Kenapa perlu pakai bra?

2/04/2013 04:53:00 pm 0 Comments



Ni adalah sebab2 kenapa anda PERLU pakai bra/coli:

Mother wear sleep bra & Bravado

1. Menampung kedua2nya sekaligus.

Anda tau kan kenapa Allah ciptakan 2 'benda' sedemikian? Jadi? Rasanya berat ke ringan? Kalau nak rasa selesa dan ditampung. Pakailah yeeeeee! InsyaAllah, anda akan lebih selesa batin dan 'zahir'.

2. Takut2 mendatangkan penyakit.

I pernah dengar cerita dulu, Kylie Minogue si penyanyi muzik dance dari Australia tu. Dia pernah kena kanser payuda**. Lepas tu, ada kawan2 I lah yang assume dia kena penyakit tu sebab selalu sangat tak pakai bra. Almaklumlah, penyanyi mat saleh keannnn... haruslah dedah sana sini. Video klip dia pun korang rasa dia pakai tak? So, sebab tulah I kata boleh mendatangkan penyakit. Nak hindarkan? Pakailah bra!

3. Mengelakkan nahas maksiat dan dosa.

Terang2 kita yang Muslim ni tau kan. Berkhalwat tu dosa. Buat 'projek' luo nikah tu dosa. Korang rasa punca2 dia apa? Laki2 kalau tengok benda tu memang jadi tak keruan. Laki2 normal lah. Kalau yang kureng normal itu jangan ditanya. Haha~ Lepas tu, mereka mestilah berusaha menggoda nak lebih keaannnnn? Dan yang tergoda pun akan menyerah diri. Begitu kaedahnya! Ada jugak yang kena sexual harassment macam si precociouslynaive ni. Sedeyh!

4. Menjaga aurat.

As simple as that. Pakai bra, tutuplah aurat! Sebab, belum tentu pakai tudung kita dah menutup semua. Setuju? So, kita mulakan dari 'dalam' ok. Mudah je. Amar maaruf nahi mungkar tau. InsyaAllah diredhaiNya.

5. Menjaga 'hak2' anda untuk 'masa depan'.

Yup! Coverlah 'mereka' untuk menjaga maruah anda sendiri agar tak tergadai body suatu hari nanti. Lagipun, nanti kalau dah kahwin (untuk yang belumlah), nak tunjuk apa lagi?? Dah nampak serba serbi dah. Keciannnn kat suami you allz. Huhu~ *termasuk si empunya diri ini*

Konklusinya, memang tak banyak sebab yang I bagi tapi semuanya konkrit. I tak rujuk buku ok taip ni. Semuanya pandangan original daripada hati I. Dah lama nak let out. Cuma tunggu masa je. Takutlah ternampak lagi. You dosa, I pun dosa. You ingat dosa tu duit kahNO! So, elaklah pakai baju dalam yang nipis2 tu ok. Nanti jadi macam perempuan dalam kelas I tadi. Seriau aku! Pergi kampus tak pakai coli = Wear Nothing! You bukannya tidur kat rumah ok yang tak nak pakai apa2 ni. ToloooooooooonglahPAKAI!


p/s:
 Kain dalam pun kalau ada banyak duit sila beli dan pakai. Ni ada link yang seronok untuk dibaca: http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-491301.htm
l
--

0 comments: