Pengajaran Untuk Si Perut Boroi

4/28/2011 10:53:00 pm 0 Comments




Pengajaran Untuk Si Perut Boroi

Posted by greenboc
Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.

Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009. -kosmo
Perut bengkak cuba pelangsing
KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya
. -hm


Ulasan GB
Kes perut boroi ini sensitif sedikit. Ia dikaitkan juga dengan si perut boroi di dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T.

Jangan pula apabila mengetahui hal sebenar perut Anwar tidak boroi dan telah tahu kesilapan besar mereka, maka si perut boroi dalam video seks itu cepat-cepat mengambil pil pelansing untuk membuktikan perutnya tidak boroi apabila nanti dipanggil untuk kawad cam bagi menentukan siapa pelakon sebenar di dalam video berkenaan.

Sekali imbas macam kenal saja jantan berperut boroi itu. Jangan sampai nanti terburai tuala yang membalut perut boroinya itu.

0 comments: