Cara mengerjakan Sujud Syukur

5/26/2013 09:58:00 pm 0 Comments



Cara mengerjakan Sujud Syukur


APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?


Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.


DEFINASI


Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.


Waktunya


Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya


Dalilnya


Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.


Rukunnya


1 Niat


2 Takbiratulihram


3 Sujud


4 Memberi salam


Syarat-syaratnya


Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :


a. Suci dari hadath besar dan kecil


b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat


c. Menghadap ke kiblat


d. Menutup aurat


Cara-cara melakukannya.


Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA


Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )


Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat


Bacaan dalam sujud


1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali


2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)


A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU


B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI


C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN


D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA


E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU


Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.


HUKUM SUJUD SYUKUR


Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :


"Sewaktu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: "Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:"Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: "Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya" Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah".


(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)


Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi'ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.


Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:


Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi'ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.


Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:


Tafsirnya: "Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik".


Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.


BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?


Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.


Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.


Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.


Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.


Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.


PENUTUP


Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.


Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:


a. Berniat.


b. Takbiratul Ihram


b. Sujud satu kali sahaja.


c. Duduk selepas sujud dan


d. Memberi salam.


Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.


Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.


Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.


Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A'laa."


0 comments: