Aleesha Ashraf Anu Dalam Botol

5/29/2011 07:12:00 am 0 Comments



 
TIDAK KESAMPAIAN...hasrat Mohd Ashraf Hafiz untuk menukar jantina ditangguhkan keputusannya pada 18 Julai depan.
Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.



__,_._,___

0 comments: