Kadir dibebaskan selepas tahanan 20 hari

4/28/2011 10:59:00 pm 0 Comments


ISA : Kadir dibebaskan selepas tahanan 20 hari
selatanonline
Kiriman gelang_2girl

Seorang tahanan ISA, Kadir Hashim, dibebaskan hari ini setelah merengkok selama hampir tiga minggu dalam tahanan.

Seorang abangnya, Muda Hashim, berkata Kadir telah dihantar ke rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4 petang ini oleh anggota polis.

Muda berkata, polis tidak menyatakan apa-apa berhubung penahanan berkenaan walaupun beliau telah bertanya berhubung perkara itu.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muda berkata polis hanya memberitahu beliau supaya tidak membuat sebarang masalah.
Kadir ditahan pada 1 April lalu mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan hasutan.
Beliau dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang ini.Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri berkata lelaki berusia 43 tahun itu dibebaskan tanpa syarat.
"Polis menghantar adik saya dengan kereta yang diringi tiga anggota polis yang saya agak dari Balai Polis Bukit Aman.

"Walaupun terkejut dengan kehadiran polis sebentar tadi, namun saya gembira dengan pembebasan Kadir sekaligus menghilangkan rindu ibu terhadapnya," kata Muda.
Ditanya mengenai keadaan Kadir selepas selamat sampai ke rumah, Muda memberitahu adiknya mungkin trauma kerana masih membisu tanpa menceritakan kejadian penangkapnnya lebih kurang 20 hari.

"Jika dilihat dari segi fizikal dia sihat, tetapi tidak bercakap apa-apa selepas dihantar ke rumah tadi. Saya juga mahu dia berehat seminggu dua dahulu sebelum bertanyakan mengenainya semasa ditahan polis," katanya.

Kata Muda, semasa bertanyakan dengan polis berkenaan penangkapan Kadir, mereka memberi amaran supaya tidak menimbulkan masalah lagi.
Posted by cucutalib


Posted by KedahLaNie


NGO anti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berang dengan satu lagi tangkapan di bawah undang-undang yang dianggap mereka sebagai 'kuku besi - kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran dari golongan orang berlainan keupayaan (OKU).

"Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas tahanan baru di bawah ISA itu atas dakwaan terbabit dengan kegiatan subversif," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

NGO tersebut mendakwa Kadir Hashim, 42 ditangkap semalam oleh anggota polis cawangan khas mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Memetik ahli keluarga, NGO berkenaan berkata Kadir adalah OKU yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Kadir, seorang aktivis juga adalah ahli pemuda PKR cawangan kampung itu.

NGO berkenaan turut mempersoalkan mengapa ISA perlu digunakan ke atas Kadir dan melahirkan rasa prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri pemuda itu.

"Kami gesa kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarga melawat Kadir bin Hashim pada kadar segera," petik kenyataan itu.

GMI dan Suaram juga mendakwa insiden itu membuktikan bahawa penggunaan ISA dicabuli atas alasan keselamatan negara sedangkan tahanan itu sekadar berkepentingan politik.

"Kami gesa kerajaan mendakwa tahanan ini di mahkamah; ataupun jika tidak, beliau mesti dibebaskan segera dan tanpa sebarang syarat," kata NGO itu lagi.
_

0 comments: