MENGAPA HARGA BARANG TIDAK TURUN?

12/02/2008 07:15:00 pm 0 Comments

Keluhan rakyat selaku pengguna berkaitan harga barang mahal tidak boleh disangkal.
Andainya pengguna perihatin dan teliti terhadap harga barang, memang diakui harga
barang mahal. Apabila harga minyak sudah turun, harga barang masih belum turun
dengan alasan mereka menjual barang stok lama ketika harga minyak naik.

Yang pelik dan menjadi tanda tanya pengguna ialah, dulu sebaik saja harga minyak naik,
hanya satu dua hari saja selepas itu harga barang pun naik. Tiada pula alasan menjual
barang stok lama ketika harga minyak masih rendah.

Harga minyak bukanlah satu-satunya faktor penentu kepada turun naiknya harga barang.
Oleh itu janganlah pengguna terlalu mempersoalkan harga barang masih mahal
sedangkan harga minyak sudah turun. Faktor sikap manusia sering dilupakan.
Sedangkan sikap manusia diantara faktor penentu turun naiknya harga barang.
Bagi pihak pengguna, sikap terbaik ialah kekalkan kesederhanaan dalam berbelanja,
maka tidak perlu risau biar bagaimana pun kedudukan harga barang. Sikap sederhana
pengguna ialah mampu bertahan dengan berbelanja mengikut keperluan serta mengikut
tahap kemampuan, pengguna tidak perlu bimbang dengan harga barang yang mahal pada
bila-bila masa pun. Tetapi kalau berbelanja ikut kemahuan atau ikut nafsu, nescaya akan
terasa beban kenaikan harga barang.

Bagi pengusaha atau peniaga, soal putar belit dan tipu muslihat dalam menetapkan harga
memang sudah lumrah. Dan memang begitulah ilmu perniagaan yang mereka pelajari dan
warisi. Ilmu dalam bidang ekonomi dipelajari dari guru yang satu iaitu Yahudi.
Merekalah yang mencetuskan teori ekonomi kapitalis. Iaitu berusaha meminimakan
modal dan memaksimakan untung. Selepas itu diiringi pula dengan teori modal,
pengeluaran, penawaran, pemasaran, permintaan, kos, risiko dan lain-lain yang berkaitan.
Pemegang saham juga amat mempengaruhi dalam menentukan harga. Bank selaku
pemodal serta cukai kerajaan juga tidak terkecuali. Semua aspek ini amat jarang
diketahui oleh pengguna.

Kementerian Hal Ehwal Pengguna melantik 2000 orang graduan pemantau harga. Apa
yang menjadi tanda tanya ialah mengapa pengguna masih merungut tentang kenaikan
harga seolah-olah tidak terkawal. Kalau begitu apa fungsi sebenar pemantau harga yang
di lantik itu?

Penyelesaian untuk memuaskan semua pihak memang sukar dicapai. Melainkan semua
pihak membetulkan sikap masing-masing. Pemodal, pemegang saham, pengusaha dan
peniaga sewajarnya tidak terlalu tamak dalam mengejar keuntungan. Manakala pengguna
pula sepatutnya jangan rakus dalam berbelanja.
Disinilah betapa perlunya pendidikan kepada semua rakyat. Mendidik dari awal usia agar
semua pihak dapat hidup dengan sikap yang betul. Mendidik rakyat agar memiliki sifat
kasih sayang yakni saling prihatin, membela, bertolong bantu, memiliki rasa bersama,
menguatkan kerja sama, susah sama susah dan senang sama senang, saling bertekad
untuk menghibur dan menggembirakan orang lain.

Merasai dan mengenang budi serta jasa orang lain. Bukannya hidup bersama dalam satu
negara tetapi sangat mementingkan diri, mementingkan keluarga dan puak sendiri sahaja.
Bukan hidup seperti pokok kayu.

Kepada pihak kerajaan pula, perlu juga mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di
Iraq. Semua tahu bahawa Saddam Hussin adalah seorang pemimpin diktator, keras atau
kuku besi. Peperangan di Iraq memakan masa yang lama dan menempuh tempoh yang
panjang.

Kalau bukan kerana adanya tali barut musuh dan pengkhianat terhadap Saddam, dan di
tokok tambah pula oleh propaganda Amerika, sebenarnya rakyat Iraq amat sayang kepada
Saddam Hussin. Hingga Barat memberi jolokan kepada Saddam Hussin, ‘The dictator
who knows the audience.’ Jolokan ini diberi kerana Saddam sangat perihatin terhadap
kehidupan rakyatnya. Di era pemerintahan Saddam, rakyat tidak pernah risau mengenai
keperluan hidup. Mereka juga tidak pernah terganggu perasaan serta tidak resah dalam
soal harga barang.

Hampir sama juga di era Suharto. Indonesia dizaman Suharto tidak terlalu resah dalam
soal makan minum biar pun beliau diangap keras. Kalau bukan kerana angkara anakanaknya,
Suharto memang amat disanjung oleh rakyat. Pemimpin kerajaan kena faham
bahawa rakyat umum bukan begitu menghiraukan soal dasar-dasar yang baik. Rakyat
bukan mempunyai sebarang prinsip yang konkrit.

Bagi mereka, sesebuah kerajaan itu akan dianggap baik sekiranya dapat mengisi perut
anak isteri mereka, seperti yang pernah dilakukan oleh Saddam dan Suharto. Kalau dasar
kerajaan elok sekali pun, sekiranya rakyat terpaksa mengikat perut, maka dianggapnya
kerajaan tidak baik.

Di pihak rakyat pula, tahap kesedaran dan pembinaan jiwa amat rendah atau hampir
tiada. Maka jiwa rakyat amat beku dan mati. Buktinya, rakyat mengeluh tentang harga
makanan mahal, diwaktu yang sama tanah terbiar amat banyak. Orang kampung turut
membeli serai, cili padi, pucuk paku, pisang, jagung, keledek, ubi kayu, keladi, pucuk
manis, jantung pisang, daun kesum, daun kari di pasaraya.

Mengapa ini terjadi? Sebab jiwa sudah mati. Jiwa berdikari sudah tiada. Yang ada ialah
jiwa kuli makan gaji. Inilah mind set yang terbentuk dari pendidikan yang ada hari ini.
Melahirkan masyarakat subsidi dan makan gaji macam ayam daging.

Dalam masyarakat yang terdidik dengan rasa bertuhan, dengan iman dan taqwa,
pengangguran adalah 0 peratus. Semua orang bekerja tanpa mengira apa jenis pekerjaan.
Ini kerana, orang bertaqwa bekerja kerana Tuhan dan pekerjaan itu menjadi satu ibadah,
sekaligus sebagai sumber hidup. Masing-masing mencari kemuliaan disisi Tuhan iaitu
taqwa, rezeki akan turut datang kerana berusaha dan bekerja dengan penuh gigih. Setiap
titisan peluh ,Tuhan kira sebagai amalan taqwa.

Inilah penyelesaian terbaik. Kalau tidak, nescaya isu kepenggunaan ini tiada noktah,
semenjak dulu hingga kini masih ditahap sama saja. Rakyat tetap dengan sikap yang
sama.

Di petik dari Ikhwan Today . Gambar atas inisiatif sendiri kecuali barangan
keluaran Ikhwan

0 comments: