Sape nak kawen ngn die?angkat tangan


Roslin mahu isteri beriman

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


ROSLIN (kiri), Raja Azmi dan Jailani (dua dari kanan) berbincang selepas memberi keterangan di pejabat Jawi semalam.



KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi tetapi dalam masa sama bimbang jika tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas pelbagai kontroversi mengenai dirinya tersebar.
Roslin, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri.
Dakwanya, kontroversi itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya tetapi dia tidak dapat tidak terpaksa reda dengan ketentuan itu.
"Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?
"Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita," akuinya ketika ditemui semalam.

SELARAS FATWA SUPAYA TIDAK JADI BAHAN GURAUAN


 


Harakahdaily   
KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menyelaraskan fatwa kerana ada yang tertakluk di dalam bidang kuasa negeri, namun perkara ini perlu diselesaikan dengan baik dan tegas kerana fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat.

"Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.

Akan tetapi, disebabkan tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, maka terjadinya perkara seperti ada negeri yang terlalu laju dalam memberi fatwa berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi, implikasi daripada fatwa itu menjadi sangat besar," terangnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengambil contoh fatwa larangan merokok di Pahang sebagai hujah betapa pentingnya proses penyelarasan fatwa yang dicadangkannya.

"Seperti Pahang yang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepas terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya," katanya.

Disebabkan ketidaksetaraan fatwa seperti itu, ujarnya, akan menganiaya sesuatu fatwa sehingga menjadi satu bahan gurauan dan mainan tertawa orang ramai.

"Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu," tambah Tuan Ibrahim.

Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.

Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.

Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.

Harussani terkejut

"Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

"Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini... jadi bagaimana boleh kata macam itu," kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.

"Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan," katanya.

Bagi golongan yang tidak dibekalkan asas agama yang cukup dalam memahami kaedah syarak, beliau menasihatkan mereka untuk membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah syarak untuk pengambilan sesuatu hukum sebelum membuat sebarang ulasan dan pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan.

"Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum terlebih dahulu sebelum mempertikaikannya?

Namun, persoalan ini timbul mungkin kerana kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehinggakan ada golongan yang tidak memahami agama secara mendalam sanggup mempertikaikan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya dengan kesal.
 

bunuh nik aziz

Patutlah PAS kalah teruk di Sarawak, tak TWIT rupanye


Mungkin ianya kebetulan. Tiada fakta, geraf, kajian, kertas kerja untuk mengesahkan teori ini iaitu hipothesis yang mengatakan PAS kalah teruk dan terus akan kalah dalam pilihanraya kerana pimpinannya tak menggunakan Twitter sebagai bahan kempen. Data menunjukkan 10 Ahli Parlimen yang ranking teratas mempunyai pengikut twitter terdiri dari Umno 3 orang, PKR 4 orang dan DAP 3 orang.

Mana pergi pemimpin-pemimpin PAS?

Harap Prof Aziz Bari jangan buat kajian isu Twitter ni, nanti kena hentam lagi.

Senarai 10 Ahli Parlimen teratas, berdasarkan "followers" di Twitter:

1. (UMNO): Dato' Seri Najib Tun Razak (113,905)
2. (PKR): Dato' Seri Anwar Ibrahim (58,078)
3. (UMNO): Khairy Jamaluddin (37,340)
4. (DAP): Lim Kit Siang (28,845)
5. (UMNO): Dato' Mukhriz Mahathir (23,418)
6. (PKR): Nurul Izzah Anwar (19,684)
7. (PKR): Azmin Ali (18,248)
8. (DAP): Tony Pua (16,515)
9. (PKR): Tian Chua (15,679)
10. (DAP): Lim Guan Eng (15,016)

Sumber dari http://nobisha.blogspot.com/2011/04/10-ahli-parlimen-teratas-top-10-di.html

__.

PJ Pasang Kamera Lebih Canggih


Subject: 566 Kamera perangkap laju canggih, tapi BODOH
Ni satu lagi projek bijak kerajaan, pasang 566 kamera canggih untuk rakam pemandu laju konon. Ya memang canggih, tapi BODOH. Kamera bukan ada otak, samseng jalanraya ada otak, mereka dah tahu ada kamera canggih, mereka pakailah topeng, cat muka dan sebagainya. Akhirnya duit rakyat juga yang lebur juta-juta. Siapa yang dapat projek pasang kamera canggih ni?

Lagi satu, nak pasang kamera bukan main canggih, TAPI lampu isyarat kat Malaysia ni manjang rosak saja, timing tak betul, padam dan sebagainya. Itu yang ada lampu isyarat, yang banyak simpang sibuk tak ada lampu isyarat apa CERITE?

Kamera canggih ni dapat KE rakam pemandu lori dan bas yang bawa laju waktu malam di jalan Segamat-Kuantan yang selalu banyak kes kemalangan maut tu?

Kamera canggih Konon, SIAPA UNTUNG?

JPJ Pasang Kamera Lebih Canggih, Sekalipun Polis Hanya Kata Saman Terus

Posted by greenboc

566 kamera canggih rakam pemandu laju
Teknologi Jerman mampu imbas wajah, kenderaan lebih 100km/j

KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.
Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.

Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

"Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.

"Gambar yang dirakam ini lebih tepat... tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.

"Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya di samping kaedah baru diguna pakai pihak berkuasa termasuk mengeluarkan saman pada hari sama kesalahan dilakukan.

Ditanya kos dibelanjakan kerajaan untuk menyediakan kemudahan AES itu, Abdul Rahim berkata, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.

Mengulas lanjut cadangan notis saman dikeluarkan pada hari sama kesalahan dilakukan, Abdul Rahim berkata sukar bagi pihak berkuasa seperti polis mengeluarkan saman trafik pada hari sama, terutama membabit kesalahan memandu laju yang banyak dilakukan di lebuh raya.

"Polis perlu ambil masa untuk proses dan hantar surat. Kalau saman letak kenderaan atau sekatan jalan tidak ada masalah surat saman dikeluarkan pada masa itu juga. Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada 'kepak' untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman," katanya. -BH

Ulasan GB

Hanya baru kelmarin polis menyatakan:

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,"

Kini mereka menyatakan:

Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada 'kepak' untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman

Kedua-dua kenyataan di atas saling bertentangan.

GB sudah menyatakan sebelum ini, bahawa hanya mahkamah yang berhak menentukan samada tindakan polis berkenaan betul atau salah.

Yang penting di dalam isu ini ialah Polis dan JPJ TIDAK BERHAK menyenaraihitamkan kenderaan atau pemandu dan menghalang mereka memperbaharui lesen atau cukai jalan.

Mahkamah telah membuat keputusan di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.
_

Transeksual Fatine Bercerai



 

Transeksual Fatine Bercerai

LONDON, 13 April – Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, 'suaminya' seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK).
Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun.
"Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia," katanya dipetik The Daily Mail.
Young juga mengaku dia tidak melayan Fatine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan.
Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK.

Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Young, 32, mendakwa cintanya dengan Fatine juga menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai penjaga di tiga sekolah ekoran kemarahan beberapa ibu bapa.


Pasangan Fatine dan Young yang melangsungkan perkahwinan pada 2009. – Foto ihsan The Daily Mail

Kata Young, selepas dua minggu memperoleh visa Fatine telah meninggalkannya. Fatine kini tinggal di Manchester. Ekoran tindakan isterinya itu, Young berkata, dia yang rasa tertekan cuba membunuh diri dengan mengambil pil dan kini cuba untuk membina semula hidupnya selepas hilang kerja dan tiada rumah untuk tinggal.
Katanya: "Saya menggunakan setiap sen (untuk Fatine) dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya."
"Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa," katanya dipetik The Daily Mail.
"Saya merasakan saya seolah-olah seorang bodoh. Saya sepatutnya menikmati hidup paling menggembirakan dalam hidup saya. Sekarang dia tidak bercakap dengan saya, dan dia tidak akan dapat perceraian," katanya lagi.
Laporan akhir 2009 menyebut Fatine berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan imigresen jika pulang ke Malaysia.
Menurut laporan ketika itu, Fatine menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak Pejabat Dalam Negeri ekoran lampiran gambar yang "salah".
Fatine juga mendakwa rasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Young berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.
Fatine mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.
Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.
The Daily Mail melaporkan, pada malam sebelum Fatine meninggalkan Young, pasangan itu terlibat dalam 'pertengkaran besar' termasuk suaminya meninggalkan rumah mereka di Pear Tree, menyebabkannya dia tinggal seorang diri.
"Dia tinggalkan saya tanpa sebarang duit," kata Fatine lagi.
Dalam laporan semalam, Young dipetik berkata, dia terpaksa meninggalkan kerja penjagaan kanak-kanak di tiga sekolah di Derby ekoran ibu bapa yang marah kerana cinta dia dengan Fatine, yang lahir sebagai seorang lelaki.
Saga mereka menyebankan Young, yang berusia 32 tahun, tiada pekerjaan dan tiada rumah, dan pada satu peringkat mengambil pil bunuh diri.
Young pernah menjalin hubungan lapan tahun dengan seorang wanita tetapi kemudian menjadi homoseksual.
Fatine berhijrah ke Derby dan pasangan itu mengikat perkahwinan pada 2009.
Untuk menyokong kes visanya, Fatine menyertakan dalam permohonannya bahawa dia berhadapan dengan ugutan bunuh menerusi yang diterima menerusi Internet dari Malaysia.
Kedua-dua Fatine dan Young mengaku mereka masih mencintai satu sama lain seperti dulu.
Tetapi Fatine juga mengakui, dia tidak menjawab panggilan berulang kali daripada suaminya kerana tidak mahu bercakap dengannya.
Katanya, peluang untuk berbaik semula sangat kecil dan dia akan bersetuju kepada permintaan Young untuk bercerai.
Fatine berkata perkara itu kini berada di tangan peguamnya.
"Bagaimana kami boleh bersatu semula apabila suami saya telah mengatakan banyak perkara buruk tentang saya," kata Fatine.
"Saya mahu terus bergerak dengan hidup saya," katanya lagi.
"Saya tinggal dengan seorang kawan yang memberikan saya satu tempat untuk tinggal dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan kerja.
"Saya mencintai Ian (Young) bukan hanya kerana visa. Saya tiada kawan, tiada keluarga di sini... saya bergantung sepenuhnya dengan dia," kata Fatine.
Young pula berkata: "Fatine telah pergi untuk tinggal bersama kawan-kawannya di Blackpool dan ia tidak menjadi, sebab mereka sudah muak kerana dia tidak mendapat kerja langsung."
Kata Young lagi, "hubungan kami OK, tetapi selalu diselubungi kebimbangan mengenai visa, bukan hanya untuk memperolehnya, tetapi dari mana kami mendapatkan wang (untuk mendapatkannya)."
"Kami telah memohon lima kali dan kosnya beribu-ribu pound sterling. Saya penjaga di sebuah sekolah kecil yang membayar saya £640 sebulan," katanya.
Dia berkata emaknya juga meminjamkannya £2,000 untuk membantu permohonan tersebut.
Young, yang kini tinggal bersama kawan-kawannya berkata, "sebagai seorang lelaki yang lurus, saya ada beberapa kekhuatiran. Tetapi saya tidak boleh mengetepikan bagaimana saya merasainya."
"Saya mengaku saya memang ada mengabaikan Fatine apabila saya berada dalam keadaan tertekan. Saya hanya mahu dia memberitahu saya bahawa kami boleh bersama semula, tetapi dia tidak berminat.
"Saya cuba memulakan bisnes saya. Saya masih berhutang tetapi saya sedang bergerak dan mula berdiri di kaki sendiri," katanya lagi.
Fatine sebelum ini memberitahu dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik sambil menuduhnya telah menghina kerajaan Malaysia.
Fatine juga kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Fatine menambah dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

__._,_.___

Sai Baba Meninggal, Berikut Biografi Lengkap dan Kilas Kontroversinya

Sathya Sai Baba, tokoh spiritual India, tutup usia pada Ahad (24/4). Sai Baba, yang oleh sebahagian warga India diyakini sebagai manusia setengah dewa, meninggal dunia di Rumah Sakit Puttaparthi, negara bahagian Andra Pradesh, India. “Sai Baba tidak lagi bersama kita secara fisik. Dia mengembuskan nafas yang terakhir pada pukul 7:40 pagi karena penyakit jantung dan pernafasan,” demikian bunyi pernyataan dari hospital tempatnya dirawat seperti dikutip dari laman BBC. “Jenazahnya akan disemayamkan hingga Selasa.”

Begitu dokter mengumumkan kematiannya, para warga diminta tenang dan tidak datang ke hospital. Aparat keamanan juga langsung memperketat sekitar hospital tersebut. Beberapa jalan menuju hospital disekat, toko-toko juga diminta tutup. Sebelumnya ribuan orang berkumpul dekat hosptal untuk mendoakan keajaiban demi kesembuhan Sang Guru.

Sai Baba Meninggal

Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Baba memiliki kekuatan supranatural seperti menyulap benda, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mengubati penyakit mematikan, bahkan menghidupkan kembali orang yang sudah mati.

Pejabat berita AFP menulis pengikutnya, termasuk mantan Perdana Menteri India Atal Bihari Vajpayee, para hakim, aktor, para jenderal, dan pemimpin politik negeri itu. Termasuk dalam jutaan penganutnya adalah legenda kriket India Sachin Tendulkar serta bintang film Hollywood, Goldie Hawn.

Sai Baba Meninggal

Lahir tanggal 23 November 1926 di Puttaparti, nama asli Sai Baba adalah Sathyanarayana Raju. Penganutnya mempercayai klaim Sai Baba yang menyebut dirinya merupakan reinkarnasi dari orang suci Hindu terdahulu, Sai Baba dari Shirdi yang meninggal dunia tahun 1918. Dia mengumumkan reinkarnasi ini di usia 14 tahun. Sejak itu dia kebanjiran pengikut.

Namun, pemberitaan tentang Sai Baba juga diwarnai dengan kontroversi dan tudingan miring terkait penipuan kemampuan magisnya serta tudingan pelecehan seksual. Pada 2004 dalam sebuah liputan khusus BBC berjudul “Secret Swami”, mengungkap 2 lelaki warga Amerika bersaksi bahwa dalam sebuah acara penyembuhan Sang Guru menyentuh alat vital mereka. Sai Baba membantah tuduhan ini.

Sai Baba Meninggal

Dari asramanya di Puttaparthi, Sai Baba menyebarkan pengaruh dan menangguk dana jutaan dolar dari derma para pengikutnya di seluruh dunia. Organisasi amalnya telah mendanai pembangunan fasiliti kesehatan dan pendidikan di seantero India, termasuk hospital dan klinik yang menurut warga setempat mampu menyembuhkan penyakit di luar batas nalar kemampuan medis umumnya.

Salah satu penyumbangnya yang terbesar adalah mantan pemilik jaringan restoran Hard Rock Cafe, Isaac Burton Tigrett, bahkan datang ke Puttaparthi untuk tinggal di sana. Sai Baba selalu tampil dengan gayanya yang eksentrik, dalam balutan jubah warna kunyit dengan gaya rambut keriting afro, dan pernah menghadapi serangan sekelompok orang pada 1993. Serangan 4 laki-laki ke apartemennya itu gagal, tapi 2 pengawalnya tewas.

Sai Baba Meninggal

Dia banyak dipuji karena sering beramal. Ini membuat pengikutnya, yang ditaksir mencapai 10 juta orang di 120 negara, semakin kagum. Namun, Sai Baba juga banyak dikritik saat tampil di panggung, dia boleh menyulap benda jadi coin emas. Bagi penganut kemampuan ini diyakini sebagai kekuatan magis, sementara pengkiritik menyebutnya penipuan.

Sathya Sai Baba (Telugu: సత్à°¯ à°¸ాà°¯ి à°¬ాà°¬ా), lahir dengan nama Sathyanarayana Raju dengan nama keluarga “Ratnakara”, ia adalah seorang Guru, orang yang mengabdikan hidupnya untuk perbaikan kemanusiaan, orator, pencipta lagu/puisi dan filsuf India Selatan yang sering digambarkan sebagai orang suci. Sai Baba mengatakan tidak pernah membuat agama, ia mengajarkan bahwa semua agama itu sama dan ia tidak suka akan orang yang berpindah agama. Sai Baba berkata;”There is only one religion, the religion of love, there is only one language, the language of the heart, there is only one caste, the caste of humanity, there is only one God, He is omnipresent” Ia merupakan reinkarnasi Sai Baba dari Shirdi.

Sai Baba Meninggal

Sai Baba Meninggal

Aku datang bukan untuk mengganggu atau menghancurkan keyakinan apapun, tetapi untuk menguatkan keyakinan mereka, sehingga seorang Kristen menjadi seorang Kristen yang lebih baik, seorang Muslim menjadi seorang Muslim yang lebih baik, seorang Hindu menjadi seorang Hindu yang lebih baik dan seorang Buddhis menjadi seorang Buddhis yang lebih baik. ”
Sathya Sai Baba mengatakan datang untuk membimbing umat manusia menegakkan nilai-nilai universal semua agama yaitu Sathya (Kebenaran), Dharma (Tindakan yang Benar), Shanti (Kedamaian), Prema (Cinta Kasih), dan Ahimsa (Tanpa Kekerasan)

Dalam sebuah kunjungan di Nairobi (Kenya, Afrika Timur), Sathya Sai Baba menyatakan:
“ Aku datang untuk menyalakan pelita Cinta dalam hatimu, untuk melihat pelita itu bersinar dari hari ke hari dengan menambahkan minyak. Aku datang bukan atas nama suatu agama yang eksklusif. Aku tidak datang untuk misi publisiti untuk sebuah sekte atau kepercayaan, juga Aku tidak datang untuk mengumpulkan pengikut untuk sebuah doktrin. Aku tidak punya rencana untuk menarik murid-murid atau pengikut. Aku datang untuk memberitahu anda tentang hal kesatuan iman, prinsip spiritual, jalur Cinta, kebajikan Cinta, tugas Cinta, kewajiban Cinta”

Sai Baba Meninggal

Lebih lanjut Sathya Sai pada tanggal 23 November 1968 menjelaskan:
“ “Untuk melindungi yang saleh, untuk menghancurkan orang-orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran pada pijakan yang kokoh, aku menjelma dari zaman ke zaman. Setiap kali asanthi, atau ketidakharmonisan menguasai dunia, Tuhan akan menjelma dalam bentuk manusia untuk menetapkan jalan menuju Prashanthi, atau Kedamaian dan untuk mendidik kembali masyarakat manusia di jalan kedamaian. Pada saat ini, konflik dan perselisihan telah merampok perdamaian dan persatuan keluarga, sekolah, masyarakat, agama, kota-kota dan negara. Kedatangan Tuhan ditunggu dengan cemasnya oleh orang-orang kudus dan orang bijak. Para Sadhu (orang-orang kudus) berdoa dan Aku datang. Tugas utama-Ku melindungi Veda (kitab suci) dan melindungi umat yang taat.”Sejak 2005 Sathya Sai Baba menggunakan kerusi roda dan karena kesehatannya yang menurun mengurangi penampilannya kepada masyarakat. Pada 2006 mengalami patah tulang panggul ketika seorang pelajar berdiri di bangku besi terpeleset dan jatuh bersama bangkunya menimpa Sathya Sai Baba. Setelah itu dia memberikan darshan dari kereta atau kerusinya.
Sathya Sai Baba dibawa ke hospital Prashantigram di Puttaparthi pada 28 March 2011 berkaitan dengan masalah pernafasan.Setelah beberapa hari di hospital, kedaan kesehatannya menurun drastik, kemudian meninggal pada 24 April 2011 pukul 7:40 IST (waktu India).Pemakaman dijadualkan pada 27 April 2011.
http://ruanghati.com/2011/04/25/sai-baba-meninggal-berikut-biografi-lengkap-dan-kilas-kontroversinya/