Masalah Air-Cond Kereta

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan
peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk.
Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa
kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas
aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau
anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan
disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan
radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas
itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai
daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang
RM100-RM150) . Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju,
kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon
masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip
yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air
mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok.
Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal
kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar
injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya
cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk.
Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport
sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan
sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan
dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan
suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk.
Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon
tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk
ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling
coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi
hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya
sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya
ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga
tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling
kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon
anda perlu di tukar.

4. Air menitik.
Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk.
ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem
saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama
tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat
dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar
Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi.
kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak.
Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran
dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap
setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway,
jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan
injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan
terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat
sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Post under Sejarah di Selasa, Ogos 31, 2010 Dicatat oleh Naim Qlate
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut[1].

Isi kandungan
1 Pengisytiharan
1.1 Malam Merdeka
1.2 Upacara Pengisytiharan
2 Tetamu kehormat
3 Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
3.1 Versi Rumi
3.2 Versi Jawi
4 Rujukan
5 Lihat juga
6 Pautan luar


Pengisytiharan
Malam Merdeka

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Tetamu kehormat
Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya yang pertama, hotel-hotel baru didirikan di serata Kuala Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.

Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:

Raja dan Permaisuri Siam
Putera dan Puteri Mahkota Jepun
Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan
Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India
Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan
Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam
Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri Lanka)
U Nu, Perdana Menteri Burma
Sim Var, Perdana Menteri Kemboja
Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong
John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (mewakili Presiden Amerika Syarikat)
Duta Australia, Kanada dan New Zealand
Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura
Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William of Gloucester
Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu).
Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) Kemerdekaan
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

Versi Rumi
Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Versi Jawi
ڤماشهورن كمرديكأن
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.

بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.

دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.

دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.

دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.

دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.

دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.

مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وا تاءالا اكن ككال منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠسا.

Tema Hari Kebangsaan Malaysia


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tema
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.

Tahun Tema
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi

Credit to : Naim Qlate 

Informative FACTS...

Informative FACTS....

Alaska
More than half of the coastline of the entire United States is in Alaska

Amazon
The Amazon rainforest produces more than 20% the world's oxygen supply. The
Amazon River pushes so much water into the Atlantic Ocean that, more than one
hundred miles at sea off the mouth of the river, one can dip fresh water out of the
ocean. The volume of water in the Amazon river is greater than the next eight largest
rivers in the world combined and three times the flow of all rivers in the United States

Antarctica
Antarctica is the only land on our planet that is not owned by any country. Ninety
percent of the world's ice covers Antarctica . This ice also represents seventy % of all
the fresh water in the world. As strange as it sounds, however, Antarctica is
essentially a desert. The average yearly total precipitation is about two inches.
Although covered with ice (all but 0.4% of it, i.e.), Antarctica is the driest place on
the planet, with an absolute humidity lower than the Gobi desert.

Brazil
Brazil got its name from the nut, not the other way around.

Canada
Canada has more lakes than the rest of the world combined. Canada is an Indian word
meaning ' Big Village .'

Chicago
Next to Warsaw , Chicago has the largest Polish population in the world.

Detroit
Woodward Avenue in Detroit, Michigan carries the designation M-1, so named
because it was the first paved road any where.

Damascus , Syria
Damascus, Syria, was flourishing a couple of thousand years before Rome was
founded in 753 BC, making it the oldest continuously inhabited city in existence.

Istanbul , Turkey
Istanbul (AKA Constantinople) , Turkey, is the only city in the world located on two
continents.

Los Angeles
Los Angeles' full name is El Pueblo de Nuestra Senora la Reina de los Angeles de

Porciuncula -- and can be abbreviated to 3.63% of its size: L.A.

New York City
The term 'The Big Apple' was coined by touring jazz musicians of the 1930's who
used the slang expression 'apple' for any town or city. Therefore, to play New York

City is to play the big time - The Big Apple.
There are more Irish in New York City than in Dublin, Ireland; more Italians in New
York City than in Rome, Italy; and more Jews in New York City than in Tel Aviv,
Israel.

Ohio
There are no natural lakes in the state of Ohio , every one is man made.

Pitcairn Island
The smallest island with country status is Pitcairn in Polynesia, at just 1.75 sq. miles.

Rome
The first city to reach a population of 1 million people was Rome, Italy in 133 B.C.
There is a city called Rome on every continent.

Siberia
Siberia contains more than 25% of the world's forests.

S.M.O.M.
The actual smallest sovereign entity in the world is the Sovereign Military Order of
Malta (S.MO.M.). It is located in the city of Rome, Italy, has an area of two tennis
courts, and as of 2001 has a population of 80, 20 less people than the Vatican. It is a
sovereign entity under international law, just as the Vatican is.

Sahara Desert
In the Sahara Desert , there is a town named Tidikelt, which did not receive a drop of
rain for ten years. Technically though, the driest place on Earth is in the valleys of the
Antarctic near Ross Island . There has been no rainfall there for two million years.

Spain
SPAIN literally means 'the land of rabbits.'

St. Paul, Minnesota
St. Paul, Minnesota , was originally called Pig's Eye after a man named Pierre 'Pig's
Eye' Parrant who set up the first business there.

Roads
Chances that a road is unpaved in the U.S.A: 1%, in Canada : 75%.

Texas
The deepest hole ever made in the world is in Texas . It is as deep as 20 empire state
buildings but only 3 inches wide.

United States
The Interstate System requires that one-mile in every five must be straight. These
straight sections are usable as airstrips in times of war or other emergencies.

Waterfalls
The water of Angel Falls (the World's highest waterfall) in Venezuela drops 3,212
feet. It is 15 times higher than Niagara Falls

Konsert Arvil

Fatwa ini penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat Malaysia, khususnya
belia Islam yang kini semakin diperhambakan oleh dunia hiburan.
Tindakan kerajaan meluluskan Konsert ini dilihat umpama menuangkan minyak diatas
api yang marak. Gejala sosial dan kerosakan akhlak semakin meningkat. Pemakaian
remaja Islam juga semakin singkat dan menyerupai artis kesukaan mereka. Identiti Islam
dan Melayu semakin luput dari tubuh anak-anak ini.
Mufti Wilayah boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar diinternet sebagai
rujukan dalam mengeluarkan fatwa.
Pemudawilayah juga meminta agar Mufti Wilayah memainkan peranan yang penting dan
tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap
isu hangat seperti kes Sumpah Saiful Bukhari Azlan.
Konsert Avril akan ditonton oleh ramai remaja Islam. Jika dibandingkan kesannya
dengan kes Saiful, konsert ini lebih besar impaknya kerana ia melibatkan ramai orang.
Oleh itu pemudawilayah mendesak agar Mufti Wilayah memainkan peranannya dan
mempergunakan Ilmunya yang dikatakan lebih tinggi dari ilmu Imam Masjid Wilayah
Persekutuan, Ramlang Porigi.
Pemudawilayah mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah untuk
menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosialisasi sedemikian dan
beliau akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah jika gagal mempergunakan
ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. Sesungguhnya neraka Allah itu luas, dan
orang-orang berilmu tinggi, yang tidak mempergunakan ilmu adalah sebahagian dari
isinya.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ini kisah suka duka Wan Azizah

Ini kisah suka duka Wan Azizah
01 Sep 2008 1:28PM
Oleh Suara Keadilan
Khamis, 14 Ogos 2008
KEBERANIAN Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan 31 Julai lalu
sebagai wakil rakyat Permatang Pauh demi perjuangan parti membuktikan
beliau bukan calang-calang orang.
Disebalik sikap peramah dan lemah lembutnya, terselindung jati diri
yang lebih jitu, utuh dan padu iaitu ketabahan dan kecekalan beliau.
Kekuatan dalaman inilah yang membolehkan beliau mengharungi sepak
terajang dunia politik, suatu dunia yang tidak pernah beliau impikan
malah apa lagi menceburinya.
Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Takdir juga meletakkan beliau di
persada politik tanahair sebagai Presiden KeADILan sejak parti
tersebut ditubuhkan sedekad lalu.
Beliau memberi laluan kepada suami tercinta, Anwar Ibrahim agar obor
perjuangan yang dibawanya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen
Permatang Pauh terus dijulang Anwar ke tahap perjuangan yang lebih
mencabar dan getir.
Kesanggupan ini menjadikan beliau seorang yang unik dan disanjung
rakyat di atas pengorbanan beliau itu.
Dalam temuramah selama sejam di ibu pejabat KeADILan, Dr Wan Azizah,
menyingkap pengalaman pahit beliau ketika suami tercinta ditangkap dan
dipukul polis semasa di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
pada 1998.
Doktor kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga mengimbas kembali
saat-saat manis Anwar dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh pada
2004. Ikuti liku-liku hidup beliau mengharungi tanggungjawab sebagai
seorang ibu, isteri, nenek dan pejuang politik yang beliau berkongsi
bersama Suara Keadilan.
Wartawan Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan Zul Salehin Zulkupli
bersama-sama juru gambar Yuisriah Yusof dan juru kamera Ebrahim Harris
menemubual Dato' Seri Dr Wan Azizah di Ibu Pejabat KeADILan di
Petaling Jaya1 Ogos lalu.
PEMBABITAN POLITIK
Apa yang mendorong Dato' Seri mengambil tanggungjawab menerajui sebuah
parti politik yang baru pada 1998 walaupun Dato' Seri bukan ahli
politik ketika itu?
Saya berkeyakinan bahawa saya harus bangun menegakkan keadilan dan
memberi semangat kepada suami dan juga anak-anak saya.
Pada masa itu anak-anak saya masih kecil lagi dan saya juga mempunyai
latarbelakang yang mungkin berbeza dengan ramai rakyat Malaysia, namun
dalam hati kecil saya saya tetap mahu bahawa saya mesti buat sesuatu.
Itu adalah azam hidup saya untuk menegakkan yang hak dan cuba
melenyapkan ketidakadilan.
Sebelum Dato' Seri menerajui KeADILan, Dato' Seri adalah seorang
isteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Mungkin sedikit sebanyak Dato'
Seri didedahkan kepada dunia politik melalui Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Dato' Seri meminati bidang politik sehingga akhirnya meyakinkan
Dato' Seri untuk memimpin sebuah parti politik?
Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur
politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, "a small town
girl" dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan
seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan
pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang
biasa dialami oleh ramai orang.
Selepas itu saya bertemu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan berkahwin. Saya
mengahwini seorang guru di mana pada ketika itu Dato' Seri Anwar
bekerja di Yayasan Anda Akademi, sebuah institusi untuk anak-anak yang
tercicir. Dato' Seri Anwar mempunyai satu ciri dan azam untuk
mengangkat martabat pendidikan anak-anak Melayu.
Dengan kemudahan yang serba kekurangan, kesempitan hidup, anak-anak
ini mungkin tidak mencapai tahap akademik yang diinginkan. Jadi untuk
membuka peluang bagi mereka, yayasan ini banyak membantu mereka yang
tercicir dalam bidang akademik.
Saya mengahwini Dato' Seri Anwar pada tahun 1980 dan pada ketika itu
pendapatan saya lebih sedikit daripada beliau.
Dato' Seri Anwar mendapat RM800 sebulan dan saya ketika itu berkhidmat
sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan. Ketika saya
menjalani "housemanship" di Hospital Besar Kuala Lumpur saya bertemu
Dato' Seri Anwar.
Adakah pengalaman yang diperolehi oleh Dato' Seri sebagai isteri
seorang ahli politik memberi kekuatan dan keyakinan kepada Dato' Seri
untuk memimpin KeADILan?
Apabila beliau masuk gelanggang politik pada tahun 1982 dan beliau
memasuki Umno, ia sungguh mengejutkan saya kerana beliau pada ketika
itu juga mempunyai hubungan baik dengan Pas yang dipimpin oleh
Allahyarham Dato' Asri ketika itu. Tetapi dia telah membuat keputusan
dan saya sebagai isteri berharap saya menjadi isteri yang baik serta
memberi segala sokongan kepada suami yang baru memasuki arena politik.
Setelah itu beliau bertanding di Permatang Pauh pada 1982 dan
memenangi kerusi tersebut. Kemudian Dato' Seri Anwar dilantik sebagai
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya dilantik
menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri
Pendidikan, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri.
Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok
politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri
Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak
pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.
Selepas peristiwa penangkapan Dato' Seri Anwar pengalaman saya berubah
dan saya memang merasa tertekan tetapi seperti yang saya katakan saya
berpegang kepada prinsip keadilan.
Pangkat dan kedudukan hanya membantu dalam apa yang kita hendak buat
tetapi apa yang kita percaya itulah yang menjadi dorongan utama.
Saya kira ini adalah pengalaman pahit dalam hidup dan saya akan cuba
harungi sedaya upaya. Sebagai seorang Islam saya mahukan keredhaan
Allah s.w.t dan itulah yang memberi saya kekuatan.
Jika pegangan kita kuat kita mampu menghadapi apa jua kesusahan.
PENUBUHAN KeADILan
Boleh Dato' Seri ceritakan sedikit peringkat awal penubuhan KeADILan
sehingga Dato' Seri dipilih menerajui parti?
Bila saya fikirkan kembali, seolah-olah ulang tayang, saya kira ia
sesuatu yang mustahil terjadi tetapi hakikatnya ia berlaku.
Semua yang terjadi tidaklah dirancang begitu teliti sebab apabila
Dato' Seri Anwar dipecat beliau telah mengadakan "roadshow" menjelajah
seluruh Malaysia dan pada masa itu memang ada ura-ura beliau akan
ditangkap. Jadi pada salah satu ceramah beliau apabila Dato' Seri
Anwar ditanya siapa yang akan menggantikan beliau jika beliau
ditangkap terus Dato' Seri Anwar mengumumkan bahawa saya akan
menerajui parti jika apa-apa terjadi kepada beliau.
Apa perasaan Dato' Seri setelah diisytiharkan oleh Dato' Seri Anwar
sebagai pengganti beliau?
Saya agak terkejut dengan keputusan beliau itu kerana kami tidak
pernah berbincang terlebih dahulu mengenainya. Namun setelah diberi
tanggungjawab saya akur dan pada ketika itu saya tidak merasakan
begitu teruk sebab Dato' Seri Anwar belum ditangkap dan masih di sisi
saya.
Apabila akhirnya Dato' Seri Anwar ditangkap dan saya diumumkan sebagai
pengganti beliau maka saya menerima mandat dan kepercayaan tersebut
dengan penuh rasa tanggungjawab.
Saya mengucapkan alhamdullilah ketika itu dan berdoa kepada Allah,
"Ya Allah berilah kekuatan kepada saya". Itulah sedikit sebanyak apa
yang berlaku pada awal sejarah penubuhan KeADILan.
Selepas itu saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin
parti yang lain mengenai struktur organisasi samada ianya satu parti
Melayu atau parti pelbagai etnik, muka-muka baru dalam parti, siapa
yang akan dilantik dalam jawatankuasa dan sebagainya.
ANWAR DI TANGKAP
Apabila Dato' Seri Anwar ditangkap pada September 1998, apa pesanan
terakhir beliau kepada Dato' Seri?
Beliau tidak sempat berpesan apa-apa kerana apabila beliau ditangkap
mereka serbu masuk rumah dan masa itu memang kelam kabut.
Anak saya Ihsan dan Nuha baru balik dari tuisyen ketika itu. Ihsan
diacukan dengan "machine gun" di tengkuknya kerana Ihsan ketika itu
berlari ke arah ayahnya yang telah dikepung manakala Nuha pula lebam
di belakang badannya kerana dihentak dengan buntut senapang. Anak
kelima saya pula menjerit kesakitan kerana dipijak kakinya.
Bagaimana perasaan Dato' Seri ketika Dato' Seri Anwar ditangkap
kerana beberapa hari sebelum itu beliau adalah sebahagian daripada
pemimpin tinggi kerajaan dan apabila dipecat beliau dilayan sebegitu
rupa termasuk keluarga dan anak-anak beliau?
Ketika itu saya tidak mahu fikir mengenai orang lain. Saya hanya
memikirkan untuk menjaga dan melindungi keluarga saya dan itulah
sahaja yang bermain di fikiran saya ketika itu.
Walaupun ramai penyokong datang saya berasa amat lemah dan tertekan.
Anak-anak saya menceritakan apa yang berlaku kepada mereka hanya
selepas dua tahun.
Saya fikir saya mesti melindungi Dato' Seri Anwar. Selepas beliau
ditangkap kami sekeluarga dimasukkan di dalam sebuah van dan Hana
masa itu masih didukung.
Di tengah-tengah perjalanan itu van tersebut berhenti dan kami
dipisahkan. Dato' Seri Anwar dibawa keluar seorang dalam keadaan
digari dan ditutup mata. Saya tidak tahu dimana lokasi kami dipisahkan
kerana saya berada di van berasingan dan sehingga hari ini saya masih
tidak tahu lokasi tersebut.
Apa yang saya ingat ia adalah satu tempat yang sunyi dan saya tidak
dapat mengecamnya. Dato' Seri Anwar sempat mengucapkan "see you later
Zah" ketika kami dipisahkan dan itulah kata-kata terakhir beliau.
Apabila saya sampai ke Bukit Aman saya tidak dibenarkan masuk. Dalam
situasi kelam kabut dan tegang itu tidak sedar yang saya tidak memakai
kasut dan berkaki ayam. Saya berkata kepada pihak polis bahawa saya
tidak akan balik selagi saya tidak tahu di mana Dato' Seri Anwar dibawa.
Anak-anak saya pada ketika berada dalam van. saya berkeras tidak mahu
pulang sehingga polis memanggil Dato' Jamil Johari. Beliau datang
dalam keadaan memakai kemeja T sahaja dan saya terus berkata
kepadanya, "Sebagai seorang Islam, I want your word as a Muslim. You
Islam, I Islam, jangan apa-apakan Anwar. If my husband is guilty or
not guilty you deal with it professionally" .
Masa itu saya tidak sedar bahawa Dato' Seri Anwar sedang dibelasah di
Bukit Aman.
Apa respon Dato' Jamil Johari?
Beliau berkata "yes, kita akan buat secara profesional" . Kemungkinan
beliau juga tidak tahu yang Dato' Seri Anwar dipukul pada ketika itu.
Selepas ditangkap bila Dato' Seri dapat berjumpa untuk pertama kalinya
dengan Dato' Seri Anwar?
Saya tidak dibenarkan menemui beliau ketika ditahan pada 20 September
sehinggalah 29 September. Saya hanya dapat peluang bertemu beliau di
mahkamah. Ini kerana ketika ditangkap dirumah beliau ditahan dibawah
akta 377 B iaitu "sodomy" dan pada keesokan harinya dipinda pula
kepada ISA.
Jadi kita tidak dapat berjumpa sehingga 29 September dan ketika Dato'
Seri Anwar dibawa ke mahkamah matanya lebam. Memang masa saya berjumpa
beliau perasaan saya bercampur antara susah hati dan rasa lega kerana
beliau masih hidup.
Susah hati kerana saya menerima satu panggilan pada 21 September,
