3/24/2008 07:44:00 pm 0 Comments

Rahsia Rakaat DiDalam Solat

Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana)
setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt.
pada waktunya

Solat Subuh

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala
baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi
Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah
(terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan
daripada kelam (kegelapan)
* Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang
hari (terbit fajar)

Solat Zuhur

Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103


[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" . Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah
itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan
kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim
as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as.
menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt.
pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim
as. empat rakaat


* Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
* Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
* Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
* Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang
amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah
As-Saaffaat ayat 107


[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan
(kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil


Solat Asar

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar
ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat
burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di
dalam empat kelam

i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu
Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi


Solat Maghrib

Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh
Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh
(maghrib)


* Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada
Allah swt.
* Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam
daripada dituduh kaumnya
* Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah
swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling
berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya

Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala
baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz
dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda
Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga
saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi
Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan
janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa
as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang
empat itu.


Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam
as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman
as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi

sitibalqisabdullah


0 comments: