Pulau Perhentian -3H2m

5/21/2013 08:21:00 am 0 Comments

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian adalah pada 17 Mei 2013 lalu. Semuanya terjadi tanpa dirancang. Pada mulanya acara tahunan "Mencandat Sotong" yang dirancang dengan begitu lama telah digantikan dengan Mesyuarat Lembaga Pengarah disebabkan oleh korum kehadiran ALP mencukupi.

Papan Tanda Aluan
HARI 1 (17 MEI 2013)
Kami bertolak jam 6.30am dan bersarapan di Restoran Tuu Dok Ko, Taman Samudera, Gombak. Kami melalui LPT dan seterusnya jalan Jerangau-Jabor-Kuala Berang. Solat Jumaat di Bandar Permaisuri dan makan tengahari di Medan Bas Jertih. Lawatan sekejap di Masjid Ulul Albab bagi membolehkan kaum wanita mengerjakan solat. Destinasi seterusnya jeti Kuala Besut. Bot sudah menunggu. Jam ditangan hampir 4 petang. Bot dipandu selaju yang boleh meredah gelombang ombak yang melambung. Checkin..bilik 326...twin sharing. Lampu bilik tak berfungsi sepenuhnya, tv langsung takde, aircond agak baik berbanding bilik sebelah Jam 8.15malam, dinner. Tiada banyak menu disediakan- main course kambing. Selepas makan BOD meeting diteruskan dan selesai jam 10.35pm. Tiada lagi xtvt lain.

HARI 2 ( 18 MEI 2013 )
Jam 6.45 bangkit dan solat. Bersiap untuk breakfast dan mandi laut. Selepas makan pagi, terus mandi laut dam snokerling - sewa peralatan = goggle rm10 dan safety jacket rm5. Jam 11 pagi selesai mandi Lunch time pukul 12.30. Menu utama = kambing. Rehat dibilik. Jam 4.45 ke pantai untuk mandi, tapi panas terik mentari menjadi penghalang. Jam 5.30 mulai turun ke pantai untuk mandi dan disambung ke kolam renang sebelum semuanya selesai jam 7 petang. Jam 8 malam, dinner dgn main menu - kambing. Rehat

HARI 3 ( 19 MEI 2013 )
Bangkit, solat dan breakfast. Tiada xtvt selain lepak di tepi pantai. Jam 11, kemas pakaian dan cofirm bot jam 2 petang. Jam 12 checkout..settle everything. Lunch start jam 12.30. Tepat jam 2 petang bot bergerak meninggalkan Pulau Perhentian. Tiba di Kota Damansara jam 2.30 pagi. PULAU PERHENTIAN...nantikan aku 14-16 Jun 2013 nanti

0 comments: