Insuran kenderaan tak jadi naik, tahniah RAKYAT

5/06/2011 04:59:00 pm 0 Comments


Subject: Insuran kenderaan tak jadi naik, tahniah RAKYAT
Tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana insuran kenderaan tak jadi naik. Adakah ini tanda pilihanraya umum semakin hampir? Ada sesiapa boleh beri maklumbalas, betul ke insuran ni dah tak jadi naik, atau lebih murah. Dengan arahan terbaru ini berapa insuran untuk kereta Proton Saga tahun 1990 atau motosikal Honda Cup C70 tahun 1984. Betul ke dah tak membebankan rakyat lagi?
Adakah ini susulan dari artikel, Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/03/insuran-kenderaan-tinggi-sokong-lagi.html
Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno
Dahlah isu saman ekor tak selesai-selesai. Harga minyak manjang naik je. Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu. Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya. Lepas ni banyaklah TIP untuk elak saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

Utusan Malaysia 11 Mac 2011 - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

"Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM
KUALA LUMPUR 3 Mei 2011 : Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya.


Bank Negara wants lower insurance costs for old vehicles

PETALING JAYA, 4 May 2011 : Owners of cars and motorcycles that are 10 years or older will now be able to get insurance coverage without having to pay a loading of 200% to 300%.

This follows a new Bank Negara ruling for all insurance companies to provide coverage with immediate effect.

They are no longer allowed to implement loading fees provided the vehicles are roadworthy.

Sources said yesterday that the move was made following steps taken previously by insurance companies to charge owners of old vehicles between 200% and 300% above the normal market premium rates.

Prior to this, a vehicle's age on the road was used as the yardstick to categorise its insurance risk, which in turn affects its premium rate.

The announcement yesterday came about a month after Bank Negara issued a directive on third-party insurance under its New Motor Cover Framework.

It reportedly said that for third-party cover, those owning motorcycles of 110cc would have to pay a premium increase of between RM1 and RM3.50 per year, or a maximum of 30 sen a month, over the next four years.

For private cars of 1,400cc, the premium adjustment would be between RM6 and RM34 per year (a maximum of RM2.80 per month) over the same period.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/4/nation/8605068&sec=nation#13044670134811&if_height=432

__._

0 comments: