Feri Terbakar Di Jeti Pangkor

11/20/2014 10:53:00 pm 0 Comments



Feri Terbakar Di Jeti Pangkor

credit to ; bloglist-malaysia.blogspot


PANGKOR: Sebuah feri penumpang yang berlabuh di Jeti Pangkor di sini musnah selepas bahagian hadapannya terbakar pada Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahaya Madis berkata seorang anak kapal, yang berada di atas feri telah membuat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 petang.

"Anggota kami berjaya mengawal api daripada merebak dari jambatan dan dek penumpang hadapan ke seluruh kapal tersebut.

"Kami menganggarkan kira-kira 60 peratus daripada kapal telah rosak," katanya, sambil menambah tidak ada sesiapa berada di atas kapal ketika kejadian. - mStar online

0 comments: