Kenduri Ajam & Wanie 7/8/2012

Menu makan malam

Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat

Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat - Sinar Harian




Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.




Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.




Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

"Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

"Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

"Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

"Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

"Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

"Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak," katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

"Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

"Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan," katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.




Siti, Neelofa mengundi di mana?



Siti Nurhaliza



Artis: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Umur: 34 tahun

Kawasan mengundi: Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Lagu popular: Muara Hati & Falling In Love

"Siti berharap proses pembuangan undi akan berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia harus keluar mengundi dengan aman.

"Lakukan amanah dan tanggungjawab terhadap negara dan elakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku.



Neelofa 



Artis: Noor Neelofa Mohd Noor @ Neelofa

Umur: 24 tahun

Filem: Azura 2012

Kawasan mengundi: Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

"Ini merupakan kali pertama saya mengundi dan saya memang teruja untuk membuang undi. Saya anggap undi saya ini amat penting dalam membantu parti yang saya pilih untuk membentuk kerajaan."



Nasi Goreng Kerabu







Bahan:
1) Nasi (4 cawan)
2) Bawang putih (1 ulas)
3) Bawang merah (2 ulas)
4) Daging dipotong nipis (50g)
5) Kacang panjang dipotong halus (2 batang)
6) Bunga kantan (1 batang)
7) Timun dipotong nipis (1/4 biji)
8) Kelapa parut digoreng tanpa minyak (1/2 cawan)
9) Ikan rebus dibuang tulang (1 ekor)
10) Serai (2 batang)
11) Garam (secukup rasa)

Cara:
Potong halus bawang merah dan bunga kantan.
Tumbuk serai (dipotong halus) bersama garam. Setelah lumat, masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga sedikit hancur. Masukkan isi ikan rebus dan tumbuk sebati.
Tumis bawang putih yang dicincang hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah.
Masukkan daging dan goreng hingga garing.
Masukkan nasi dan gaul seketika.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau sebati.
Masukkan kacang panjang, bunga kantan dan timun.
Kacau hingga masak dan nasi kerabu goreng sedia untuk dihidang.

Menyusuri Meatball IKEA















Cara mengerjakan Sujud Syukur



Cara mengerjakan Sujud Syukur


APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?


Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.


DEFINASI


Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.


Waktunya


Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya


Dalilnya


Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.


Rukunnya


1 Niat


2 Takbiratulihram


3 Sujud


4 Memberi salam


Syarat-syaratnya


Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :


a. Suci dari hadath besar dan kecil


b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat


c. Menghadap ke kiblat


d. Menutup aurat


Cara-cara melakukannya.


Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA


Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )


Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat


Bacaan dalam sujud


1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali


2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)


A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU


B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI


C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN


D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA


E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU


Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.


HUKUM SUJUD SYUKUR


Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :


"Sewaktu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: "Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:"Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: "Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya" Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah".


(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)


Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi'ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.


Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:


Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi'ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.


Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:


Tafsirnya: "Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik".


Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.


BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?


Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.


Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.


Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.


Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.


Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.


PENUTUP


Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.


Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:


a. Berniat.


b. Takbiratul Ihram


b. Sujud satu kali sahaja.


c. Duduk selepas sujud dan


d. Memberi salam.


Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.


Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.


Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.


Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A'laa."