Kenali Siput Babi

4/13/2011 06:01:00 pm 0 Comments

 Article kali ini aku ingin bicara tentang siput babi, nama siput babi ini
diberikan oleh orang Melayu, dalam BI snail. Sekiranya anda masih
ingat " Kisah Bersamamu'' menerusi TV3 pernah memaparkan kisah
sebuah keluarga miskin yang memakan siput babi bakar. Walaupun
Malaysia telah merdeka hampir 54 tahun, tapi kemiskinan tegar masih
ada, juga masih ada yang tinggal di hutan (terkecuali orang asli).

Tapi bagi sesetengah negara lain siput babi bukanlah makanan orang
miskin. Lihat saja pelbagai menu di bawah ini adalah dari siput babi.
Masakan ini sinonim di Indonesia. Dan aku kira munkin aku pun pernah
termakan sate siput babi ini, maklum sajalah bila berada di perantauan
ingatkan seperti sate di Malaysia, sewaktu aku menguyah terasa seperti
kenyal dan kuah pun jauh berbeza seperti kari tapi kekuningan, mulalah
tekak aku mual, tapi belum sempat menelan. Bila aku teringat terasa
kembang tekak...

Menurut rakan Indonesian ada belacan yang dibuat dari siput babi. Bagi
penggemar makanan yang berasaskan siput babi mereka merasakan
dagingnya memang enak. Kalau di Indonesian ia dikenali sebagai bekisot.
Bagi anda yang ke Indonesian sebelum makan sate atau sop pastikan
bertanya dahulu. 


Khasiat Siput Babi
Antara khasiatnya seperti berikut:
(1) Memanaskan badan kita terutamanya dalam musim sejuk.
(2) Dikatakan ianya juga salah satu ubat untuk tubuh sentiasa sihat.
(3) Meningkatkan tenaga batin.


Sate

Sate




Kerepek Siput babi


0 comments: