Bagaimana Caranya Dr Ahmadinejad Melakukan Istikharah?

5/07/2011 08:44:00 pm 0 Comments



Bagaimana Caranya Dr Ahmadinejad Melakukan Istikharah?
Posted by Dr Faisal Tehrani

Pernahkah anda mengalami satu persimpangan dalam hidup di mana anda perlu melakukan istikharah dengan segera, pantas dan tepat?

Contohnya anda perlu melakukan keputusan segera untuk melamar pasangan hidup kemudian ragu-ragu; atau memilih sekolah terbaik untuk anak; membeli rumah atau hartanah bernilai; atau apakah baik membuat keputusan tertentu dalam perniagaan. Pendek kata, kita memerlukan 'campur tangan langit' sentiasa setiap ketika dalam segala tindak tanduk kita.
Anda tidak boleh berlengah lagi dengan melakukan solat sunat sebelum tidur malam sementara menanti mimpi. Anda perlu jawapan segera.

Kadang mimpi menuntut jawapan itu tidak kunjung tiba. Mimpi lain pula menjadi sangap.

Mungkin mimpi anda itu adalah mainan setan. Dan bukan anugerah Tuhan. Yalah, anda tidur pun kadang lupa basuh kaki dan tangan.
Rock star saya seorang syiah tidak saya nafikan lagi. Dr Ahmadinejad selaku ketua negara mesti selalu membuat keputusan segera. Beliau tidak boleh menanti untuk tidur dulu dan bermimpi!
Penganut syiah bermazhab Jafari melakukan istikharah dengan al-Quran*. Ia pantas, segera, cepat dan memberi jawapan yang tidak ada keraguan lagi. Dalam keadaan terdesak mereka dapat membuat keputusan yang bermakna. Inilah rahsia kejayaan Iran mengalahkan Iraq (era saddam Hussein) dan rahsia kekalahan Zionis tiga kali kepada Hezbollah di bawah pimpinan Sayyid Hassan Nasrallah.

Foto-foto di atas adalah Presiden Ahmadinejad melakukan istikharah. Foto pertama dan kedua adalah istikharah beliau apakah baik atau tidak berangkat ke Copenhagen, Denmark untuk satu tugasan rasmi. Ya, dalam keadaan beberapa detik untuk berangkat ke luar negara beliau masih melakukan istikharah. Foto ketiga adalah istikharah sebelum berangkat ke Istanbul untuk satu persidangan mengenai program nuklear Iran. Foto keempat ialah istikharah beliau untuk berangkat ke Arab Saudi menghadiri mesyuarat OPEC. Semua istikharah ini dilakukan di Lapangan Terbang Mehrabad sebelum melangkah menaiki pesawat. Indahnya pemandangan ini. Beliau adalah pemimpin dunia Islam yang tidak lekang dari al-Quran. Sesatkah beliau bila memohon petunjuk dari alQuran.
Nah, bukankah al-Quran itu petunjuk untuk manusia!
Bagaimanakah caranya Dr Ahmadinejad beristikharah? Mengapa kita tidak tahu bagaimana caranya pengikut Ja'fari beristikharah? Bukankah Imam Jaafar as Sadiq itu adalah guru Imam Abu Hanifah dan Malik bin Anas? Mungkinkah kita bodoh sombong dan sering menuduh yang bukan-bukan terhadap syiah? Mungkinkah kita tertutup dan tidak mahu belajar mengenali kekuatan mereka?
Saya ingin tahu.
Saya ingin belajar.
Saya sudah jatuh cinta dengan rock star ini.

Tapi jika saya belajar dan mendalaminya saya akan dituduh sebarangan. Argh! Buntu. Apa yang harus saya lakukan? Yang sini selalu menyesatkan yang sana, tetapi yang sana selalu bertenang dan tidak begitu menyalahkan.

Apakah anda selalu beristikharah? Tepatkah istikharah anda? Atau anda beristikharah dan kesasar?

Apakah ketua negara negara umat Islam yang lain, misalnya, melakukan istikharah sebagaimana Dr Ahmadinejad; setiap kali membuat keputusan dalam parti dan pemerintahan?
* Ada kalangan mendakwa pengikut syiah memiliki Quran sendiri dan tidak membaca al Quran seperti umat Islam sunni. Mungkinkah Allah membiarkan firman-firman-Nya dicabuli dan tergubah 'Quran versi baharu'? Masuk akalkah begitu?

__._,_.___

0 comments: