Linda Onn Masih Mencari Pasangan Hidup Sesuai

2/12/2013 07:06:00 pm 0 Comments



Linda Onn Masih Mencari Pasangan Hidup Sesuai

Linda OnnSudah mencecah umur 35 tahun bukanlah menjadi penghalang bagi selebriti, Linda Onn untuk terus fokus dengan kerjayanya. Disamping memiliki 4 buah restoran iaitu 3 buah restoran "My Mom Chicken Rice",  dan juga sebuah restoran asam pedas, "Myasampedas Shop", Linda juga seorang yang aktif dengan aktiviti lasak.
Namun begitu, Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn sehingga kini masih lagi belum mendirikan rumah tangga dan selesa hidup solo disamping keluarga. Mungkin disebabkan inilah khabar angin telah bertiup mengatakan Linda bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
"Ada? Serius ke?" jawab Linda yang terkejut apabila diajukan soalan mengenai khabar angin yang bertiup.
Walau bagaimana pun, Linda mengambil isu ini secara positif dan menganggap khabar angin yang bertiup sebagai doa untuk dirinya.
"Saya rasa bagus juga bila khabar angin itu diteruskan, sebab bila orang selalu bercakap. Ia seperti doa. Bagi Linda, serius, tentulah benda ini peribadi. Tapi disebabkan ramai yang tanya, benda ni semua ketentuan Tuhan.
"Macam Imam Muda Asyraf selalu pesan kat Linda, Tuhan cakap cari, nabi cakap pilih, kita manusia berdoa dan merancang, selebihnya Tuhan yang tentukan.
"Jadi saya tak tau. Buat masa sekarang, saya mencari dan berdoa," tambah pengacara ini lagi.
Ketika diusik samada Linda ada mencari atau pun ada individu yang datang 'approach' dirinya, Linda hanya mengiyakan namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenainya.
Ditanya jenis lelaki bagaimanakah yang diinginkan, Linda menegaskan, "Saya rasa ini terlalu peribadi untuk saya kongsi sebab walau macam mana pun, apa jenis lelaki saya suka pun, awak tak boleh bawa dia pada saya. Jadi, itu antara Linda dan diri Linda dan doa Linda pada tuhan."
Dalam pada itu, Linda Onn baru saja merasmikan menu baru restoran "My Mom Chicken Rice" hasil kolaborasi bersama Datuk Fadzley Yaakob. Mereka berdua yang pernah digandingkan dalam filem "Gila Bola" sekali lagi berganding menghasilkan menu baru iaitu "Nasi Ayam Salai Lemak Cili Padi".
Menu ini adalah hasil gabungan masakan ibu Datuk Fadzley dan ibu Linda Onn yang kemudiannya diterjemahkan menjadi satu oleh kedua-dua selebriti ini. Bagi yang berminat untuk mencuba, menu ini hanya boleh didapati di restoran 'My  Mom Chicken Rice" Linda Onn di cawangannya yang terletak berdekatan Ampang Point.

0 comments: