ISA melawan prinsip al-Quran

8/04/2008 12:35:00 am 0 Comments

ISA melawan prinsip al-Quran
Lau Weng San May 26, 08 9:54pm

"Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang BerhormatTuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota AlamShah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu)dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negerimembebaskan tahanan-tahanan ini.

"Sehingga hari ini, kerusi untuk Adun Kota Alam Shah masih lagi kosong.Rakyat seluruh Malaysia terkejut pada 13 Disember 2007 apabilakelima-lima orang aktivis Hindraf iaitu P. Uthayakumar, V.Ganabatirau, R. Kenghadharan, T Vasantha Kumar serta ahli YB Kota AlamShah telah ditahan mengikut Seksyen 8 akta ISA.Kelima-lima orang ini merupakan para aktivis yang bergiat aktif dalamperjuangan untuk mengangkat martabat masyarakat kaum India yang selamaini ditekan dan ditindas oleh kerajaan BN.

Mengikut Seksyen 8 ISA, lima tahanan ini akan terus dihantar ke kemtahanan Kamunting dan ditahan di sana selama dua tahun bawah arahanmenteri keselamatan dalam negeri tanpa melalui siasatan polis.Inilah kali pertama Seksyen 8 digunakan untuk menahan seseorang.Sebelum itu, tahanan-tahanan biasanya akan ditangkap bawah Seksyen 73- seseorang itu akan ditahan bawah pemantauan polis selama 60 harisebelum ditentukan sama ada seseorang tahanan itu wajar ditahan lanjutdi Kamunting.

Saya berpendapat penahanan kelima-lima orang aktivis Hindraf ini bukansahaja tidak adil, malahan tidak munasabah sama sekali, khususnyapenahanan YB Kota Alam Shah, apabila seorang Adun telah dinafikan hakdan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakilrakyat.Saya ingin mengetengahkan beberapa sebab mengapa penahanan ini patutdikritik dan tahanan-tahanan perlu dibebaskan tanpa syarat dengansegera.Sebab pertama: YB Kota Alam Shah telah menang dengan undi majoriti yang besar.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang baru berlangsung, YB Kota Alam Shahtelah menang dengan majoriti sebanyak 7,184 undi biarpun beliau masihditahan di Kamunting bawah ISA dan tidak dapat hadir untuk berkempen.Kejayaan besar ini bukan sahaja satu kejayaan besar untuk DAP danbeliau sendiri, malahan ia juga merupakan satu tamparan kepadakerajaan pusat bahawa ia tidak boleh terus menahan mereka yang tidakbersalah tanpa perbicaraan melalui ISA.YB Kota Alam Shah ditahan berikutan penglibatannya dalam Hindraf.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh YB Kota Alam Shah selama inihanyalah untuk memperjuangkan hak asasi untuk golongan masyarakatIndia yang tertindas dan terpinggir dan ia tidak mengancam keselamatannegara.Oleh itu, YB Kota Alam Shah harus dilepaskan serta-merta agar beliaudapat menunaikan sumpahnya sebagai Adun dan menjalankan tugasnyadengan sempurna.Dalam sejarah Malaysia, terdapat dua orang tahanan ISA yang pernahmengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan berjaya memenanginyasemasa masih ditahan di bawah ISA.

Kedua-dua orang ini kebetulannya merupakan bekas ahli parlimen DAPiaitu Chiang Heng Kai dan mendiang Chan Kok Kit.Kedua-dua mereka telah ditahan bawah ISA pada pertengahan 1970-an atastuduhan menyokong elemen Komunis.Biarpun begitu, kedua-dua mereka masih bertanding dalam pilihanrayaumum pada 1978 dan menang dengan majoriti yang lebih besar.Dalam konteks ini, saya ingin menyarankan supaya YB Kota Alam Shahdibebaskan daripada penahanan ISA agar beliau dapat kembali berkhidmatuntuk rakyat di kawasannya.Adun Kota Alam Shah tidak boleh ditahan secara berpanjangan di bawahISA.

Penahanannya secara tidak langsung telah menidakkan hak rakyatKota Alam Shah untuk menyampaikan suara mereka ke dewan yang muliaini.Sebab kedua: Alasan penahanan YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraflain terlalu lemah.YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf selama ini telah terlibat dalampelbagai aktiviti sah untuk memperjuangkan hak masyarakat India yangditindas dan dipinggirkan selama ini.Kita harus memahami bahawa apa yang diperjuangkan oleh kelima-limaorang tahanan ini adalah untuk membawa isu peminggiran masyarakat kaumIndia yang diabaikan selama ini.

Hakikatnya, kita telah lihat sekurang-kurangnya 30,000 orang menyertaitunjuk perasaan yang diadakan pada 25 Oktober lalu.Tunjuk perasaan ini yang disertai oleh rakan-rakan berketurunan Indiakita dari seluruh pelusuk negara telah membuktikan bahawa perjuanganmereka ini adalah berasas.Malahan naib ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy dalam artikelnya yangbertajuk 'Discrimination from Womb to Tomb menyatakan bahawa 30,000warganegara berketurunan India yang mengambil bahagian dalam tunjukperasaan tersebut kerana mereka telah lama dipinggirkan, ditindas dantidak dipedulikan.

Rakyat India merupakan golongan yang tertindas di dalam strukturekonomi Malaysia, seperti yang terbukti dalam beberapa petunjuktermasuk kemasukan universiti.Mereka dilayan seolah-olah mereka merupakan warga kelas keempat.Di pusat penahanan Simpang Renggam, yang menempatkan kira-kira 1,600orang tahanan, lebih seribu daripada mereka terlibat denganpenyalahgunaan dadah, manakala 574 orang disyaki terlibat dalamaktiviti-aktiviti jenayah.

Biarpun hanya lapan peratus daripada jumlah rakyat Malaysia terdiriwarga India, tetapi lebih daripada 48% daripada tahanan-tahanan dipusat ini merupakan kaum India, sekali gus menunjukkan bagaimanaruncingnya masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat ini.Sebab ketiga: ISA mencaburi prinsip hak asasi manusia.ISA merupakan punca segala bentuk undang-undang penindasan di negaraini, malah ia lebih berbisa jikalau dibandingkan dengan undang-undangzalim yang lain seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Penerbitan danMesin Cetak (PPPA), Akta Polis dan Akta Hasutan.

Untuk itu, ISA sepatutnya dimansuhkan kerana ia sudah tidak sepadandengan perlindungan hak asasi manusia.ISA juga telah disalahgunakan sebagai satu instrumen oleh pemerintahuntuk menekan suara pembangkang dan masyarakat madani untukkepentingan politik mereka.Dalam kebanyakan kes ISA, akta ini telah digunakan oleh polis untukmenahan mereka yang disyaki mengugat kedudukan pemerintah biarpunpihak pemerintah masih tiada apa-apa bukti kukuh.

Terdapat banyak judul tulisan yang dihasilkan berkaitan dengan ISA.Antara yang terkenal tidak lain tidak bukan buku berjudul Freedomunder Executive Power in Malaysia yang ditulis oleh menteri luarsekarang, iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga merupakantimbalan menteri dalam negeri dari tahun 1976 hingga 1978.Beliau dalam buku itu telah menyifatkan bagaimana menteri dalam negerimenandatangani arahan penahanan ISA secara automatik hanya bergantungkepada cadangan polis tanpa menggunakan tanggungjawab mereka sebagaimenteri untuk mengesahkan keperluan untuk menahan seseorang itu dibawah ISA.

Beliau telah menulis bahawa:"That there are clear violations of human rights by invoking the ISAand other draconian legislation is an understatement.The misery that these executive laws have brought upon individualshave left a clear message: there is a state of confusion in the real,accepted meaning of the phrase 'prejudicial to the security ofMalaysia.'The meaning of this phrase which is thematic in the ISA as well asunder Articles 149 and 150 of the Constitution is systematically leftto the discretion of the executive." (p. 293-4)Ahli YB dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajukSuara Dari Kamunting semasa beliau masih ditahan bawah ISA pada tahun2001.

Ahli YB dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA dibawah Ops Lalang 1987.ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahandengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkandalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syuradan ayat 90 surah an-Nahl.Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satubentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritiksekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyattelah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnyasebagai seorang wakil rakyat.Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan GerakanMansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat 16 keluarga mangsa ISAyang telah dikenal pasti tinggal di Selangor.

Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.Lau Weng San, setiausaha DAP Selangor, juga Adun Kampung Tunku.Artikel ini asalnya teks ucapan beliau di DUN Selangor sewaktu membawausul tergempar mengkritik ISA pada 26 Mei.__._,_.___

0 comments: