Angkara katak

2/12/2013 07:09:00 pm 0 Comments


Angkara Katak – Guru Maut, 2 Anak Parah

IMG_3962
Jalan Kota Puteri
hadapan Kolam Pancing
Batu Arang, Selangor
1 Feb 2013
5.30 petang
Nama mangsa : Moey Yin, 36 tahun, Rumah Murah, Batu Arang, Selangor (Guru SRJK(C) Chap Kuan, Batu Arang)
IMG_3957Kemalangan yang berlaku ini boleh kita jadikan iktibar bahawa sebenarnya bukan sahaja kemalangan berlaku akibat faktor luaran , malah faktor dalaman juga mampu menyumbang sehingga boleh membawa kematian.
Sudah tentu kita tidak menjangka, bahawa seekor katak boleh berada di dalam kenderaan yang dipandu, sehingga membuatkan kita terkejut.
IMG_3958Itulah yang berlaku pada seorang guru, Moey Yin, 36 tahun yang memandu sebuah Proton Exora.
Bersama Moey, 2 anaknya, seorang perempuan berusia 9 tahun dan seorang lelaki berusia 8 tahun.
Siasatan awal polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari sekolah tempatnya mengajar.
IMG_3963Mangsa dipercayai panik dan gagal mengawal kenderaannya selepas menyedari terdapat seekor katak melompat di dalam kenderaannya.
Akibatnya, Proton Exoranya merempuh sebatang pokok di bahu jalan menyebabkan kenderaanya itu remuk di bahagian hadapan.
IMG_3964Moey yang cedera parah di dada, maut di tempat kejadian, manakala kedua-dua anaknya yang cedera parah, dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.
Polis memohon orangramai yang menyaksikan kejadian, supaya tampil bagi membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada:
Insp Rasha Azrul Shafii , Pegawai Penyiasat Trafik, IPD Gombak
 
Telefon : 03-61262222 / 03-61262273
 
IMG_3962Bagaimana katak ini boleh berada di dalam kenderaan mangsa, tidaklah diketahui, namun, apapun boleh berlaku tanda diduga.

0 comments: