Kes Hina Alquran

11/30/2014 04:17:00 pm 0 Comments

Wanita korea dipercayai telah membeli baju yg dipakainya di luar negara dan ketika shopping di Kuala Lumpur telah ditegur oleh seorang lelaki yang menyedari kes menghina Islam ini

0 comments:

Gst calculation

11/23/2014 05:06:00 am , 0 Comments

Kesan gst

0 comments:

Lombong arang batu, Sillantek Kuari di Sri Aman Kuching meletop

11/22/2014 12:23:00 am 0 Comments




0 comments:

Feri Terbakar Di Jeti Pangkor

11/20/2014 10:53:00 pm 0 Comments



Feri Terbakar Di Jeti Pangkor

credit to ; bloglist-malaysia.blogspot


PANGKOR: Sebuah feri penumpang yang berlabuh di Jeti Pangkor di sini musnah selepas bahagian hadapannya terbakar pada Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahaya Madis berkata seorang anak kapal, yang berada di atas feri telah membuat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 petang.

"Anggota kami berjaya mengawal api daripada merebak dari jambatan dan dek penumpang hadapan ke seluruh kapal tersebut.

"Kami menganggarkan kira-kira 60 peratus daripada kapal telah rosak," katanya, sambil menambah tidak ada sesiapa berada di atas kapal ketika kejadian. - mStar online

0 comments:

Roti gulung berinti

11/20/2014 10:26:00 pm 0 Comments






 Kali ini kita akan berkongsi resepi untuk minum petang. Resepi ini sesuai untuk orang bujang dan yang tengah berjimat di pertengahan bulan.

Resepi ini menggunakan bahan yang murah dan mudah untuk didapati. Siapa yang malas memasak atau pun teringin nak buat makanan untuk minum petang, resepi ini paling mudah.

Jom ikuti resepi Roti Gulung Berinti yang dipetik daripada Aynorablog.

Bahan-bahan:
3 keping roti putih
2 keping biskut tawar – dihancurkan
1 biji telur yang ditambah garam dan dipukul

Bahan untuk inti:
2 sudu besar daging ayam hancur
3 sudu besar sayur campur
1 ulas bawang kecil yang telah dicincang
2 biji cili merah yang ditumbuk halus
½ kiub ayam-ditumbuk bersama cili
Garam secukup rasa

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang kecil bersama cili hingga kekuningan di dalam kuali.
2. Masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit sehingga masak.
3. Masukkan sayur campur dan garam secukup rasa. Kemudian ketepikan.
4. Ambil roti dan digelek nipis dan dipotong dua.
5.Masukkan inti dan gulung. Gamkan hujung gulungan dengan menggunakan sedikit sapuan telur.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan salutkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng sehingga kekuningan.


0 comments:

Tengku Puteri Zainah Tak Takut Gossip

11/17/2014 07:35:00 pm 0 Comments


Pada April 1984, majalah Keluarga telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia). Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.


Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga. Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".


Tengku Puteri Zainah juga dikatakan bergiat dalam beberapa persatuanwanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil rakyat) dengan rakyat biasa. Beliau berpendapat, hubungan erat dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu".

Nota tambahan:
Gambar Tengku Puteri Zainah juga pernah dijadikan hiasan muka hadapan majalah Wanita pada tahun 1980-an (rujuk entri akan datang)







0 comments:

Dengarlah Bintang Hatiku

11/14/2014 06:09:00 pm 0 Comments

Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

0 comments:

MAKSUD - MAKSUD BUNYI HON

11/13/2014 04:35:00 pm 0 Comments

MAKSUD - MAKSUD BUNYI HON !
Pen Patah



MAKSUD-MAKSUD BUNYI HON KERETA

Pernah tak masa driving kadang2 kita dengar kereta yang berselisih atau belakang kita bunyikan hon.. percaya atau tidak.. setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu..

1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"
2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"
4X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu mesti cakap...
"TILAM! TILAM!..SIAPA MAU TILAM.. TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!.. TILAM!"...

heeee


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-maksud-maksud-bunyi-hon.html



0 comments:

Fakta Unik Mengenai Tangan Kidal

11/11/2014 06:45:00 pm 0 Comments


17 Fakta Unik Mengenai Tangan Kidal
Pen Patah



1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/menarik-17-fakta-unik-mengenai-tangan.html


0 comments:

Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung

11/11/2014 04:39:00 pm 0 Comments



Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung
Pen Patah

Pada bulan Mac tahun lalu , Craig Lewis, 55, dalam keadaan tenat kerana keadaan jantung yang menyebabkan pembentukan protein abnormal , dengan keadaan ini alat perentak jantung tidak boleh membantu menyelamatkan hidupnya.


Craig Lewis ( 55) , adalah orang pertama yang menggunakan pam ' aliran berterusan ' untuk menggantikan fungsi jantung. Tetapi dua orang doktor dari Texas Heart Institute mencadangkan penyelesaian baru yang revolusioner , yakni memasang peranti yang akan membolehkan darah beredar dalam tubuhnya tanpa denyutan jantung.

Dr Billy Cohn dan Dr Bud Frazier kemudian memasang peranti tersebut setelah mengeluarkan jantung Lewis . Dan dalam masa beberapa hari, pesakit sudah boleh bangun dan bercakap dengan doktor .

Kedua-dua doktor tersebut sebelumnya telah menguji alat ini pada hampir 50 anak lembu . Dimana mereka mengeluarkan hati binatang tersebut , dan pada hari berikutnya lembu – lembu itu berlaku normal seperti makan , tidur, dan bergerak. Namun kali ini, tanpa jantung yang mengepam darah ke tubuh mereka.


"Jika anda mendengar dada ( lembu ) dengan stetoskop, maka anda tidak akan mendengar degupan jantung, " kata Dr Cohn kepada NPR Jun 2011 lalu.

Di petik dari Dailymail: Amiloidosis ( keadaan dimana badan menghasilkan protein buruk) Lewis semakin parah, dan doktor takut dia akan segera meninggal jika tidak mendapatkan pertolongan yang tepat. Bahkan doktor mengatakan ia hanya mempunyai 12 jam untuk hidup.
Jadi, dengan izin isteri Lewis iaitu Linda, Dr Cohn dan Dr Frazier kemudian memasang alat ini pada Mac 2011.

Peranti tersebut bekerja dengan membekalkan aliran darah secara berterusan melalui tubuh, dengan menggunakan 'naik-turun'

"Saya mendengar bunyi dengungan yang menakjubkan . Dia tidak punya denyut jantung. " ujar isterinya yang kehairanan.


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-manusia-pertama-hidup-tanpa.html



0 comments:

BAHAYAKAH MENAHAN KENTUT

11/11/2014 04:38:00 pm 1 Comments



BAHAYAKAH MENAHAN KENTUT
Pen Patah

SILA BACA! BAHAYAKAH MENAHAN KENTUT? 
Selama ni, ramai yang beranggapan bahawa menahan kentut boleh mendatang kemudaratan pada diri. Sebenarnya, manahan kentut tidak merbahaya malah tindakkan ini ada la elok untuk kesihatan. Yang bahayanya adalah kita menahan diri dari kencing dan buang air besar.


Bahayakah menahan kentut? Hal ini ada diulaskan oleh Dr.Zubaidi. Jom kita baca ulasan kenapa menahan kentut tidak bahaya.


Ramai yang menyangkakan menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita berbau.

Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen Sulfida boleh mencegah kerosakkan mitokondria.

Mitokondria adalah struktur paling penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.

Oleh itu, para pengkaji sains mencadangkan sebagai satu strategi untuk merawat penyakit seperti stroke, lemah jantung, diabetes, arthritis, demensia, dan melambatkan process penuaan ialah dengan mencegah atau mempercepatkan kerosakkan yang dialami oleh mitokondria. Ini dapat dilakukan dengan menahan kentut supaya gas hidrogen sulfida ada sedikit dalam badan.

Menurut Professor Matt Whiteman dari University of Exeter, ketika sel mengalami stress kerana serangan kuman atau disebabkan oleh satu penyakit, tubuh akan membina satu enzim untuk menghasilkan hidrogen sulfida dengan jumlah yang banyak dari biasa. Ini akan merawat mitokondria yang sedang mengalami kerosakkan dan mempercepatkan kesembuhan mitokondria.

Sementara itu, Dr Mark Wood dari Jabatan Biosains di University Of Exeter mengatakan bahawa, meskipun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas berbau busuk boleh menyebabkan perut kembung, gas ini akan terjasil semulajadi dalam badan, dalam kuantiti yang kecil dapat menjadi ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Kesimpulannya, menahan kentut dan membiarkan sedikit gas hidrogen dalam perut tidak berbahaya malah memberikan manfaat.


Original Article: http://penpatah.blogspot.com/2014/10/serius-sila-baca-bahayakah-menahan.html



1 comments:

Ampun Tuanku AlSultan Muhamad 5

11/10/2014 06:30:00 pm 0 Comments

0 comments:

Rumah yang dikunjungi Malaikat Rahmat

11/09/2014 04:28:00 pm 0 Comments


Rumah yang dikunjungi Malaikat Rahmat
Blog Peribadirasulullah

Rumah dengan  Roh masjid vs Rumah tanpa Roh masjid:-

1- Rumah hidup dengan ibadah seperti solat fardhu berjemaah, bacaan Al-Quran, zikir dan doa VS Meriah dengan perkara yang melalaikan seperti bunyi muzik yang bingit, percakapan yang sia-sia dan tidak sopan..

2- Segala perkara dilakukan berjemaah seperti makan, mengemas rumah, menonton televisyen dan berbual-bual VS setiap penghuni sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mengambil tahu urusan ahli keluarga yang lain..

3- Rumah sentiasa bersih dan dihiasi dengan perhiasan yang sederhana. Apa yang paling penting perhiasan menepati kehendak syariat VS Rumah dihiasi patung, gambar yang tidak menutup aurat dan perhiasan yang diharamkan seperti pinggan mangkuk daripada emas dan lain-lain..

4- Anak-anak dan isteri akan lebih taat pada ketua keluarga, menghormati keputusan yang dibuat dan lebih menghargai apa yang ada VS anak-anak bersifat kurang sopan, isteri tidak memberi penghormatan yang selayaknya kepada suami dan kesefahaman susah dicapai ketika membuat keputusan.

5- Wujud budaya amar makruf nahi mungkar sesama keluarga, anak-anak yang lewat mengerjakan solat akan ditegur sebaiknya VS ibu-bapa memberi kebebasan mutlak kepada anak-anak untuk membuat keputusan tanpa mengira dosa dan pahala..

6- Batas-batas pergaulan dan aurat sentiasa dijaga di rumah dan di luar rumah. Contohnya pergaulan sesama adik-beradik, mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan serta aurat bersama bukan mahram seperti sepupu dan ipar-duai VS pergaulan yang bebas dan aurat tidak dijaga. Adat dan etika sosial diutamakan melebihi agama dan syariat contohnya anak disuruh bersalam dengan ipar dan sepupu yang jelas bukan mahram baginya.

7- Media dan hiburan Islam menjadi pilihan seperti menonton rancangan TV  yang berunsur pendidikan, mendengar nasyid dan qasidah, membaca majalah-majalah Islam dan memantau CD-CD yang ditonton oleh seisi keluarga VS hanya hiburan semata-mata dengan menjadikan nafsu dan akal sebagai rujukan. Bahan-bahan untuk tatapan keluarga pula tidak dikawal sepenuhnya..

http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/2012/07/jika-tiada-roh-masjid-di-rumah.html



Original Article: http://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/10/30/rumah-yang-dikunjungi-malaikat-rahmat


0 comments:

Perayaan Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi

11/09/2014 04:27:00 pm 0 Comments



Perayaan Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi
Detik Islam

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk. 

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri. 

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I)

Mordecai dan Permaisuri Esther
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin. 

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.









































Original Article: http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/UHQdyX/~3/yFOFAV0RGoc/perayaan-mabuk-yang-digalakkan-penganut.html


0 comments: