Tergesa-gesa Tanding Di Permatang Pauh Taktik Anwar Alih Perhatian Kes Liwat

8/04/2008 12:20:00 am 0 Comments

Tergesa-gesa Tanding Di Permatang Pauh Taktik Anwar Alih Perhatian Kes Liwat
Posted on Friday, August 01 @ 09:41:25
MYT Oleh S.A Najmuddin Kuala Lumpur

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri> Hishammuddin Hussein menyifatkan pengumuman Penasihat Parti Keadilan Rakyat> (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil> Permatang Pauh sebagai satu lagi helah untuk mengalihkan perhatian orang> ramai ke atas kes liwatnya.

Menurut beliau tidak mustahil selepas ini, Anwar akan memanipulasi sebarang> bentuk tindakan yang diambil ke atasnya berhubung kes liwat yang dihadapi> oleh Penasihat PKR itu.

"Adalah sesuatu yang tidak mustahil beliau akan berkata kepada media asing> selepas ini bahawa beliau dikenakan tindakan kerana mengumumkan untuk> bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Dan adakah ini satu lagi helah untuk alihkan pandangan orang ramai daripada> laporan kes liwat oleh bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan,"> katanya di sini hari ini.>>

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding> di Permatang Pauh selepas kerusi berkenaan dikosongkan oleh isterinya yang> juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) turut> mempersoalkan tindakan Anwar yang mengumumkan untuk bertanding pilihan raya> kecil jauh lebih awal berbanding tarikh asal iaitu 16 September.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang akhirnya memilih untuk> bertanding di kerusi Parlimen milik isterinya sedangkan sebelum ini beliau> pernah mengumumkan untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen.

"Saya tanya hati kecil daripada begitu banyak kawasan yang telah diumumkan> Anwar selama ini untuk bertanding akhirnya kerusi Parlimen isterinya juga> menjadi pilihan", ujarnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat pengumuman> Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh> membuktikan beliau memilih kawasan selamat dan tidak yakin untuk bertanding> di kawasan lain.

Menurut beliau ketidakyakinan Anwar itu adalah disebabkan beberapa isu yang> melibatkan Penasihat PKR itu sejak akhir-akhir ini.

"Walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR,> Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya, namun akhirnya> Anwar memilih Permatang Pauh yang dianggap kawasan selamat untuk bertanding.

"Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji> kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana setelah membuat kenyataan> sebelum ini kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya> di Kulim,'' katanya.

"Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya> terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini,"> ujarnya.

-- Hanya Amalan Lambang Iman Manusia__._,_.___

0 comments: