Belum ada pelan pengganti Rafidah

8/04/2008 12:40:00 am 0 Comments

Belum ada pelan pengganti Rafidah
Muda Mohd Noor Aug 1, 08 5:42pm

Pelan peralihan kuasa dalam Wanita Umno belum dibincangkan olehpergerakan itu, kata ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz."Peralihan kuasa Wanita kena tunggu dulu, kita tidak bincang dalammesyuarat kali ini."Hari ini kita bincang perkembangan terkini yang berlaku termasukdalam bidang ekonomi," katanya selepas mempengerusikan mesyuaratpergerakan itu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini."Perkara utama yang kita bincangkan ialah mengenai persiapan jenteraWanita bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

"Jentera kita bergerak serta-merta dan esok pemimpin kita akan turunke Permatang Pauh," katanya.Semalam presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakjawatan sebagai ahli parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya danpenasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.Mengulas mengenai peluang BN dalam pilihanraya tersebut, Rafidahberkata, ia "sukar diramal.""Selain soal calon, ia juga berkait dengan pengundi. Permatang Pauhbukan sahaja ada pengundi Melayu tetapi juga pengundi bukan Melayu."Tetapi kita (Wanita) akan turun habis-habisan membantu calon BN. Kitaakan bekerja cara Wanita BN, bukan lagi sebagai Wanita Umno," katanya.

Rafidah juga mengulas keputusan PAS menolak kerjasama dengan Umno danBN bagi membentuk kerajaan campuran di peringkat negeri dan pusatseperti yang diumumkan.Katanya, niat baik Umno tidak diterima dengan baik oleh pemimpin PAS."Tidak perlulah sampai bubar parti, tidak payahlah ada syarat. Jikaada isu ummah, bolehlah berbincang," katanya.Semalam presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu tawaranUmno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat "tidak lagiberbangkit".

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisanpemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingansulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuanAbdul Hadi awal Julai.__._,_.___

0 comments: