Pas perlu keluar pakatan

5/02/2011 08:36:00 am 0 Comments


 



Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
"Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama," kata Nik Aziz di sini hari ini.
Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.
"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.
Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.TMI

Tinggalkan Umno, sertai PAS

Posted by KedahLaNie
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.
Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.
''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.
Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.
Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?
"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?
"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.
Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.


Mahfuz, UMNO Pelawa PAS Berkerjasama Dengan Parti Itu Setelah Menyedari Mereka Telah Di Tolak Oleh 'Parti Komponen BN' Yang Lain Sebenarnya!

pahangdaily
SHAH ALAM, 1 Mei - UMNO telah ditolak oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan kerana terdesak Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa mempelawa Pas bekerjasama dengan mereka bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar (foto) menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Najib meminta Pas menyertai UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak memperjuangkan Islam. Menurut Mahfuz, Pas tetap akan terus setia bersama Pakatan Rakyat dan yakin pergolakan dalam Barisan Nasional sekarang mampu memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan Negara dalam Pilihan Raya akan datang. "Jadi kita nak beritahu dia bahawa kita ucapkan terima kasih kepada UMNO dan kita kata bahawa kita akan terus setia bersama Pakatan rakyat kerana kita yakin bahawa kesan daripada pergolakan yang brlaku dalam Barisan nasional ityu mampu untuk membawa kekuatan baru kepada pakatan Rakyat untuk menang dan mengambil alih mandate pemerintahan Malaysia pada pilhan raya umum akan datang," katanya, Beliau mengulas ucapan Najib pada Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu baru-baru ini. UMNO secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' bersama dua parti itu tanpa memperdulikan komponen lain dalam Barisan Nasional. Bagaimanapun PAS nyata tidak mempercayai parti yang terkenal dengan penipuan dan korupsi itu, tambahan pernah dikhianati UMNO pada tahun 1977.

[Justeru Mahfuz turut meminta parti-parti komponen Barisan nasional memecat UMNO daripada gabungan parti itu. "Dan saya minta supaya semua parti-parti Komponen Barisan Nasional supaya ingat masa terbaik untuk memecat UMNO daripada Barisan Nasional," kata beliau. Malah menurut Mahfuz lagi, kerjasama DAP dengan PAS jauh lebih baik dari kerjasama MCA dengan UMNO jika dilihat dari segi keharmonian dan saling menghormati antara mereka. "Ya-ya sama dengan UMNO bersekongkol dengan MCA yang tak memperjuangkan Melayu dan Islam.Dan dia lupa dan dia juga bersekongkol dengan MCA yang juga menghina Islam, cabar Melayu, cabar Utusan melayu , paling tidak DAP menghormati pegangan prinsip Islam yang diperjuangkan PAS", kata beliau].
__._,_.___

0 comments: