juta)


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-sejarah-pelopor-skim-cepat-kaya.html




TIDAK BOLEH BERNIAGA JIKA TIDAK BERTUDUNG DI KELANTAN

 TIDAK BOLEH BERNIAGA JIKA TIDAK BERTUDUNG DI KELANTAN
Pen Patah



Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.

"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.

Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.

Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.

"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.

Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.

Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-tidak-boleh-berniaga-jika-tidak.htm