sehari selepas Dato' Seri Anwar ditangkap yang mengatakan beliau telah
meninggal dunia! Saat itu saya merasakan seperti orang tidak siuman,
tapi saya berkata kepada diri saya tidak akan percaya sehingga saya
dapat melihat mayat beliau dengan mata kepala saya sendiri. Sebab
itulah apabila saya berjumpa dengan beliau pada 29 September itu saya
berasa amat lega dan bersyukur sekali yang beliau masih hidup.
Saya juga berasa lega apabila hakim membenarkan doktor memeriksa
Dato' Seri Anwar. Pada masa itu, kita dibenarkan melawat beliau tetapi
diawasi ketat oleh polis dan Dato' Seri juga nampak amat keberatan
untuk bercakap cakap kerana mungkin ada Special Branch yang pandai
membaca pergerakan bibir.
Apabila Dato' Seri bertemu Dato' Seri Anwar buat pertama kalinya di
mahkamah, apakah pesanan beliau?
Dato' Seri Anwar berkata kepada saya, "sabar, take it easy". Kita
tidak menjangka ianya akan jadi sebegini rupa dan amat zalim. Mungkin
sebelum beliau dibelasah saya masih ada lagi sikit kepercayaan
terhadap polis tetapi apabila saya melihat mata lebam beliau saya
kurang kepercayaan kepada sesiapapun. Dato' Seri Anwar juga turut
tidak percaya kepada sesiapa kerana dua hari sebelum ditangkap beliau
adalah Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya dipukul. Sebagai
seorang doktor, kita boleh kawal emosi dan bersabar. Jarang saya
tunjukkan emosi saya walaupun selepas Dato' Ser Anwar ditangkap, cuma
sekali sahaja saya menangis ketika di Baling.
SOKONGAN KELUARGA DAN KAWAN
Bagaimana pula dengan sokongan daripada kawan dan sahabat handai Dato'
Seri?
Saya mendapat sokongan dari kawan-kawan tetapi bagi isteri-isteri
menteri dan Perdana Menteri saya faham dilema mereka. Selepas Dato'
Seri Anwar disingkirkan daripada jawatan beliau saya pergi ke rumah
Perdana Menteri dan berjumpa dengan Tun Dr Siti Hasmah.
Dia memang baik dan bertanya kenapa saya tak datang lebih awal. Pada
beliau tindakan suaminya betul dan saya rasa tak mungkin saya akan
dapat apa-apa sokongan dari beliau.
Ada isteri-isteri menteri yang datang jumpa saya tapi tidak ramai, dan
saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi datang walaupun
berlainan pandangan politik. Walau bagaimanapun yang membuat saya
berasa amat berbesar hati adalah mereka yang saya tidak kenal langsung.
Mereka inilah yang datang dan memberi saya semangat serta dorongan dan
berjanji mahu bersama-sama menegakkan keadilan. Hati saya amat
terharu apabila seorang makcik tua yang dah bongkok datang berjumpa
saya di Cherok To' Kun dan memberi satu ringgit kepada saya. Saya
betul-betul amat terharu dan peristiwa itu memberi kekuatan lagi
kepada diri saya untuk terus berjuang dan juga menambahkan keyakinan saya.
Semua yang kita lakukan selama ini bukan semata-mata bukan kerana
Dato' Seri Anwar atau keluarga. Memang beliau dizalimi tetapi yang
lebih utama ialah kita lakukan demi negara kita dan rakyat.
Bersama-sama rakyat menegakkan yang hak membuatkan saya yakin dan kuat
semangat.
Bagaimana kesan ke atas anak-anak dan keluarga Dato' Seri melihat apa
yang terjadi kepada Dato' Seri Anwar?
Alhamdulillah anak-anak saya terutamanya Nurul Izzah faham apa yang
berlaku. Mereka melihat ini sebagai satu perjuangan. Mereka menerima
sindiran dari kawan-kawan tetapi ini memperkukuhkan ikatan kami
sekeluarga.
Dato' Seri Anwar adalah seorang ayah yang penyayang dan selalu
bergaul rapat dengan anak-anak dan sekarang bersama cucu. Jadi itu
mengeratkan lagi ikatan kami sebagai satu keluarga. Saya bersyukur
kita mampu menghadapi semua ini dengan sabar dan tabah.
Bila anak-anak saya melihat ibu mereka mampu bertahan dan sabar
menghadapi semua cabaran itu juga yang memberi mereka kekuatan. Mereka
melihat saya tidak tunduk, saya masih teguh dan saya mengatakan kepada
mereka bahawa ini adalah fitnah terhadap ayah mereka dan kita harus
bersama-sama menegakkan keadilan.
Walaupun ada bisikan-bisikan yang ragu-ragu dengan fitnah ini, kami
sekeluarga tetap berpegang teguh dengan pendirian kami bahawa ini
adalah fitnah semata-mata.
MELAWAT ANWAR DI PENJARA
Selama enam tahun Dato' Seri Anwar dipenjarakan berapa kali Dato' Seri
sekeluarga melawat beliau?
Ianya bergantung. Ketika dalam tahanan reman kami boleh melawat dua
minggu sekali tetapi pada peringkat awal reman, kami tidak dibenarkan
melawat beliau. Saya hanya dapat bercakap dengan beliau menggunakan
interkom disebalik dua lapisan kaca dan wajah Dato' Seri Anwar tidak
jelas kelihatan kerana kaca tersebut agak kotor.
Apabila Dato' Seri Anwar mula menggunakan kerusi roda, bapa mertua
saya menulis surat kepada Perdana Menteri untuk merayu dan membenarkan
kami melawat beliau seminggu sekali.
Agak payah juga waktu hendak melawat Dato' Seri Anwar sebab kami perlu
serah kad pengenalan, mengisi borang dan terpaksa menunggu lama dan
pelbagai lagi halangan tetapi apabila dapat berjumpa beliau kami
sekeluarga dapat menghilangkan kerinduan kami. Ketika berjumpa Dato'
Seri Anwar beliau sentiasa berlagak normal dan tidak memberitahu
kesusahan yang dihadapinya. Jika saya fikirkan masa beliau ditahanlah,
saya dapat bersama-sama beliau meluangkan masa kualiti dengan
anak-anak. ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri perjum-paan
sebegini memang jarang berlaku kerana beliau terlalu sibuk dengan
tugas-tugas rasmi kerajaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik
penangkapannya.
Sepanjang enam tahun tersebut, walaupun hanya dapat berjumpa 40 minit
dengan beliau namun ianya cukup berharga bagi kami. Ketika itu
anak-anak mengambil peluang untuk berbual dengan ayah mereka dan ini
merupakan kenangan manis bagi kami sekeluarga. Bagaimanapun kami tidak
dibenarkan membawa makanan.
Berapa kali pula Dato' Seri sekeluar-ga berpeluang menyambut harijadi
bersama Dato' Seri Anwar semasa beliau dalam tahanan?
Ia jarang kerana memandangkan beliau di penjara tetapi kami berpeluang
hanya sekali di mahkamah apabila kami membawa kek harijadi untuk
beliau. Walau bagaimanapun, alhamdullilah, yang paling penting kami
sekeluarga masih teguh bersama.
TANGGUNGJAWAB POLITIK DAN ANAK-ANAK
Adakah anak-anak Dato' Seri mempunyai kesedaran politik melalui apa
yang terjadi kepada ayah mereka?
Izzah yang paling memahami senario yang berlaku dan adik-adiknya yang
lain hanya ambil tahu sahaja.
Daripada masa Dato' Seri menerajui parti sehinggalah meletak jawatan
sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adakah Dato' Seri mengadakan
perbincangan dengan Dato' Seri Anwar mengenai hal dan masalah
bersangkutan parti, polisi, dasar, perancangan dan sebagainya?
Kami sentiasa sibuk dengan kerja-kerja parti tetapi kami sering
berbincang secara tidak formal. Bukan kami berdua sahaja berbincang,
Dato' Seri Anwar lebih gemarkan konsensus daripada semua pemimpin
parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Kita tidaklah mempunyai
kepakaran dan sesi `briefing' seperti yang diberi oleh Perdana Menteri
tetapi kita ambil pendapat semua orang.
Apakah cabaran-cabaran yang Dato' Seri hadapi sepanjang sepuluh tahun
menerajui KeADILan?
Sememang dalam parti ada pasang surutnya. Pada 1999 kita melihat
ramai pemimpin KeADILan keluar dan masuk parti. Ini lumrah. Pada
pilihan raya 1999 kami memenangi 5 kerusi dan 2004 hanya satu kerusi
sahaja.
Jika kita membuat kajian senario politik negara, keadaan politik yang
kita alami bagaikan `pendulum' dimana setiap kali pilihan raya, rakyat
akan beri sokongan kepada kerajaan dan pada pilihan raya yang lain
rakyat berpihak kepada pembangkang.
Tahun 2008 adalah tahun bagi pembangkang dan 2004 adalah untuk
kerajaan di mana pada ketika itu kita mempunyai Perdana Menteri yang
baru dengan konsep Islam Hadhari-nya dan tamatnya era Tun Dr Mahathir.
Jadi rakyat mendapat harapan baru dan mengundi Perdana Menteri yang
baru. Pada ketika itu hanya saya seorang memenangi kerusi yang
ditandingi KeADILan dan itu pun hampir kalah.
SAAT MANIS DAN PAHIT
Boleh Dato' Seri berkongsi saat yang paling pahit dalam tempoh sepuluh
tahun ini?
Saat yang paling pahit ialah ketika saya diberitahu Dato' Seri Anwar
meninggal dunia dalam tahanan polis. Saya tidak berapa ingat apa lagi
yang diberitahu dalam panggilan telefon tersebut tetapi saya cuma
beritahu saya tidak percaya dengan cerita itu.
Saya jarang bercakap kasar dengan orang tetapi ketika itu saya
tinggikan suara saya kerana terlalu marah dengan berita yang
mengatakan Dato' Seri Anwar telah meninggal.
Saya katakan kepada diri saya sendiri masa kan Allah tidak memberikan
hambanya peluang kerana saya adalah mangsa dalam masalah ini dan tidak
langsung terlibat dengan politik.
Daripada 20 September sehingga 29 September merupakan hari-hari yang
paling gusar bagi saya kerana saya tidak mengetahui langsung apa yang
terjadi kepada Dato' Seri Anwar.
Saya dapat berkomunikasi dengan Musa Hasan yang mengendalikan siasatan
itu dan bertanya kepada beliau keadaan Dato' Seri Anwar dan beliau
memberi jaminan bahawa Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan dan
kesihatan yang baik.
Selama sembilan hari tidak ada berita mengenai Dato' Seri Anwar,
apakah yang bermain-main di fikiran Dato' Seri pada ketika itu?
Saya hanya fikirkan tentang anak-anak dan keluarga dan bagaimana
hendak menangani masalah ini. Apa yang mampu saya buat, dengan tidak
ada pekerjaan ketika itu dan di mana pula hendak dapatkan sumber
kewangan untuk menjalani kehidupan seharian?
Rumah kami di Bukit Damansara juga belum habis dibayar pinjaman
perumahan kerajaannya tetapi alhamdullilah, selepas itu ramai yang
membantu kami sekeluarga dengan sumbangan dari mereka. Sedikit
sebanyak dapatlah kami menampung perbelanjaan umpamanya tuisyen
anak-anak. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki yang
dilimpahkannya. Izzah ketika di Uniten, ramai juga yang membantunya.
Apa pula saat yang paling manis buat Dato' Seri?
Saat paling manis sudah pasti ketika Dato' Seri Anwar dibebaskan dari
penjara kerana saya tidak menyangka beliau akan dibebaskan. Sebelum
beliau dibebaskan, Dato' Seri Anwar ada menyebut kemungkinan beliau
akan dibebaskan cuma beliau berpesan kepada saya supaya tidak
meletakkan harapan yang tinggi dan jangan bersedia untuk hari tersebut.
Pada hari beliau dibebaskan kami terkejut apatah lagi dengan keadaan
rumah yang masih tidak terurus kerana kami berpindah dari kediaman
rasmi setelah dua hari Dato' Seri Anwar dipecat. Kami hanya membuka
separuh sahaja kotak-kotak di rumah Bukit Damansara itu dan selebihnya
dibiarkan dalam kotak.
Ketika mendapat berita tersebut keadaan kami sekeluarga ketika itu
agak kelam kabut sedikit. Dato' Seri Anwar ketika pulang dari penjara
membawa bersama barang-barang peribadinya dan baju beliau semuanya
masih berada dalam kotak-kotak yang belum dibuka. Pada keesokan
paginya, ketika kami sedang bersarapan, Dato' Seri Anwar hanya berkain
pelikat dan menyarung kemeja T dan apabila saya membuka pintu rumah
kami terkejut melihat jurugambar-jurugamb ar dari akhbar Cina yang
telah sedia menunggu di hadapan rumah.
Mereka berebut-rebut untuk mengambil gambar Dato' Seri Anwar dan saya
agak terkejut dengan apa yang berlaku. "Okaylah, it was nice, he's
around, the kids checked up on him and they still can't believe that
papa is home and everyone in the family is very happy at that time".
Pada keesokan harinya kami mengambil pasport beliau untuk membawanya
ke Munich bagi pembedahan sakit belakangnya.
ANWAR DIBEBASKAN
Apa perancangan awal Dato' Seri setelah Dato' Seri Anwar dibebaskan?
Saya memikirkan tentang masalah kesihatan Dato' Seri Anwar kerana
beliau sudah menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berjalan dengan
betul. Keadaan fizikalnya juga kurus disebabkan beliau jarang makan
ketika dalam tahanan dan sering berpuasa.
Sudah berapa lama Dato' Seri sekeluarga tidak pergi bercuti?
Ketika kami ke Munich untuk pembedahan Dato' Seri Anwar itulah
dianggap percutian bagi kami sekeluarga, "we took it as part vacation"
dan kami sekeluarga selepas itu mengerjakan umrah yang pada ketika itu
bulan Ramadhan dan kami menyambut Ramadhan di sana.
Jadi kami dapatlah juga peluang untuk bercuti dan ketika juga Dato'
Seri Anwar menjadi profesor, kami sekeluarga turut melawat beliau dan
ke Geneva selama dua hari.
Ketika berada di luar negara, bagaimana respon rakyat Malaysia dan
asing terhadap Dato' Seri Anwar?
Alhamdullilah, kami diterima dengan baik. Dato' Seri Anwar sering
dijemput untuk memberikan ucaptama dan mendapat sambutan yang amat
baik. Bagaimanapun pelajar Malaysia telah diberi amaran oleh
"Malaysian Student Department" untuk tidak menghadiri apa-apa ceramah
yang melibatkan Dato' Seri Anwar dan jika ingkar, pelajar-pelajar ini
akan mengalami masalah biasiswa.
LEPASKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH
Apakah yang mendorong Dato' Seri untuk melepaskan kerusi parlimen
Permatang Pauh kepada Dato' Seri Anwar kerana sebelum ini Kulim Bandar
Baharu dikatakan kawasan beliau akan bertanding pilihan raya kecil?
Kami telah berbincang dan saya mula-mula dahulu ketika bertanding dan
memasuki politik pun kerana apa yang terjadi kepada Dato' Seri Anwar.
Kalau beliau tidak boleh bertanding ini adalah kerana kerajaan menjadi
penyebab perkara sebegini berlaku. Kerajaan tidak membenarkan beliau
bertanding pada 2008.
Sekiranya kerajaan membenarkan beliau bertanding, perkara sebegini
tidak akan berlaku.
Saya juga pernah memberitahu dan berterus terang kepada
pengundi-pengundi saya, bahawa jika saya menang kerusi Permatang Pauh
saya akan kosongkan kerusi ini untuk memberi laluan kepada Dato' Seri
Anwar bertanding.
Beliau memang berasal dari Permatang Pauh dan menjadi ahli parlimen
Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi sehingga 1999.
Jadi ada satu ikatan yang begitu erat sekali di antara kami dan
penduduk Permatang Pauh. Dalam pilihan raya 2004 saya memenangi kerusi
itu. Pada kiraan pertama, saya sudah menang dan saya tidak meminta
kiraan semula. Tidak mungkin saya hendak membuat kiraan semula jika
saya sudah diisytiharkan menang.
Pihak lawanlah yang meminta kiraan semula kerana mereka sudah kalah.
Pada ketika itu televisyen di seluruh negara mengatakan saya kalah,
`kecundangnya di kubu kuatnya di Permatang Pauh' kata mereka. Selepas
kiraan semula pada malam itu, saya bertemu pengundi di satu ceramah
dan saya berkata, `malam ini berbalaslah rasa kasih Anwar Ibrahim
kepada Permatang Pauh dan Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim'.
SELEPAS PERMATANG PAUH
Apakah perancangan Dato' Seri setelah secara rasmi mengakhiri tugas
sebagai wakil rakyat Permatang Pauh secara rasmi?
Saya masih lagi menjadi Pengerusi Yayasan Aman dan juga Presiden
KeADILan dan saya akan jalankan tugas seperti biasa. Dato' Seri Anwar
adalah Ketua Umum parti dan saya akan terus membantu beliau.
Kita percaya kepada "collective leadership" dan kita juga merupakan
parti pelbagai etnik dan aspek ini penting dalam perjuangan kami.Satu
lagi tugas saya ialah sebagai seorang isteri, ibu kepada anak-anak
saya dan juga nenek.
Adakah Dato' Seri akan kerap melawat Permatang Pauh walaupun sudah
meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat?
Saya rasa ada talian yang kuat di antara kami. Kemesraan antara saya
dan pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan berterusan sampai
bila-bila dan jikalau Dato' Seri Anwar tidak dapat balik ke Permatang
Pauh saya boleh mewakili beliau dan bertemu rakyat Permatang Pauh dan
ini tidak menjadi masalah kepada saya.
KONSPIRASI KEDUA
Apa pandangan Dato' Seri mengenai konspirasi kedua terhadap Dato' Seri
Anwar dalam usaha menghalang beliau memimpin Malaysia?
Ada juga perasaan begitu tetapi sekarang ini rakyat lebih faham dan
tahu bahawa ia adalah secara terang satu konspirasi. Mereka sudah
tidak ada apa-apa lagi untuk menuduh Anwar. Apa yang mereka ada?
Rasuah yang mereka cari sudah bertahun-tahun tetapi tidak jumpa dan
jika ada sudah pasti ada kes terhadap Dato' Seri Anwar.
Skandal dengan perempuan? Masa dahulu mereka tuduh beliau dengan
wanita Mexicolah, Latinolah tetapi semuanya tidak ada asas dan bukti.
Kes liwat juga telah digugurkan. Ini memang jelas konspirasi dan kami
sudah bersedia untuk menghada-pinya, insyaAllah.
Adakah Dato' Seri berasa takut dengan khabar angin yang mengatakan
bahawa Dato' Seri Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat ini?
Kita memang ketahui mengenai khabar angin ini dan wartawan pun telah
mula berkampung di hadapan rumah kami kerana mereka telah diarahkan
oleh editor masing-masing untuk mendapatkan berita penangkapan semula
Dato' Seri Anwar.Dahulu beliau ditangkap ala "Rambo".
Kami melihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah
kami. Kami telah berbincang mengenai langkah yang perlu diambil
sekiranya penangkapan ini benar-benar terjadi.
Sekiranya Dato' Seri Anwar ditangkap dan didakwa tanpa jaminan tetapi
menurut undang-undang beliau masih boleh bertan-ding seperti saudara
Manoharan yang menang bertanding di Kota Alam Shah walaupun menjadi
tahanan ISA. Jadi kita boleh mengisi borang pencalonan dan hantar
melalui peguam bagi memastikan Dato' Seri Anwar dapat bertanding.
MASA BERSAMA KELUARGA
Apakah perasaan Dato' Seri sekarang setelah dapat meluangkan masa
berkualiti bersama anak-anak dan juga cucu?
Alhamdullilah, saya berasa amat bersyukur sebab dapat peluang ini
sekarang. Kalau tunggu lama lagi mungkin saya sudah tak bertenaga lagi
tetapi sekarang ini saya masih bertenaga dan boleh bermain dengan cucu
dan meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Satu hari nanti kita
bangun tidur dan melihat anak-anak kita semuanya sudah besar dan tiada
siapa lagi yang tinggal bersama kita. Masa itu kita akan berkata, "Ya
Allah, masa berlalu begitu pantas sekali dan saya terlepas peluang
untuk bersama anak-anak dan cucu" tetapi sekarang ini saya masih
berpeluang.
Soalan terakhir buat Dato' Seri, kalaulah ditakdirkan Dato' Seri Anwar
menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini, adakah Dato'
Seri bersedia menjadi `First Lady' atau Wanita Pertama?
Saya rasa walau apa pun peranan saya, insyallah, sebagai isteri itu
adalah keutamaan dan juga sebagai ibu. Kalaupun beliau tidak menjadi
sesiapa-pun, kalau beliau seorang banduan sekali pun, saya masih lagi
menjadi isteri dan ibu, itu yang terpenting.
Kalau saya fikirkan tentang nama dan status sebagai Wanita Pertama
Malaysia, itu sudah menjadi rumit dan niat sudah menjadi lain, saya
rasa saya tidak mahu fikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu
keganjilan.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada
Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.
"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan,
bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang
kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang
menuduh," katanya.
Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula
sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti
Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila
Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya
beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.
"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah
melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa
menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari
kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati
keturunan?"
"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas
permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya.
Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh
Saiful.
"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.
"Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan
agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau
mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak
kena pada tempatnya.
Dalam pada itu, Haron turut
mempertikaikan sumpah yang
dilafazkan oleh Saiful sebagai
tidak dibuat dengan persiapan
yang rapi apabila Saiful tersasul
menyebut kalimah sumpah
tersebut.
"Ianya seolah-olah tidak
diprogramkan secara teliti, dengan
persiapan yang tidak cukup
sehingga sampai ke peringkat
menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui
tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif
politik.
"Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar
mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan
yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.
"Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman
dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?
"Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi.
Walau apapun, Haron berkata ia
hanya boleh dijawab dengan
meninggalkan tanda tanya.
Semalam upacara 'bersumpah'
Saiful telah dijalankan di Masjid
Wilayah Persekutuan terletak
berdekatan dengan Kompleks
Mahkamah Jalan Duta.
Upacara itu diadakan sehari
sebelum Anwar mengemukakan
borang pencalonan untuk
bertanding dalam pilihan raya
kecil kerusi Permatang Pauh.
Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah
diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.
Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang
semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam
masjid itu.
Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita
sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu
pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu
berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.
Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang
bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan
sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'
Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.
"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri
Zainul Abidin Julai lalu.
Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana
Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar
menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang
dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat
dulu." - (tmj)_