Jaringan Melayu Malaysia (JMM) jangan jadi bodoh - dewan pemuda pas selangor [1 Attachment]

4/11/2011 09:34:00 pm 0 Comments

Selayang - Jaringan Melayu Malaysia  (JMM) wajib tarik balik kenyataannya dan mohon maaf kepada Allahyarham dan keluarganya. Tindakan itu digambarkan sangat melampau dan melampaui batas-batas nilaian kemanusian yang bertindak menuduh dan mempunyai agenda jahat dan tidak bertamadun, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor Zaidy Abdul Talib,
Sebelum ini Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah telah menimbulkan  kenyataan yang melampau terhadap mangsa melalui Berita Harian tempoh hari dengan menyatakan ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.
Sepatutnya dia mesti menunggu hasil dari siasatan terperinci yang dilakukan oleh pihak polis sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan polimik. Bukan dengan menuduh tanpa sebarang bukti. Perkara ini mungkin boleh menaikkan kemarahan rakyat
dengan membuka aib mangsa dan keluarganya.
Zaidy berkata, "kenyataan tersebut benar-benar  bermotifkan politik jahat yang menidakkan proses keadilan dan mempengaruhi masyarakat dengan membuat andaian buruk kepada mangsa".
"JMM terlalu kurang ajar, tidak menghormati mangsa dan keluarganya. Saya pun tak faham kenapa ada persatuan melayu yang tidak tahu tentang soal adab dan tata susila orang-orang melayu. Mereka sanggup untuk menuduh bukan-bukan."
"Sebagai melayu islam kita wajib mempertahankan mangsa dan keluarganya dari tohmahan jahat yang boleh menjatuhkan integiriti agama Islam dan bangsa melayu yang penuh dengan maruah dan adat. Kita sepatutnya berusaha untuk memastikan keadilan dan siasatan yang dijalankan dengan telus dan saksama".
Allahyarham adalah seorang yang beragama, seorang yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya,  juga difahamkan akan menunaikan haji di makkah pada
tahun ini serta sebelum beberapa jam sebelum kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur. Mana mungkin seorang melayu islam yang taat beragama, rasa dan mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya.
JMM sebelum ini juga pernah memburukkan imej Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau sama seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin.

0 comments: