3/24/2008 07:34:00 pm 0 Comments

Setiap makhluk yang dijadikan Tuhan di dunia ini dijadikan dengan pelbagai rupa dan sifat. Ada di antara kita yang penyayang, baik hati dan ada juga sikap panas baran. Panas baran adalah sejenis penyakit HATI yang kalau dibiarkan mampu melumpuhkan sistem kehidupoan kita. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang yang sedang marah dia boleh melakukan apa saja termasuklah membunuh. Panas baran juga dikatakan tidak ada ubat yang boleh mengubatinya kecuali diri sendiri. W/bagaimanapun seseorang itu boleh dikatakan punya sifat panas baran berdasarkan ciri-ciri di bawah :

- Bangga diri, sombong dan suka besar diri terhadap org lain. Dan org yang panas baran ini juga gemar menghina seseorang dgn mengejek atau memandang rendah.

- Selalu membangkang pendapat org lain dan menyalahkan org dlm sesuatu perkara. Dia juga sering bergaduh dan suka mencipta pergaduhan (bertengkar)

- Mementingkan diri sendiri dan suka berjanji tetapi memungkiri dengan pelbagai alasan.

- Suka memperkatakan sesuatu yang tidak logik dan cepat lupa diri dan hilang pertimbangan.

- Tidak memperdulikan nasihat orang lain pada dirinya.

PANAS BARAN DARI SUDUT FIZIKAL

* Wajah dan perwatakkannya sentiasa dalam keadaan bengis. Gemar marahkan org lain w/pun salah itu berpunca dari dirinya sendiri.

* PErasannya sentiasa dalam keadaan tegang dan tidak tenteram sepanjang masa.

* Mereka yang panas baran juga sangat susah untuk memaafkan org lain dan suka menyimpan dendam di dalam hati.

* Si panas baran ini juga tidak begitu mesra dgn org lain dan suka menyendiri daripada bercampur dengan org lain. Tidak ramai kawan klu adapun hanya yang sewaktu dgn nya(perangai serupa)

* Bersifat impulsif iaitu cepat bertindak tanpa berfikir panjang dan tidak dapat mengawal perasaan mereka.

TIPS-TIPS MENGATASI PANAS BARAN

# Cuba pandang ke langit iaitu ingatkan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.

# Lihat diri sendiri (pandang ke bumi) sedarlah yang diri ini berasal dari tanah dan sama taraf dgn org lain.

# Tinggalkan mereka yang panas baran ini dan tempat itu segera.

# Suruh org yang dimarahi itu pergi jauh-jauh.

# Ingat tindakbalas org yang dimarah mungkin membahayakan diri kita.

# Ingat apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan ingat azab yang akan diberikan allah.

# Tahan marah dgn mendiamkan diri dan jgn bersuara. Lebih elok kalau pejakan mata dan tutup telinga serta mengucap.

# Ingat ketika zaman susah dan bersyukur ketika senang.

# Kenang semula tindakan Rasulullah s.a.w yang apabila baginda marah ketika dalam keadaan berdiri terus baginda duduk. Dan kalau marah dalam keadaan duduk baginda terus berbaring maka marah pun hilang - Riwayat Abn Abi Dunia

# den selalu kalu tongah marah .. den poyi mandi...mandi lelamo.. sampai sojuk ati den ..gehgehgeh


0 comments: