Bekas Ketua Pasukan SELANGOR MENINGGAL DUNIA

2/05/2013 09:59:00 pm 0 Comments



Bekas Ketua Pasukan SELANGOR MENINGGAL DUNIA

Arwah Ezmi Md. Jan ketika dikunjungi oleh rakan-rakannya di kediaman bekas pemain bola sepak Selangor itu di Batang Kali, Oktober lepas.

SELANGOR - Bekas pemain Selangor, Ezmi Md Jan yg menderita kanser hidung telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 pg tadi. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ezmi Md Jan atas pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang bertaqwa. Al-Fatihah

Arwah merupkan bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia Selangor 1998. Beliau menjadi bek tengah Selangor 1989 hingga 1999 dan sempat mewakili Perlis pada 2000. Semasa hayatnya beliau terlantar di rumahnya di Kampung Sentosa, sejak menjalani pembedahan hidung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Beliau banyak memberi sumbangan kepada bola sepak Selangor antaranya menyumbangkan pingat emas Sukan Malaysia 1998 dan kejohanan remaja.

0 comments: