Langkasuka

7/01/2013 08:11:00 pm 0 Comments

Sejarah Malaysia




Rencana ini adalah sebahagian dariSejarah Malaysia


Prasejarah Malaysia


Kerajaan awal


Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)


Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)


Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)


Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)


Kedah Tua


Kemunculan Kesultanan Islam


Kesultanan Kedah (1136–sekarang)


Kesultanan Melaka (1402–1511)


Kesultanan Sulu (1450–1899)


Kesultanan Johor (1528–sekarang)


Era Penjajahan Barat


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


Perjanjian Burney (1826)


Penempatan Selat (1826-1946)


Perang Kelang (1867-1874)


Perjanjian Pangkor 1874


Negeri-negeri Melayu Bersekutu(1895-1946)


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)


Perjanjian Inggeris-Siam 1909


Pertempuran Pulau Pinang (1914)


Perang Dunia Kedua


Perang Tanah Melayu (1941-1942)


Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)


Perang Singapura (1942)


Syburi (1942-1945)


Kawat Kematian Sandakan (1945)


Penjajahan Jepun di Tanah Melayu


Peralihan Malaysia


Malayan Union (1946-1948)


Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)


Darurat Tanah Melayu (1948-1960)


Peristiwa Bukit Kepong (1950)


Rundingan Baling (1955)


Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia(1962-1966)


Pemberontakan Brunei (1962-1966)


Rusuhan Kaum 1964 (1964)


Pemisahan Singapura (1965)


Peristiwa 13 Mei (1969)


Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)


Peristiwa Memali 1985 (1985)


Operasi Lalang (1987)


Krisis Perlembagaan Malaysia 1988(1987-88)


Krisis Kewangan Asia (1997-98)


Al-Ma'unah (2000)


Perhimpunan Bersih (2007)


Perhimpunan Bersih (2011)


Perhimpunan Bersih (2012)


Pencerobohan Lahad Datu (2013)


Portal Malaysia


Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka(Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, "Lang-ya-shiu" atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) danKelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayusilam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka danTambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.
Patani dan Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagangArab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.[perlu rujukan]

Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
Rujukan dan pautan akademik
Nik Anuar Nik Mahmud, Penerbitan UKM, Bab 1 Kerajaan Melayu Pattani, Sejarah Perjungan Melayu Patani 1785-1954.







0 comments: