Hari ini apabila diperkatakan tentang jihad, setiap muslim dan non muslim, akan membayangkan suasana huru hara dan perperangan. Perkataan jihad, memang tidak dapat lari sebagai istilah khusus untuk peperangan. Apabila disebut berjihad, maka serta merta terlintas difikiran, ia adalah satu seruan untuk ke medan perang.

Bagaimanapun, istilah jihad sebenarnya bukanlah hanya bermaksud peperangan. Perlaksanaanya pula tidaklah terbatas hanya di medan peperangan. Jihad di medan peperangan itu hanya akan berlaku, sekiranya sesebuah negara Islam ditindas dan dicabul hak-haknya oleh golongan tertentu, atau kaum muslimin membantu saudara seagama yang negaranya sedang diceroboh.

Jika berdasarkan situasi di negara-negara Islam seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir dan Iraq, adalah menjadi kewajipan bagi pemuda-pemuda Islam di negara itu, mempertahankan tanahair dan hak-hak mereka dari dicabul akibat nafsu serakah sebahagian pemimpin-pemimpin barat.

Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al Baqarah ayat 190 yang bermaksud :
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Meskipun Allah s.w.t. telah memberi keizinan kepada golongan muslimin untuk melancarkan jihad qital, namun Allah s.w.t tidak membenarkan orang-orang yang beriman bersikap melampau-melampau biarpun di dalam peperangan.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah yang sama ayat 192 yang bermaksud :
“Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Bagaimanapun, di dalam sesebuah negara yang aman dan tidak bergolak, adalah satu kesilapan melancarkan jihad dengan kekerasan atau bersenjata. Di dalam Islam, orang-orang yang beriman, adalah orang-orang yang memelihara kesejahteraan dan bukanlah pencetus kepada kerosakan dan keganasan di sesebuah tempat yang aman dan tenteram.

Seperti di Malaysia, berdasarkan realiti masyarakat Melayu Islam yang ada pada hari ini, tanpa syak lagi tuntutan untuk berjihad sebenarnya sudah terbeban di bahu orang-orang Melayu.,tetapi persoalannya, jihad yang bagaimana?

Sebenarnya, ada beberapa perkara utama yang memerlukan perhatian khusus cerdik pandai dan ulama Islam untuk diperbaiki terlebih dulu. Sekiranya beberapa tunjuang utama ini dapat diperbetulkan, umat Islam boleh menjadi contoh kepada kaum lain sebagai manusia yang lengkap, dari segi spiritual dan fizikal.

BUTA AL QURAN

Salah satu perkara yang amat penting, tetapi seringkali dilalaikan oleh orang Melayu Islam hari ini ialah memahami al Quran. Orang melayu secara tradisinya, sejak 30 atau 50 tahun yang lalu hingga kini, hanya menghantar anak-anak ke kelas mengaji semata-mata agar anak mereka pandai membaca atau melagukan ayat-ayat al Quran.

Kesedaran tentang betapa pentingnya untuk memahami al Quran masih lagi kurang dikalangan ibu bapa. Pengajian al Quran kini hanya lebih tertumpu kepada bab qiraat dan nahunya sahaja, tanpa mementingkan kefahaman terhadap mesej yang dibawa oleh al Quran.

Secara jujur, penulis berpendapat bahawa cara tradisi mengaji al Quran yang menjadi amalan orang Melayu Islam di negara ini adalah kurang tepat. Apa yang lebih penting hari ini ialah untuk memberikan kefahaman kepada anak-anak, apa mesej yang terkandung di dalam al Quran itu. Apalah gunanya sekiranya anak tersebut begitu pandai melagukan ayat-ayat al Quran, sedangkan pada masa yang sama dia boleh melakukan perkara-perkara mungkar yang dilarang oleh al Quran?

Al Quran diturunkan bukanlah sekadar untuk dilagu-lagukan atau dipertandingkan, dan penulis yakin, ramai yang bersetuju dengannya. Sekadar membaca tanpa memahami isi kandungannya, maka matlamat umat Islam menjadikan al Quran sebagai bahan rujukan pada setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara, tidak akan tercapai.

Bukankah Al Quran itu adalah satu mesej dari Allah swt, seperti mana mesej yang terdapat di dalam kitab terdahulu, yang telah disampaikan melalui utusan-utusan- Nya pada bani Israel dan Nasrani sebelum turunnya al Quran? Apakah sudah cukup bagi umat Islam untuk membaca al Quran tanpa cuba untuk memahami maksud atau terjemahannya?

Pada pendapat penulis,kaedah pengajian al Quran perlu ditambah dengan pembelajaran untuk memahami ayat-ayat Allah s.w.t., biarpun bermula pada kanak-kanak. Anak-anak perlu diajar untuk membaca dan memahami mengikut kemampuan yang ada pada diri mereka.

Dan al Quran bukanlah cukup hanya sekali untuk dikhatamkan, sepertimana yang ada dipemikiran sesetengah orang Melayu hari ini, tetapi ia perlu di baca dan dibaca, selagi ada hayat.

SELESAIKAN MASALAH DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM

Dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Melayu Islam sebagai hamba Allah swt yang mendapat kebaikan di dunia dan akhirat, maka perkara utama yang perlu diperbetulkan adalah berkisar mengenai masalah dalaman orang Melayu itu sendiri.

Penulis baru-baru ini berkesempatan berbual dengan pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya, Dato Mahmud Zuhdi Abd Majid. Dan antara topik perbualan kami adalah mengenai priority para da'i dan ulama pada hari ini, ialah untuk menyelesaikan segala krisis dalaman yang berlaku dalam masyarakat Melayu.

Menurut beliau, sekiranya umat Islam masih lagi bergelut dengan masalah yang tidak sudah-sudah, seperti kejahilan dalam pemikiran dan ilmu, kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya, bagaimana mahu membangun sebuah tamadun Islam yang gemilang?

Institusi ibu bapa menurut beliau lagi, perlu memberi penekanan yang lebih khusus terhadap pendidikan yang berdasarkan Islam. Ibu bapa perlu mempraktikan amalan keluarga dengan mengambil kira pandangan dan kehendak Islam.

Ibu bapa jangan hanya menumpukan perhatian terhadap anak-anak semata-mata tentang pencapaian akademik saja, tetapi perlu memberikan penekanan dari sudut nilai-nilai moral serta ketinggian akhlak menurut Islam.

“Daripada pengamalan pendidikan berteraskan Islam di dalam sesebuah keluarga, sebenarnya boleh menghasilkan anak-anak yang cemerlang, baik dari sudut dunia dan akhirat. Seperti kata Perdana Menteri, tidak ada gunanya anak-anak kita itu bijak pandai, tetapi hilang moralnya. Apa guna jika menjadi seorang pengarah, tetapi pecah amanah.

Tidak ada gunanya jika memperolehi degree atau master, sekiranya terlibat dalam perkara-perkara keji seperti rasuah dan sebagainya. Sebab itu, pendidikan agama itu begitu penting kerana ia bertindak sebagai dasar yang mempergaruhi keputusan tindak tanduk seorang manusia ketika hidup di muka bumi ini,” tegas beliau.

PERPADUAN

Usaha untuk menyatupadukan masyarakat Melayu Islam dalam satu matlamat perlu dilaksanakan. Hari ini, cabang politik yang sepatutnya menjadi wadah dalam membela agama, bangsa dan negara, kini bertukar menjadi medan perpecahan dan pertelingkahan tanpa kesudahan.

Berpecah belah dan segala usaha yang menyumbang ke arah tersebut, adalah sesuatu yang amat dimurkai Allah s.w.t dan dibenci oleh Rasul. Ayat-ayat Quran dan juga hadis yang begitu banyak menyeru kepada perpaduan serta menjauhi pecah belah.

Dalam surah Ali Imran ayat 105 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (di dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterang an yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”
Bukankah dari maksud ayat tersebut, jelas Allah s.w.t menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai contoh golongan yang berpecah belah kerana agama. Ayat tersebut juga berbentuk peringatan dan amaran, agar kaum muslimin tidak berpecah belah sepertimana golongan Yahudi dan Nasrani.

Dalam surah ar Ruum ayat 31-32 pula, sekali lagi Allah swt mengaitkan sikap pecah belah ini dengan sikap golongan musyrik dalam firman-Nya yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik-iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong)”

Berdasarkan dari sirah Nabi, Rasulullah s.a.w. pada ketika Islam sedang meluaskan sayapnya, baginda menyeru dan mendidik golongan muslimin agar bersatu dibawah satu jemaah secara total tanpa mengira kabilah, pangkat, darjat dan keturunan.

Ketika di Madinah, antara perkara utama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semasa tiba di sana adalah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Tujuan baginda adalah untuk membentuk satu kesatuan yang kuat dan agar tidak timbul sebarang perselisihan faham antara mereka yang boleh memecah belahkan kesatuan kaum muslimin, yang ketika itu sememangnya dalam keadaan yang lemah dan sedikit.

Begitu juga dengan peristiwa pembaitan Abu Ubaidah dari kaum Ansar ketika wafatnya Nabi. Apa yang ingin penulis tekankan ialah bagaimana sikap Saidina Abu Bakat yang sanggup meninggalkan jenazah Rasulullah s.a.w. ketika sedang memandikan baginda, kerana bimbang berlakunya perpecahan dikalangan kaum muslimin selepas wafatnya Nabi.

Bermula daripada Saidina Umar yang menghidu bahang-bahang perpecahan sekiranya pembaitan Abu Ubaidah sebagai Khalifah diteruskan, menyebabkan beliau kemudiannya menggesa Abu Bakar, yang ketika itu sedang memandikan jenazah Rasulullah s.a.w. untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Biarpun sedang memandikan jenazah insan mulia yang paling dicintainya buat kali terakhir, namun Abu Bakar kemudiannya meninggalkan jenazah Nabi dan mengikuti Umar al Khattab untuk menghalang pembaitan tersebut. Sikap kedua pemimpin besar dalam Islam ini perlu diambil iktibar dan membuktikan bahawa usaha untuk menyatupadukan ummah adalah sesuatu yang amat penting, kerana ia adalah tonggak kekuatan. (rujuk sirah Muhammad s.a.w-Muhammad Hussein Heikal)

Al Quran menyeru manusia untuk membentuk satu kesatuan mutlak atas nama Islam. Bukan di atas nama parti, atau pertubuhan, persatuan yang menggunakan Islam. Itu hanya satu jemaah kecil dan hanya bermatlamat khusus bagi pertubuhan tersebut.

Namun perpaduan yang dikehendaki dalam Islam, adalah bercorak global dan meluas.
Perpaduan ini tidak memilih bangsa, pekerjaan, jawatan atau pertubuhan atau golongan individu. Perpaduan ini akan wujud apabila wujudnya satu matlamat bersama untuk menghadirkan jemaah Islam yang memiliki kriteria sebagai khalifah serta taat pada perintah Allah dan Rasul, berfikiran terbuka dalam ikhtilaf, berteknologi, mempunyai kekuatan ekonomi dan saling bantu-membantu.

Perpaduan adalah kekuatan dan perpecahan adalah kelemahan. Itu adalah hakikat dan sunnatullah dalam kehidupan manusia yang tidak dapat diubah.Dan Allah s.w.t memerintahkan agar kaum muslimin agar taat kepada Allah dan Rasul, usah bertengkar dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara musytawarah, rasional dan sabar.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an Anfaal ayat 46 yang bermaksud :
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. “

JEMAAH JIHAD EKONOMI

Tambah Dato Mahmud Zuhdi lagi, hari ini sudah menjadi fardhu hukumnya bagi umat Islam untuk bersama-sama berjemaah dan melancarkan jihad dalam bidang ekonomi.

“Ekonomi adalah antara faktor terpenting hari ini untuk menjana perjalanan dakwah Islamiah. Kepentingan ekonomi bukanlah hanya pada hari ini, tetapi sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Jika tidak ada tokoh-tokoh korporat pada zaman itu, seperti Ummul Mukminin Saidtina Khadijah dan Uthman bin Affan, yang menyumbang hampir 3 ¼ harta mereka ke jalan Allah,maka mungkin perjalanan dakwah Nabi ketika itu akan menjadi lebih sukar,” jelas beliau.
Usaha yang serius untuk membentuk jemaah jihad di dalam ekonomi juga perlu dilaksanakan, sekiranya tidak mahu melihat masyarakat Melayu Islam menjadi golongan yang melarat di negara sendiri, tegas beliau lagi.

Disamping itu, Para ulama dan da'i hari ini perlu memainkan peranan untuk membangkit semangat Islam dan semangat meniaga di kalangan Melayu, bagi membantu dan menyokong perniagaan saudara seagama. Sifat tolongan menolong secara berjemaah boleh membantu menaikkan taraf kewangan dikalangan orang-orang Muslim.

Selain daripada itu, beliau juga mengingatkan para peniaga Muslim supaya bersikap jujur dalam menjalankan perniagaan. Sedar-tak sedar, orang Melayu begitu sinonim dengan perkara-perkara negatif. Istilah seperti ‘janji Melayu’ yang menggambarkan sikap orang Melayu yang tidak menepati janji, perlu dibuang dari kamus pemikiran orang Melayu.

Begitu juga dalam perniagaan. Apabila disebut orang Melayu dalam dunia perniagaan, ramai yang mengaitkan sikap leka dan main-main dalam berniaga. Ini bukan satu tuduhan tetapi ini adalah satu realiti dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini.

“Sebagai contoh, misalnya dalam hal-hal membaiki kereta. Kebanyakan dari orang Melayu lebih suka menghantar kereta mereka untuk dibaiki di bengkel-bengkel orang bukan Melayu. Ini berkemungkinan kerana perasaan tidak yakin terhadap kualiti kerja orang Melayu sendiri.

Perasaan tidak yakin terhadap kualiti kerja orang Melayu, bukanlah sesuatu yang baru. Ramai dikalangan orang-orang Melayu yang menceburi bidang perniagaan, lebih mementingkan keuntungan daripada menjaga kualiti hasil kerja mereka. Adakalnya bersikap main-main dan tidak serius. Perkara ini bukanlah berlaku pada semua peniaga Melayu, tetapi kebanyakkan dari peniaga Melayu bersikap begitu,”

JIHAD ILMU

Jika dilihat daripada sudut ilmu, orang Melayu perlu lebih tekun dan mendalami bukan sahaja ilmu agama, tetapi juga ilmu yang berkaitan dengan hal-hal duniawi. Manusia hari ini hidup dalam zaman yang penuh dengan rahmat. Allah swt membuka pintu rahmat-Nya dengan memberikan manusia ilham mencipta pelbagai alatan terkini untuk kemudahan manusia.
Hari ini, manusia tidak lagi berkenderaan dengan unta, kuda dan sebagainya.

Sebaliknya manusia hari ini dengan penuh gaya memandu kereta-kereta mewah, megah menyusuri jalan-jalan raya. Begitu juga dengan sistem teknologi yang semakin lama, semakin tinggi pencapaiannya. Kemudahan seperti internet, telefon bimbit, komputer adalah satu komponen tambahan yang begitu memudahkan perjalanan kehidupan manusia.

Ilmu sains dan teknologi ini, sekiranya digunakan untuk menikmati kebenaran Islam, serta melihat keagungan Allah swt adalah sesuatu yang amat berkesan. Seperti yang pernah penulis nukilkan dalam satu rencana yang berjudul Sains dan Teknologi-Ilmu Tauhid yang Efektif, sains dan teknologi ini boleh membawa kita kepada pengembaraan mencari keagungan dan kekuasaan Allah swt.

Lantaran itu, dunia Islam hari ini memerlukan lebih ramai saintis, yang dapat mempergunakan ilmu tersebut berdasarkan iman. Contohnya menggalakkan anak muda menceburi bidang sains. Bidang sains adalah satu bidang yang dapat membuktikan akan kebenaran al Quran.

Malah bermacam-macam ilmu Allah swt yang terzahir dalam diteroka. Dan kebenaran-kebenaran serta kebesaran Allah yang dapat dilihat menerusi teknologi sains, umpamanya objek dilangit, dapat membantu kekuatan membangkitkan kekuatan iman.

Melalui sains jugalah, bermacam-macam kemudahan dapat dibina. Zaman ini, negara atau umat yang menguasai ilmu-ilmu sains dan teknologi, lebih canggih peralatannya dan lebih tepat perkiraannya. Lihat saja seperti di Amerika Syarikat atau Jepun. Teknologi yang diperolehi hasil kajian para saintis, membuatkan mereka lebih hebat, malah digunakan untuk menjajah negara lain dengan hasil pencapaian mereka dalam ilmu-ilmu sains dan teknologi.


This new draft is still no good enough. Tak fair langsung especially yg guna kenderaan cc besar.

The reason i say, kereta cc besar tak semestinya laju bcoz dia berat. Cuma bagus dari segi SAFETY lah. Mahal pulak tu. Bknnya sikit. Melampau lampau cukai yg kerajaan kenakan.

Kereta kancil yg ditukar enjin turbo pun boleh potong apalagi kereta cc kecil model baru. Lagi la laju.

This what new technology is all about. Kapaciti(cc) enjin tak berapa relevant sekarang.

Our government ketinggalan zaman dari segi knowledge tentang automotive technology.

Tulah akibat kalau yg duk kat Transport dept tu org sekolah zaman dulu. Bukan nak menghina tapi mereka duduk salah tempat.

Negara luar dah tak main dah road2 tax ni.

Sepatutnya tiru mcm UK tu. Cukai jalan tak ikut cc enjin. Kalau tak silap saya.

Kita mcm dipergula-gulakan pulak. But we are no stupid like them.

Sudahlah byk membayar cukai pendapatan, cukai jalan untuk kereta engine big capacity

mcm 3000cc hanya dikurangkan setakat RM55 jer. tak menarik langsung. Lagi sakit hati adalah.

Saya yg pakai MPV cc besar ni cukup tak puashati dgn new draft ni. It's such an insult to big cc vehicle owner.

Seolah olah kita tak dibagi appreciation langsung.

At least turunkan la RM500 atau lebih ke ke barulah sedap hati.

The best way standardize jer cukai jalan tak kira cc enjin. Habis cerita. Fair and square.

Pasal apa. Org yg beli keta cc besar dah cukup teruk kena beli dgn harga yg begitu tinggi.




Pada penggemar sardin……nah! Ambik ni……….

>

Baca kat bawah tu….


Assalamu`alaikum,


Maaf banyak2. Saya tak makan sadin jadi tak ambik kisah sadin apa

pun. Tapi nanti saya akan cuba hubungi PPIM untuk dapat penjelasan

atau sdr. sendiri hubungi PPIM.


Sebenarnya saya berhenti makan sadin sejak 1981 (masa di ITM) kerana

cerita daripada teman serumah yang berasal dari Taiping dan tinggal

berhampiran kilang sadin. Dia beritau saya, dan dia dah sahkan yang

pengilang sadin menggunakan LENDIR SIPUT BABI untuk pekatkan kuah

sadin. Setelah saya bekerja, saya sempat melawat kilang tersebut dan

mintak penjelasan dari pengurus kilang tu, Suhanallah, dia mengaku

kemang dia menggunakn lendir tersebut. Lebih memeranjatkan, memang

kilang tersebut mengetin siput babi untuk ekspot kerana siput babi

menjadi kegemaran warga Perancis (dia orang Perancis) dan Jerman. Ini

tambah meyakinkan saya mengenai kandungan sadin tersebut.


Semenjak tu, bila terpandangn sadin, saya terbayang LENDIR siput babi

tu. Cuba bayangkan.... Oh terlupa, yang ni sadin A1 (cap AYAM).




Wallahu-a'lam.


Wassalam.

Abdul Samad Effendy Bin Abdul Wahab
Finance Department
TIME dotCom Bhd
: 03 2722 2351
: 03 2720 8001
: abd.samad.effendy@...


MALUNYA SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, MALAYSIA PROMOSIKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA TAPI APE YANG POLIS MALAYSIA BUAT, MENGHINA ORANG, INIKAH POLIS YANG SEMUA SEDIA MAKLUM ANTARA POLIS TERBAIK DUNIA, MALU LA PASUKAN POLIS BUAT MCM NI, SEBELOM NI PON BANYAK JUGAK MASALAH DENGAN POLIS NI, BKN APE POLIS YANG TAK BERPAKAIAN SERAGAM NI SELALU BELAGAK BAGUS, DIEORANG NI SELALU ADE TUGASAN KHAS, TAPI YANG SAKIT HATINYA POLIS NI YANG MUDA2 SELALU BUAT HAL, BARU SERONOK DPT JADI POLIS, ITU YANGNAK BELAGAK KUASA, BAB SEBELUM NI PON PERNAH JUGAK SAYA BERGADUH DENGAN POLIS MUDA YANG TAK BERPAKAIAN SERAGAM NI CARA DIE NAK BUAT SPOTCEK MCM KITE NI PENGEAR DADAH, NASIB BAIK ADE POLIS YANG BERPAKAIYAN SERAGAM BAIK DAN DAH BERUMOR MENGURANKAN KETEGANGAN SY DGN POLIS MUDE YG BELAGAK TU, SO LEPAS NI SY HARAP ADE LA PERUBAHAN PADE PIHAK POLIS MALAYSIA NI, BIAR LA LEBIH MESRA SIKIT, JANGAN PANDANG DIRI TU TERLALU BERKUASA, BAB ORG AWAM PON BOLEH LAWAN KE MAKAMAH LAA......... ..BKN SEMUA BENDE POLIS JE MENANG...

INI LAH MALAYSIA YG DIAGUNG2KAN. HINGGA PELAWAT SERIK UTK DTG LAGI.

SO MACAM MANA DGN TAHUN MELAWAT MALAYSIA ?.

ENTAH LAH MALAYSIA BOLEH !.

Note: forwarded message attached.

Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, when.

Nama saya Budiman Bachtiar Harsa, 37 tahun,
WNI asal Banten, karyawan di BUMN berkantor di
Jakarta.

Kasus pemukulan wasit Donald Peter di Malaysia, BUKAN
kejadian pertama. Behubung sdr Donald adalah seorang
"Tamu Negara" hingga kasusnya terexpose besar-besaran.
Padahal kasus serupa sering menimpa WNI di Malaysia.
BUKAN HANYA TKI Atau Pendatang Haram, tapi juga
WISATAWAN.

Tahun 2006, bulan Juni, saya dan keluarga (istri, 2
anak, adik ipar), pertama kalinya kami "melancong" ke
Kuala Lumpur Malaysia. (Kami sudah pernah berwisata ke
negara2 lain, sudah biasa dengan berbagai aturan
imigrasi).
Hari pertama dan kedua tour bersama Travel agent ke
Genting Highland, berjalan lancar, kaluarga bahagia
anak-anak gembira.

Hari ketiga city tour di KL, juga berjalan normal.
Malam harinya, kami mengunjungi KLCC yang ternyata
sangat dekat dari Hotel Nikko, tempat kami menginap.
Usai makan malam, berbelanja sedikit, adik ipar dan
anak-anak saya pulang ke hotel karena kelelahan,
menumpang shuttle service yang disediakan Nikko Hotel.
Saya dan istri berniat berjalan-jalan, menikmati udara
malam seperti yg biasa kami lakukan di Orchrad
Singapore, toh kabarnya KL cukup aman.
Mengambil jalan memutar, pukul 22.30, di dekat HSC
medical, lapangan dengan view cukup bagus ke arah Twin
Tower.

Saat berjalan santai, tiba2 sebuah mobil Proton
berhenti, 2 pria turun mendekati saya dan istri.
Mereka tiba-tiba meminta identitas saya dan istri,
saya balas bertanya apa mau mereka. Mereka bilang
"Polis", memperlihatkan kartu sekilas, lalu saya
jelaskan saya Turis, menginap di Nikko hotel. Mereka
memaksa minta passport, yang TIDAK saya bawa. (Masak
sih di negeri tetangga, sesama melayu, speak the same
language, saya dan istri bisa berbahasa inggris,
negara yg tak butuh visa, kita masih harus bawa
passport?). Salah satu "polis" ini bicara dengan HT,
entah apa yg mereka katakan dengan logat melayunya,
sementara seorang rekannya tetap memaksa saya
mengeluarkan identitas. Perliaku mereka mulai tak
sopan dan Istri saya mulai ketakutan. Saya buka
dompet, keluarkan KTP. Sambil melotot, dia tanya
:"kerja ape kau disini?" saya melongo... kan turis,
wisata. Ya jalan-jalan aja lah, gitu saya jawab. Pak
polis membentak dan mendekatkan mukanya ke wajah saya:
KAU KERJA APE? Punya Licence buat kerja?

Wah kali dia pikir saya TKI ilegal. Saya coba tetap
tenang, saya bilang saya bekerja di Jakarta, ke KL
untuk wisata. Tiba-tiba salah satu dari mereka mencoba
memegang tas istri, dan bilang: "mana kunci Hotel?
"... wah celakanya kunci 2 kamar kami dibawa anak dan
ipar saya yg pulang duluan ke hotel.

Saya ajak mereka ke hotel yang tak jauh dari lokasi
kami. Namun pak Polis malah makin marah, memegangi
tangan saya, sambil bilang: Indon... dont lie to us.
Saya kurung kalian...

Jelas saya menolak dan mulai marah. Saya ajak mereka
ke hotel Nikko, dan saya bilang akan tuntut mereka
habis2an. sambil memegangi tangan saya, tuan polis
meludah kesamping, dan bilang: kalian semua sama
saja...

Saat itu sebuah mobil polisi lainnya datang, pake logo
polisi, seorang polisi berseragam mendekat. Di dadanya
tertulis nama: Rasheed.

Saya merapat ke pagar taman sambil memegang istri yang
mulai menangis. Melawan 3 polis, tak mungkin. Mereka
berbicara beritga, mirip berunding. Wah, apa polis
malaysia juga sama aja, perlu mau nyari kesalahan
orang ujung2nya merampok?

Petugas berseragam lalu mendekati saya, meminta kami
untuk tetap tenang. Saya bertanya, apa 2 orang preman
melayu itu polisi, lalu polisi berseragam itu
mengiyakan. Rupanya karena saya mempertanyakan
dirinya, sang preman marah dan mendekati saya,
mencengkram leher jaket saya, dan siap memukul, namun
dicegah polisi berseragam.

Polisi berseragam mengajak saya kembali ke Hotel untuk
membuktikan identitas diri. saya langsung setuju,
namun keberatan bila harus menumpang mobil polisi.
Saya minta untuk tetap berjalan kaki menuju Nikko
Hotel, dan mereka boleh mengiringi tapi tak boleh
menyentuh kami. Akhirnya kami bersepakat, namun polisi
preman yang sempat hampir memukul saya sempat berkata:
if those indon run, just shoot them... katanya sambil
menunjuk istri saya. Saya cuma bisa istigfar saat itu,
ini rupanya nasib orang Indonesia di negeri tetangga
yang sering kita banggakan sebagai "sesama melayu".
Diantar polisi berseragam saya tiba di Nikko Hotel.

Saya minta resepsionis mencocokan identitas kami, dan
saya menelpon adik ipar untuk membawakan kunci. Pihak
Nikko melarang adik saya, dan mengatakan kepada sang
Polis, bahwa saya adalah tamu hotel mereka, WNI yang
menyewa suites family, datang ke Malaysia dengan
Business class pada Flight Malayasia Airlines.
Pak Polis preman mendadak ramah, mencoba menjelaskan
bahwa di Malaysia mereka harus selalu waspada.
Saya tak mau bicara apapun dan mengatakan bahwa saya
sangat tersinggung, dan akan mengadukan kasus ini, dan
"membatalkan rencana bisnis dengan sejumlah rekan di
malaysia" (padahal saya tak punya rekan bisnis di
negeri sial ini).

Polisi berseragam berusaha tersenyum semanis mungkin,
berusaha keras untuk akrab dan ramah, petugas Nikko
Hotel kelimpungan dan berusaha membuat kami tersenyum.
Setelah istri saya mulai tenang, saya mengambil HP
P9901 saya dan merekam wajah kedua polisi ini.
Keduanya berusaha menutupi wajah, meminta saya untuk
tidak merekam wajah mereka.
Istri saya minta kita mengakhiri konflik ini, dan
sayapun lelah. Kami tinggalkan melayu-melayu keparat
ini, tanpa berjabat tangan.

Sepanjang malam saya sangat gusar, dan esoknya kami
membatalkan tur ke Johor baru, mengontak travel agent
agar mencari seat ke Singapore. Siang usai makan
siang, saya tinggalkan Malaysia dengan perasaan
dongkol, dan melanjutkan liburan di Singapore.

Mungkin saya sial? ya. Mungkin saya hanya 1 dari 1000
WNI yang apes di Malaysia? bisa. Tapi saya catat bahwa
bila saya pernah dihina, diancam, bahkan hampir
dipukuli, bukan tak mungkin masih ada orang lain
mengalami hal yg sama.

Jadi, kalau hendak berlibur di Malaysia, sebaiknya
pikir masak2. Jangankan turis, Rombongan atlet saja
bisa dihajar polisi Malaysia.
Bayangkan bila perlakuan seperti ini dilakukan
dihadapan anak kita. Tentu anak akan trauma, sekaligus
sedih.

Hati-hati pada PROMOSI WISATA MALAYSIA. Di Malaysia,
WNI diperlakukan seperti Kriminal.


Ingatlah.... kita tidak akan hidup selamanya

Maka janganlah kita berasa takabur, bongkak, meninggi diri....lain perkataan kita berasa kita je betul...alimlah dsb orang lain semua salah.

Ingatlah

Masa sihat sebelum sakit

Masa senang sebelum susah

Masa muda sebelum tua

Masa kaya sebelum miskin

Masa hidup sebelum mati

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.


Rahsia Rakaat DiDalam Solat

Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana)
setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt.
pada waktunya

Solat Subuh

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala
baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi
Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah
(terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan
daripada kelam (kegelapan)
* Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang
hari (terbit fajar)

Solat Zuhur

Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103


[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" . Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah
itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan
kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim
as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as.
menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt.
pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim
as. empat rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
* Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
* Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
* Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang
amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah
As-Saaffaat ayat 107


[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan
(kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil


Solat Asar

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar
ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat
burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di
dalam empat kelam

i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu
Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi


Solat Maghrib

Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh
Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh
(maghrib)


* Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada
Allah swt.
* Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam
daripada dituduh kaumnya
* Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah
swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling
berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya

Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala
baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz
dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda
Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga
saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi
Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan
janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa
as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang
empat itu.


Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam
as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman
as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi

sitibalqisabdullah


Menjelang kemerdekaan III: Awas kempen 'fun','fear' dan 'future' Umno!

Intan Abdullah
Mon | Aug 27, 07 | 03:31:42 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Perjuangan mempertahankan kemerdekaan telah dipelopori oleh ulama silam sejak 435 tahun yang lalu iaitu sebelum kelahiran Umno.

Sila layari www.englishsection. com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily. net/wap/ untuk melayari HarakahDaily. Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar yang menyorot sejarah silam yang diperdebatkan mengenai fakta dan sejarah yang disembunyikan oleh pihak tertentu dalam pengkisahan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara.


Beliau membuat penegasan tersebut ketika menutup 'Seminar Penghayatan Kemerdekaan sempena Kempen Selamatkan Malaysia' anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah, PAS Pusat pada Sabtu, 25 Ogos yang lalu di Anjung Rahmat, Gombak.


Dalam ucapannya, beliau meminta semua pihak agar mengawasi tiga ciri utama merayakan ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara yang dilancarkan oleh kerajaan sekarang ini iaitu 'Fun' atau hiburan yang melampau, 'Fear' yakni menakutkan kakitangan awam dengan menyuntik rasa, 'jangan lawan Umno' dan 'Future' iaitu strategi Umno yang hanya pandai membentangkan perancangan sebagai janji kepada rakyat.


Kamarudin juga menyentuh konsep kemerdekaan yang telah lama diguna pakai sejak zaman Rasulullah yang bermula dengan hukuman memerdekakan hamba sebagai penebus kepada kesalahan tertentu yang dilakukan.


Sementara itu, seminar tersebut juga menggariskan beberapa resolusi yang dibacakan oleh Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki.


Menurutnya, PAS menuntut kepada pihak kerajaan melalui Arkib Negara supaya pensejarahan kemerdekaan negara diselusuri semula sejak awal tahun 1900 lagi dengan menonjolkan kelompok pejuang kemerdekaan yang berperanan aktif mempelopori dan meniupkan semangat menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan Negara.


Seminar itu juga mendesak kerajaan supaya menarik balik ataupun menghapuskan terus sebarang bentuk akta, akujanji dan peraturan yang menyekat hak dan kebebasan bersuara secara akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau mana-mana agensi seterusnya memberi peluang kepada seluruh rakyat khususnya ahli akademik dalam melontarkan idea dan pandangan mereka secara ilmiah terhadap sebarang isu dan pergolakan dalam negara.


Dalam masa yang sama, seminar separuh hari tersebut turut menyokong kenyataan Ketua Hakim Negara yang menyatakan Malaysia hendaklah bebas dari 'common law' dan menjadikan Islam sebagai alternative terbaik, di samping pengukuhan kenyataan oleh Peguam Negara yang mengatakan hanya syariah Islam sahaja yang boleh digunapakai.


"Kami juga menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bagi mengembalikan hak kemerdekaan yang sepatutnya dimiliki oleh warganegara yang merdeka,"ujarnya mengakhiri program tersebut.


Seminar Penghayatan Kemerdekaan itu diisi dengan dua wacana iaitu 'Menelusuri Semula Sejarah Kemerdekaan Negara' oleh Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Dr Muhammad Nur Manuty yang diulas oleh Hj Wan Abdul Rahman Abd Latif pada sebelah pagi.


Manakala Wacana 2 bertajuk 'Pengalaman Pejuang Kemerdekaan' yang membariskan Ketua Angkatan Pemuda Insaf Perlis, Pak Wan Khazim Wan Din; Yang DiPertua PAS kawasan Batu, Ustaz Ishak Surin dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Dzul Khairi Mohd Nor serta dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Anuar Tahir. - mks.